Wednesday, May 30, 2012

SELAMAT ULANGTAHUN SAYANG

Alhamdulillah... Syukur kepada Allah kerana telah mengekalkan hubungan kami selamat 4 tahun. Semoga hubungan ini akan terus kekal hingga ke akhir hayat dan kembali bertaut semula di syurga nanti. Aamiin...

29 Mei 2008, jam 11.30 malam. Saya dan abang selamat diijab kabulkan dengan sejumlah mas kahwin sebanyak RMxxxx dan sebentuk cincin emas untuk saya dan sebentuk cincin suasa untuk abang.


31 Mei 2008, jam 3 petang. Rombongan pengantin lelaki tiba dengan alunan selawat dan salam ke atas junjungan kita Nabi Muhammad SAW. Ayahku sendiri yang turun dan menjemput pengantin lelaki. Alhamdulillah. Saat abang tiba di depan pintu rumah, kami bersalaman dan saya mencium tangannya. Sungguh bahagia.

Kami diiring masuk ke dalam rumah dan naik ke atas pelamin. Majlis dimulai dengan bacaan doa yang diketuai oleh ayahku sendiri. Amin yang rabbal alamin....

Selepas bacaan doa, upacara menyuap pulut kuning kepada pengantin oleh kedua-dua ibu bapa pengantin. Kemudian, kami turun dari pelamin dan bersimpuh di hadapan pelamin untuk sesi mengenal di mana pihak pengantin lelaki akan bergilir-gilir datang bersalam dengan pengantin perempuan iaitu saya sambil menyampai sumbangan seikhlas hati. Sumbangan tersebut akan dibalas dengan gelas berisi pulut kuning dan bunga telur.


Seterusnya, sesi bergambar....


Kemudian, kami bertukar ke persalinan moden untuk upacara memotong kek. Kek lima tingkat... Bukan nak menunjuk tapi ada sebabnya. Kek bahagian atas sekali, diberikan kepada kak Yah iaitu tauke besar untuk majlis saya pada hari tu. Pelamin, baju, make up, cameraman, khemah, kerusi meja, hiasan bilik tidur, semuanya dari kak Yah. Saya hanya tinggalkan satu kek di bahagian bawah sekali untuk kami sekeluarga. Selebihnya semua dihadiahkan kepada orang.


Lagi gambar yang diedit...


"YA ALLAH, JADIKAN KAMI PASANGAN SUAMI SOLEH DAN ISTERI SOLEHAH. KURNIAKAN KEBAHAGIAAN DALAM RUMAHTANGGA KAMI. MURAHKAN REZEKI KAMI DAN BERKATILAH KEHIDUPAN KAMI. BERIKAN KAMI KEKUATAN IMAN, KETABAHAN HATI DAN KESABARAN UNTUK MENGHARUNGI DUGAAN DAN CABARAN HIDUP BERUMAHTANGGA. KURNIAKAN KAMI ZURIAT SEBAGAI PENYAMBUNG KETURUNAN KAMI, ZURIAT YANG SOLEH ADN SOLEHAH, YANG KAU BERKATI DUNIA DAN AKHIRAT. AMIN...."