Tuesday, April 10, 2012

Rawatan Resdung

Bulan lepas, ajak abang makan tutti frutti kat bandar Rawang. Lepas makan, abang tunjuk satu kedai spa, selang 2 kedai je dengan kedai tutti frutti tu. Kat spa tu, ada buat rawatan resdung. Memandangkan hari masih awal, kami masuk je kedai spa tu dengan niat sekadar nak bertanya.

Bila dah masuk dalam kedai tu, terus jumpa tauke dia, Pn. Yasmeen. Lupa pulak, nama spa tu De'La RICH Spa & Boutique. Abang cakap kat Pn. Yasmeen tu yang dia ada masalah resdung. Pn. Yasmeen plak, tengok muka saya, dia kata yang pun ada resdung yang kronik. Alamak!!! Terkejut gak sebab muka saya takda masalah jerawat sangat. Tapi, ada la minyak2 berlebihan tu. So, dia recommend saya untuk buat treatment jugak.

Niat asal nak bertanya saja tu dah tak jadi. Terus buat treatment pulak. Abang ambil pakej kronik, RM95 untuk 15 batang lilin resdung dan percuma facial. Saya pula buat pakej trial, RM25 untuk 2 batang lilin resdung dan percuma facial juga.

Masa buat tu, terkejut bila Pn. Yasmeen tunjuk hama resdung yang keluar dari kulit muka saya. Eeeiiii, geli nengoknyer. Macam cheese cake pun ada.. Complete dengan minyak & lemak sekali. Dari 2 batang, saya minta lagi tambah 2 batang...

Ni gambar yang saya ambil dari blog PARUNA AROMATHERAPY SPA. Nak tunjuk kat semua macam ni lah rupa hama yang keluar dari kulit muka.


Dasat kan? Tapi yang best, kita tak rasa pedih or sakit pun. Lagipun, batang lilin resdung ni tak mengeluarkan asap. Hanya perlu tekapkan ke kulit muka untuk tempoh 30 saat ke 1 minit.

Macam ni lah rupa bentuk lilin resdung paruna yang digunakan...


Ini pula cara rawatannya...


Memandangkan kami berdua ni selalu sibuk, memang susah nak cari masa untuk ke spa, kami beli je lilin resdung ni dari kedai Pn. Yasmeen dan buat sendiri di rumah. Sekarang ni, sekali seminggu kami akan buat rawatan sendiri di rumah. Alhamdulillah, gatal-gatal pada muka dah tak ada. Kulit pun rasa lebih licin dan minyak berkurangan.

Kalau ada yang berminat nak cuba rawatan resdung ni, bolehlah ke De'La RICH Spa & Boutique kat alamat berikut:

No. 13, Jalan Bandar Rawang 12
Pusat Bandar Rawang
48000 Rawang Selangor
(sederet dengan Bank Islam)

Selain dari rawatan resdung, ada juga rawatan lain seperti facial, sauna, body scrub, mandi susu, massage etc.

Rawang ni agak jauh, so kalau ada yang susah nak pergi, boleh je beli batang lilin resdung paruna ni, dan buat sendiri kat rumah. Macam mana nak beli? Saya boleh tolong... RM18 untuk 3 batang. Tapi saya tak berani nak pos, takut rosak. So, boleh ambil kat office saya di KL Sentral... Sekian...

7 comments:

  1. Azlina ok jerk buat yang nie. alin ada jgk tgk kedai nie sebab kelas alin berdepan jerk kedai nie kan. huh macam best jerk nak buatlar nati lepas kelas.

    ReplyDelete
  2. RAWATAN BUANG LENDUR/TOKSIK RESDUNG.


    •Membuang toksik/lendir punca masalah Resdung (Bukan guna Asap/Lilin)
    •Membersihkan rongga hidung.
    •Membuang kahak pekat/lendir yg melekat di tekak & paru-paru.
    •Melegakan saluran pernafasan/athma.
    •Melegakan gatal hidung, hidung tersumbat, kerap bersin, hidung berair & jerawat resdung.
    •“Cuci suara” untuk mengaji, azan atau berkhutbah – Melancarkan/menyaringkan lontaran suara.
    •Buang lendir pekat yang tersekat di dada akibat merokok – Masalah sesak dada.
    •RM40 (Diskaun untuk Pelajar RM35)
    •Juga menjual ubat untuk membuang toksik/lendir Resdung.

    Call/sms : 012-6546509
    (Rawatan ke rumah disediakan atas budi bicara)

    *Wanita hamil, pesakit Jantung dan kanak2 di bawah 12 tahun tidak boleh buat rawatan ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks for sharing. Maybe boleh cuba one day.. :)

      Delete
  3. Salam ina,Kak Yasmeen ni..Owner Paruna Resdung..Wahh,pandai ngla Ina cerita tentang rawatan resdung..Kalau tengok cara ina buat page ni,seolah2 ina ni owner centre resdung..hehe..Sebenarnye ina,sekarang akak buka centre resdung baru dekat sederet Mydin(BALQIS RICH BEAUTY)address 25-A Jalan Bandar Rawang 48000,Rawang.
    014-2570969 / 03-6093 7954.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam... thanks kak... nanti saya contact akak yer.. :)

      Delete
  4. Salam, sy nk tanya..masih jual lg ke corong resdung ni??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. Boleh contact kak yasmeen no 014 257069. Boleh refer komen dari tiffa kat atas

      Delete