Tuesday, April 10, 2012

Rawatan Resdung

Bulan lepas, ajak abang makan tutti frutti kat bandar Rawang. Lepas makan, abang tunjuk satu kedai spa, selang 2 kedai je dengan kedai tutti frutti tu. Kat spa tu, ada buat rawatan resdung. Memandangkan hari masih awal, kami masuk je kedai spa tu dengan niat sekadar nak bertanya.

Bila dah masuk dalam kedai tu, terus jumpa tauke dia, Pn. Yasmeen. Lupa pulak, nama spa tu De'La RICH Spa & Boutique. Abang cakap kat Pn. Yasmeen tu yang dia ada masalah resdung. Pn. Yasmeen plak, tengok muka saya, dia kata yang pun ada resdung yang kronik. Alamak!!! Terkejut gak sebab muka saya takda masalah jerawat sangat. Tapi, ada la minyak2 berlebihan tu. So, dia recommend saya untuk buat treatment jugak.

Niat asal nak bertanya saja tu dah tak jadi. Terus buat treatment pulak. Abang ambil pakej kronik, RM95 untuk 15 batang lilin resdung dan percuma facial. Saya pula buat pakej trial, RM25 untuk 2 batang lilin resdung dan percuma facial juga.

Masa buat tu, terkejut bila Pn. Yasmeen tunjuk hama resdung yang keluar dari kulit muka saya. Eeeiiii, geli nengoknyer. Macam cheese cake pun ada.. Complete dengan minyak & lemak sekali. Dari 2 batang, saya minta lagi tambah 2 batang...

Ni gambar yang saya ambil dari blog PARUNA AROMATHERAPY SPA. Nak tunjuk kat semua macam ni lah rupa hama yang keluar dari kulit muka.


Dasat kan? Tapi yang best, kita tak rasa pedih or sakit pun. Lagipun, batang lilin resdung ni tak mengeluarkan asap. Hanya perlu tekapkan ke kulit muka untuk tempoh 30 saat ke 1 minit.

Macam ni lah rupa bentuk lilin resdung paruna yang digunakan...


Ini pula cara rawatannya...


Memandangkan kami berdua ni selalu sibuk, memang susah nak cari masa untuk ke spa, kami beli je lilin resdung ni dari kedai Pn. Yasmeen dan buat sendiri di rumah. Sekarang ni, sekali seminggu kami akan buat rawatan sendiri di rumah. Alhamdulillah, gatal-gatal pada muka dah tak ada. Kulit pun rasa lebih licin dan minyak berkurangan.

Kalau ada yang berminat nak cuba rawatan resdung ni, bolehlah ke De'La RICH Spa & Boutique kat alamat berikut:

No. 13, Jalan Bandar Rawang 12
Pusat Bandar Rawang
48000 Rawang Selangor
(sederet dengan Bank Islam)

Selain dari rawatan resdung, ada juga rawatan lain seperti facial, sauna, body scrub, mandi susu, massage etc.

Rawang ni agak jauh, so kalau ada yang susah nak pergi, boleh je beli batang lilin resdung paruna ni, dan buat sendiri kat rumah. Macam mana nak beli? Saya boleh tolong... RM18 untuk 3 batang. Tapi saya tak berani nak pos, takut rosak. So, boleh ambil kat office saya di KL Sentral... Sekian...

Saturday, April 7, 2012

Kesan Segera Pengambilan Minyak Kelapa Dara (VCO)

  1. Melegakan pernafasan - mencairkan kahak dan membersihkan laluan pernafasan kerongkong
  2. Melawaskan pembuangan air besar dan kecil - menyelesaikan masalah sembelit dan kencing tidak lawas serta membuang toksin melalui najis
  3. Meningkatkan kadar metabolisma pada seluruh sel tubuh - minyak kelapa dara akan diserap terus sebagai komponen tenaga dalam badan dan badan anda akan terasa lebih bertenaga
  4. Memusnah organisma perosak seperti virus, bakteria, kulat dan protozoa (cacing) di dalam usus kecil dan besar - untuk mencapai penghadaman tahap maksimum
  5. Mengurangkan keadaan mudah lapar - bila penghadaman mencapai tahap maksima, tubuh mendapat lebih khasiat dan tenaga. Oleh itu, berat badan terkawal kerana tidak perlu makan banyak dan kerap
  6. Mengurangkan kandungan lemak badan - berat badan turun mengikut kesesuaian tubuh badan seseorang
  7. Mengurangkan risiko serangan sakit jantung dan darah tinggi - mengelakkan terbentuknya plak pada saluran darah terutama saluran yang berhubungan dengan jantung
  8. Mempercepatkan penggantian sel-sel dengan yang baru - mengembalikan keanjalan dan kelembutan kulit.

Berminat? Klik sini untuk tempahan.