Wednesday, February 8, 2012

TTC: Tips From Baby Centre

Semalam saya tak boleh tidur sebab siang hari nya dah banyak tidur. Tengah2 duk pejam celik pejam celik tu, tiba-tiba terasa sunyi sebab tidur sorang2. Abang kerja shift malam pula tu. Dalam hati ni, saya panjatkan doa semoga Allah cepat2 makbulkan doa kami untuk dapat zuriat supaya saya tidak kesunyian lagi...

Baru saja mata ni nak lelap, telefon bunyi, ada email masuk... Alhamdulillah... Allah dengar doa saya...


Jum.. saya share contentnye...

3 lifestyles changes that could help you pregnant:
  1. Reconsider what you drink
  2. Avoid stressors that delay ovulation
  3. Shed pounds the right way
Saya translatekan dalam bahasa yg ringkas supaya semua orang dapat faham yer...

  1. Ada kajian yang menunjukkan pengambilan kafein boleh menganggu kesuburan seseorang sekiranya diambil dengan kadar melebihi 300mg sehari. Namun terdapat juga kes di mana pengambilan kafein sebanyak 200mg sehari boleh memberi risiko keguguran. Kafein biasanya terdapat dalam minuman kopi. Walau bagaimanapun, kita tetap harus berwaspada kepada minuman lain seperti soft drinks, energy drinks (mcm 100 plus kot), coklat dan ice cream berperisa kopi. Selain itu, kafein juga boleh didapati dalam minuman herba dan ubat-ubatan seperti ubat sakit kepala, ubat selsema dan ubat elergik. So, apa minuman yang sesuai sebenarnya? Jawapannya adalah susu ataupun sirap berperisa....
  2. Stress ataupun tekanan boleh menjejaskan penghasilan telur. Stress ini akan menganggu sistem hormon yang menyebabkan kelewatan ovulasi dari tarikh yg sepatutnya.
  3. Berat badan berlebihan.... Sebenarnya tiada masalah kalau kita nak berdiet sebelum hamil kerana berat badan yg ideal lebih memudahkan proses untuk hamil. Tidak mengapa kalau kita kurangkan pengambilan nasi atau makanan berkarbohidrat yg lain. Asalkan jangan kurangnya pengambilan susu, buah dan sayuran yang mengandungi vitamin penting untuk kehamilan.
Apakah cara untuk mendapat berat badan yg sihat yer? Kat bawah ni ada beberapa cadangan daripada Baby Center:

  • Diet harian perlu mengandungi sekurang-kurangnya 3 hidangan bijirin/kanji, 2 cawan buah dan 2 cawan sayur (sayuran hijau dan berkanji, buah oren, buah yg mengandungi vitamin C dan kekacang), 5-6 ounces protein (dari sumber ikan, daging, telur, kekacang), 3 atau lebih hidangan berasaskan susu, 6 sudu teh minyak sayuran seperti minyak canola atau minyak zaitun. Dan elakkan makanan bergoreng / makanan segera (fast food).
  • Aktif! Senaman ringan untuk otot. 60 minit seminggu, contoh berenang, berkebun, menari.
  • Target untuk turunkan berat badan 1-2 pounds (0.45 - 0.90 kg) seminggu. Tidak boleh lebih 2 pounds sebab kalau dan lebih 2 pounds tu maknanya dah kekurangan cecair dalam badan plus pembakaran otot bukan lg lemak.
So macam mana? Kita sama-sama ikhtiar yer... Good Luck & All The Best!!!

2 comments:

  1. kak na. sy setuju sangat part 2 : stress.
    masa sy keje kt tempat keje lama, saya rasa stress yg melampau, sampai mengganggu emosi. nak dikatakan rezeki Allah nak bagi, sy pregnant selepas 2 minggu resign. Alhamdulillah :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah.... Kak na nak resign tu yg satu masalah. Keje kat sini dah stabil, nak cari keje lain lah susah skrg ni. So, tahan je la.. kena manage lah stress tu kan.. huhu

      Delete