Saturday, March 3, 2012

POLA TANGAN

Pola tangan dibuat untuk menjahit baju kurung moden, baju kebaya, blaus atau seumpamanya. Ada banyak pilihan untuk buat pola tangan ni. Terpulang lah, bergantung pada tahap kerajinan atau kemalasan (saya lah tu). Tapi yang penting, hasilnya mesti memuaskan tak kira apa cara yang digunakan. Janji, baju tu sedap dipakai.

Masa belajar menjahit dulu, cikgu jahit saya bagi pola yang agak completed. Tapi hasilnya terbaik... Boleh rujuk gambar di bawah untuk lakaran pola...

1-2: Panjang tangan
1-3: 4 setengah inci
2-6 & 2-7: keliling tangan bahagi 2
1-5 & 1-4: keliling lubang tangan (ketiak) bahagi 2
17: 4 ke 6 bahagi 2 & 19: 5 ke 7 bahagi 2
18-17 & 19-20: suku inci
6a: setengah inci di atas 6 & 7a: setengah inci di atas 7
8: 1 ke 4 bahagi 2 tambah setengah inci
9: 4 ke 8 bahagi 2
12: 1 ke 8 tolak setengah inci bahagi 2
9-10 & 11-12: setengah inci
13: 1 ke 5 bahagi 2
15: 1 ke 13 bahagi 2
13-14: suku inci
15-16: setengah inci

Sorry lah kalau pening sket tapi memang pening pun. Sebab tu saya reka cara sendiri yang lebih senang. Kalau dah try boleh lah...

Semasa lukis pola badan, boleh terus buat untuk tangan macam gambar di bawah:

1-3: ukuran bahu bahagi 2
3-4: 1 suku inci
1-2 & 3-5: keliling dada bahagi 4 (kalau nak longgar sikit tambah setengah inci)
2-6: keliling dada bahagi 4 tambah 1 inci
7: 4 ke 5 bahagi 2
7-8: 3/4 inci (sambung 4 ke 6 menggunakan lengkuk pembaris L)
4-9: labuh tangan
9-10: keliling tangan bahagi 2

So, macam mana? Buatlah pilihan ikut kehendak sendiri...

27 comments:

  1. salam sis,

    aritu nak minta akak buatkan pola kurung moden kan? sbb sya x pandai buat tang pola tangan tu...since akak dah bagi nota ni sya nak cuba la :) terima Kasih sudi kongsi ilmu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam.. sama2 Sue... Ukuran pada ketiak Pola tangan ni kena sama dengan ukuran pada ketiak pola baju yer. kalau tak, nanti jahit, kain tak sama...

      Delete
  2. As salam...inayus ada fb tak?..inayus buat pola kurung moden utk d jual tak?..boleh tak reply cik sue ..email :surtimayusof@gmail.com...fb:Surtima Yusof

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cik sue... sory, kenapa saya baru nampak komen ni? aisehhh.. terlopas pandang, sory sgt2.. anyway, cik sue pun dah lagi terer dari kita kan, so tak perlu lah kot pola baju kurung moden tu lagi.. hehe.. Anyway, kita pun dah add FB cik sue hari tu..

      Delete
  3. bila tgk2 pola ni rasa mcm nk menjahit je...tp mesin pulak rosak..dh lama cari tutorial buat lengan ni..jmpa mmg la jmpa tp fening la.klu mesin dh elok nnti nk try yg ni lak la....hihihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cik Ida, jom jom kita menjahit... hehe.. saya lagi suka buat cara sendiri dari cara yg cikgu ajar, sebab nak short cut kan... :)

      Delete
  4. salam anti saya nak tanya anti , sebab saya sekolah belajar tak pakai inci tapi saya belajar pakai CM , saya tahu sama je tapi saya tak faham tentang ini

