Friday, March 30, 2012

My Best Experince with Virgin Coconut Oil (VCO)

Assalamualaikum... Nak cerita satu kisah benar ni...

Suatu ketika dahulu, kalau buka facebook saya mesti nampak iklan VCO yang kawan saya post. Mula-mula tak berminat nak guna tapi apabila dah selalu baca iklan2 tu, saya jadi tertarik. Memikirkan masalah yang saya alami telah lama, saya terasa nak mencuba. Terus saya order dari kawan saya tu.

Bak kata kawan saya ni, kesan berbeza mengikut individu. Saya mengambil VCO softgel sekali sehari (2 biji pagi / malam). Satu botol VCO adalah untuk kegunaan sebulan. So, inilah pengalaman saya:-

Botol yang pertama - Jerawat tumbuh pada muka. Kulit kepala menjadi gatal. Senggugut sewaktu haid masih ada.

Botol yang kedua - Jerawat berkurangan, minyak pada muka juga berkurangan. Parut semakin pudar. Rambut tidak lagi gugur semasa mandi (bilik air bersih dari rambut). Rambut hanya melekat pada sikat dan tiada lagi yang jatuh ke lantai, dengan kata lain, rambut gugur berkurangan. Keputihan bertambah (dengan bau yanng kurang menyenangkan) dan senggugut berkurangan.

Botol yang ketiga - Rambut cepat panjang dan mudah diurus. Keputihan berkurangan. Tiada lagi senggugut sewaktu haid.

Botol yang keempat - Tiada lagi keputihan. Tiada bau yang tidak enak pada seluar dalam. Kulit terasa lebih licin dan lembut (yang ni husband selalu puji... hehehe).

Selain daripada kesan-kesan kat atas, ada satu lagi yang paling ketara.... Lihat gambar di bawah:

 Jari saya sangat elergik pada permukaan kasar, habuk, sabun dan makanan pedas. Cuba perhatikan keadaan kulit di sekeliling kuku pada jari manis. Kulit di bawah kuku juga sering menggelupas dan ada biji-biji kecil yang mengandungi air bisa. Selepas mengambil VCO selama 3 bulan, inilah perbezaannya...

Struktur kulit pada kuku kembali normal. Tiada lagi kulit yang menggelupas. Saya sudah boleh makan menggunakan jari....

So, kalau ada kawan-kawan yang berminat nak mencuba VCO ni, boleh tengok kat blog INAYUS'S ONLINE SHOP (Click). Nanti bila ada kelapangan, saya akan kongsi fakta mengenai VCO ni yer...

Saturday, March 3, 2012

POLA TANGAN

Pola tangan dibuat untuk menjahit baju kurung moden, baju kebaya, blaus atau seumpamanya. Ada banyak pilihan untuk buat pola tangan ni. Terpulang lah, bergantung pada tahap kerajinan atau kemalasan (saya lah tu). Tapi yang penting, hasilnya mesti memuaskan tak kira apa cara yang digunakan. Janji, baju tu sedap dipakai.

Masa belajar menjahit dulu, cikgu jahit saya bagi pola yang agak completed. Tapi hasilnya terbaik... Boleh rujuk gambar di bawah untuk lakaran pola...

1-2: Panjang tangan
1-3: 4 setengah inci
2-6 & 2-7: keliling tangan bahagi 2
1-5 & 1-4: keliling lubang tangan (ketiak) bahagi 2
17: 4 ke 6 bahagi 2 & 19: 5 ke 7 bahagi 2
18-17 & 19-20: suku inci
6a: setengah inci di atas 6 & 7a: setengah inci di atas 7
8: 1 ke 4 bahagi 2 tambah setengah inci
9: 4 ke 8 bahagi 2
12: 1 ke 8 tolak setengah inci bahagi 2
9-10 & 11-12: setengah inci
13: 1 ke 5 bahagi 2
15: 1 ke 13 bahagi 2
13-14: suku inci
15-16: setengah inci

Sorry lah kalau pening sket tapi memang pening pun. Sebab tu saya reka cara sendiri yang lebih senang. Kalau dah try boleh lah...

Semasa lukis pola badan, boleh terus buat untuk tangan macam gambar di bawah:

1-3: ukuran bahu bahagi 2
3-4: 1 suku inci
1-2 & 3-5: keliling dada bahagi 4 (kalau nak longgar sikit tambah setengah inci)
2-6: keliling dada bahagi 4 tambah 1 inci
7: 4 ke 5 bahagi 2
7-8: 3/4 inci (sambung 4 ke 6 menggunakan lengkuk pembaris L)
4-9: labuh tangan
9-10: keliling tangan bahagi 2

So, macam mana? Buatlah pilihan ikut kehendak sendiri...