Tuesday, February 21, 2012

NOTA JAHITAN - Tali Butang Baju Kurung

Saya belajar cara kait tali butang ni daripada rakan office saya. Pada mulanya agak kekok dan susah, tapi lama-lama rasa seronok pula. So, saya nak kongsi teknik kait tali butang ni.. Jom layan....

(1) - benang 4 urat

(2)

(3)

(4)

(5)

(6)

(7)

(8) - ulang langkah (5) - (7)

(9) - tegangkan benang dengan jari utk lebih kemas

(10)

(11) - matikan jahitan

SIAP!!!

Wednesday, February 15, 2012

Statistic - Top 3 Posts

Saya terpandang total pageview. Tak sangka dah cecah 30,000. Alhamdulillah... Ada jugak peminat blog saya ni. Terima kasih semua....

Teringat, dah lama tak tengok Stats. So, saye view Stats untuk all time... Terkejut tengok top 3 posts saya... jeng jeng jeng...

 1. Kelas Jahit Sesi 4 - Baju Kurung (3,006 pageviews)
2. Kelas Jahit Sesi 5 - Skirt Susun/Kipas Belakang (2,568 pageviews)
3. Kelas jahit Sesi 9 - Skirt Kembang (1,404 pageviews)

Alhamdulillah, saya dapat berkongsi ilmu dengan semua. Ini menaikkan lagi semangat saya untuk terus 'post' kelas jahit percuma ni (sebenarnya dah lama tak buat post ni). InsyaAllah, saya akan tambah lagi ilmu untuk dikongsi bersama. Semoga kita sama-sama dapat manfaat dari ilmu yg saya kongsi di inayus.blogspot.com ni...

Terima kasih semua.... Love you all... muahsss....

Sunday, February 12, 2012

Jahit 2012 - Bil 6 & 7

Lagi koleksi pakaian yang saya jahit untuk dikongsi....

Baju kurung riau untuk Pn Haida.
Potongan baju kurung riau kali ni lain sedikit daripada yg biasa saya jahit. Actually ini adalah tempahan kedua dari kawan ofis saya, Pn. Haida untuk baju begini. Potongan badan utk baju adalah bentuk trapezoid. Maksudnya lebar di bhgn bawah adalah kurang daripada lebar di bhgn atas (bahu). So, baju ni dia tak mengembang mcm baju kurung riau yg lain. Dia straight cut saja.
Kain - belah depan (favourite Pn. Haida yer)




Kain seliseh depan untuk Cik Neliza
Kain yang paling simple dan senang dijahit. Cuma, Cik Neliza ni dia taknak saya potong straight mcm kain balik tu. Dia nak saya buat potongan kecik di bawah. Tuan punya badannya kurus dan tinggi. So, sangat senang nak jahit plus material kain yg keras - ala2 kain pelikat...

Thursday, February 9, 2012

Terjumpa Post Ni @ My BFF's Blog....

Waaaa.... terharu.... Tak sangka ada kawan yg post pasal wedding saya yg dah berlalu hampir 4 tahun yang lepas. Really really appreciate it... Thanks Kina. Thanks a lot. Thanks for everything. Love you so much.....

Berminat nak baca? KLIK!

Jahit 2012 - Bil. 4 & 5

Alhamdulillah... Siap sudah tempahan baju kurung office mate ni... 2 pasang. Agak mencabar sikit jahit baju kurung ni sebab saiz XL.. huhu.. Tapi bagus juga, boleh belajar kan...

Wednesday, February 8, 2012

TTC: Tips From Baby Centre

Semalam saya tak boleh tidur sebab siang hari nya dah banyak tidur. Tengah2 duk pejam celik pejam celik tu, tiba-tiba terasa sunyi sebab tidur sorang2. Abang kerja shift malam pula tu. Dalam hati ni, saya panjatkan doa semoga Allah cepat2 makbulkan doa kami untuk dapat zuriat supaya saya tidak kesunyian lagi...

Baru saja mata ni nak lelap, telefon bunyi, ada email masuk... Alhamdulillah... Allah dengar doa saya...


Jum.. saya share contentnye...

3 lifestyles changes that could help you pregnant:
  1. Reconsider what you drink
  2. Avoid stressors that delay ovulation
  3. Shed pounds the right way
Saya translatekan dalam bahasa yg ringkas supaya semua orang dapat faham yer...

  1. Ada kajian yang menunjukkan pengambilan kafein boleh menganggu kesuburan seseorang sekiranya diambil dengan kadar melebihi 300mg sehari. Namun terdapat juga kes di mana pengambilan kafein sebanyak 200mg sehari boleh memberi risiko keguguran. Kafein biasanya terdapat dalam minuman kopi. Walau bagaimanapun, kita tetap harus berwaspada kepada minuman lain seperti soft drinks, energy drinks (mcm 100 plus kot), coklat dan ice cream berperisa kopi. Selain itu, kafein juga boleh didapati dalam minuman herba dan ubat-ubatan seperti ubat sakit kepala, ubat selsema dan ubat elergik. So, apa minuman yang sesuai sebenarnya? Jawapannya adalah susu ataupun sirap berperisa....
  2. Stress ataupun tekanan boleh menjejaskan penghasilan telur. Stress ini akan menganggu sistem hormon yang menyebabkan kelewatan ovulasi dari tarikh yg sepatutnya.
  3. Berat badan berlebihan.... Sebenarnya tiada masalah kalau kita nak berdiet sebelum hamil kerana berat badan yg ideal lebih memudahkan proses untuk hamil. Tidak mengapa kalau kita kurangkan pengambilan nasi atau makanan berkarbohidrat yg lain. Asalkan jangan kurangnya pengambilan susu, buah dan sayuran yang mengandungi vitamin penting untuk kehamilan.
Apakah cara untuk mendapat berat badan yg sihat yer? Kat bawah ni ada beberapa cadangan daripada Baby Center:

  • Diet harian perlu mengandungi sekurang-kurangnya 3 hidangan bijirin/kanji, 2 cawan buah dan 2 cawan sayur (sayuran hijau dan berkanji, buah oren, buah yg mengandungi vitamin C dan kekacang), 5-6 ounces protein (dari sumber ikan, daging, telur, kekacang), 3 atau lebih hidangan berasaskan susu, 6 sudu teh minyak sayuran seperti minyak canola atau minyak zaitun. Dan elakkan makanan bergoreng / makanan segera (fast food).
  • Aktif! Senaman ringan untuk otot. 60 minit seminggu, contoh berenang, berkebun, menari.
  • Target untuk turunkan berat badan 1-2 pounds (0.45 - 0.90 kg) seminggu. Tidak boleh lebih 2 pounds sebab kalau dan lebih 2 pounds tu maknanya dah kekurangan cecair dalam badan plus pembakaran otot bukan lg lemak.
So macam mana? Kita sama-sama ikhtiar yer... Good Luck & All The Best!!!