    17: 4 ke 6 bahagi 2 & 19: 5 ke 7 bahagi 2
    18-17 & 19-20: suku inci
    6a: setengah inci di atas 6 & 7a: setengah inci di atas 7
    8: 1 ke 4 bahagi 2 tambah setengah inci
    9: 4 ke 8 bahagi 2
    12: 1 ke 8 tolak setengah inci bahagi 2
    9-10 & 11-12: setengah inci
    13: 1 ke 5 bahagi 2
    15: 1 ke 13 bahagi 2
    13-14: suku inci
    15-16: setengah inci


    itu macam mana caranya ye ?? boleh berkongsi bersama ??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang ni Fatin kena try lukis dulu. Guna inci baru senang nak ikut. Nak explain kat sini memang susah sebab nak kena tunjuk...

      Delete
  5. salam

    kurang jelas untuk 8: bahagi 2 tu faham. +1/2 inch tu kurang jelas. naikkan atau turunkan 1/2 inch?
    utk dapatkan 6a, 6b tu naikkan 1/2 dan keluar 1/2 ke?
    utk 12: tolak 1/2ich tu nak tolak menhampiri 8 atau 1

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam...

      Susah jugak nak explain ni.
      8 - awak refer pada garis putus2 tu. untuk dapatkan lengkungan tu, yg atas naikkan setengah inci, yg bawah turunkan setengah inci.
      6a & 7a - dari garis labuh tangan tu, awak naikkan setengah inci jer.
      12 - ukuran 1 ke 8 tu tolak setengah inci, baru awak bahagi 2.bila dapat ukurannya, ukur dari 1.

      Delete
  6. Salam Inayus,
    Sama la dgn saya nak buat pola tangan mesti sangkut bila time nak sambung dengan badan.
    Dah le tak paham lepastu ambil masa lama.
    Boleh la nanti saya nak try formula awak ni untuk jimatkan masa saya yg malas ni..huhu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam.. itu lah, memang formula yg cikgu bagi tu bagus, pakai pun sedap. tp nak buatnya susah dan melambatkan kerja. itu yg keluarkan formula sendiri.. hehe

      Delete
  7. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  8. oooppss terlupa pula nak tnya, formula u nie klu nak melukis pola lengan, lukis kat pola belakang baju ke..atau mcm mna ye keliru la pula..??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kedua duanya boleh. Asalkan lengkuknya sama...

      Delete
  9. dlm gambarajah di atas pola merujuk pada bhg belakang baju..maksudnya pola yg berasingan.bgmna pula klu pola tu sekali maksudnya depan dn belakang..boleh ke ikut teknik sperti yg di atas..terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gambar yg saya buat tu contoh jer, utk belakang baju. nak buat ikut pola depan pun boleh dengan syarat pola depan dan belakang utk lubang tangan tu sama.

      Delete
  10. assalam,inayus klu lengkuknya sama ertinya pola belakang dn depan kel dada sama besar ke..dlm gambarajah di atas 2-6 kel. dada + 1 inci so depan dn belakang pola sama ukuran ya..? terima kasih.

    ReplyDelete
  11. 0oo... inayus where you are,I'm still waiting for your reply...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sorry yer Sall... sibuk sikit seminggu dua ni. tak sempat nak berblog.. sorry sgt2

      Delete
  12. Bru nak Cuba ...harap mjdi ..lakar kat paper je...

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah jadi.. selamat mencuba yer

      Delete
  13. assalam..kak..yang point 9 - 10 tu keliling tgn bahagi 2 je ke?? yang point 10 tu macam ke dalam ckit..macam mana nak lukis.. huhu!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. Buat garisan lurus 10 ke 6 dulu. Pastu sambungkan 9 dan 10 dengan jadikan bucu pada 9 tu 90 darjah. Boleh guna pembaris L.

      Delete
  14. Salam sis, kala guna pola tgn yg cikgu sis bagi tu, pola keruk ketiak belakang baju nak lebihkan 1/2" ke tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam.. keruk ketiak tu macam mana eh? hhuhu.. saya ni pun bukan expert sgt... nanti share yer.. tq

      Delete