Saturday, July 28, 2012

Mengurut

Seumur hidup, saya memang tak pernah pergi mengurut satu badan. Ada lah 2 kali dulu pergi urut perut dengan bidan kampung (perut sahaja). Selain dari itu, buat sesi urut sendiri kat rumah dengan abang, gilir-gilir urut. Setiap kali abang urut, sure menjerit-jerit. Kadang-kadang sampai nak marah abang sebab sakit. Sabar je laaa..

Satu hari, seorang teman saya ni rekemen seorang tukang urut (yang dikenali sebagai kak Dah) di Bukit Sentosa. Kebetulan pula, kakak ipar saya pun kenal kak Dah ni. So, hari ni (after buat appointment), saya pergi la rumah kak Dah untuk berurut.

Dalam keadaan baring, mula-mula dia urut betis kanan. Lepas tu betis kiri. Adui.... Sakitnya tuhan yang tahu. Tahan je la sampai nak keluar air mata. Kata kak Dah, urat saya tegang dan keras, memang susah nak 'lekat'. Lepas betis, tukar lak ke peha kiri dan kanan. Kat peha, urat dah bersimpul2 sampai bengkak. Mungkin sebab banyak berjalan. huhu..... Kata kak Dah lagi, sebelum urut rahim, kena urutkan bahagian kaki dulu untuk lembutkan urat. Betul, mula-mulanya rahim saya keras dan tegang. Lepas habis urut kaki, bahagian rahim jadi lembut je.

Masa urut kat perut tu, kak Dah kata rahim saya jatuh. Apabila rahim terlalu di bawah, air mani tak boleh masuk ke dalam. Sebab tu juga lah susah nak 'lekat'. Kak Dah angkat sikit rahim dan urut kat pangkal peha... Aduyai..... tahan tahan....

Tak habis lagi... Urut tangan lak, kanan dan kiri. Tangan pun sakit. Bahu, takyah cerita lah. Sebab selalu angkat benda berat kan. Sakitnya ya Tuhan....

Lepas baring, meniarap pula. Urut balik betis dan peha. Urut kat punggung, situ pun urat tak betul. Kata kak Dah, yang tu bahaya. Kalau nak bersalin, punggung tak kuat, jalan tak buka, memang anak keluar kut tingkap lah jawabnya. Urut pula kat belakang, alahai.... kat tulang belikat, urat bengkak kiri dan kanan, macam mata kak Dah kata.  Pindah ke leher, pun sakit. huhuhuhu.... rasa nak meraung je.

Lepas meniarap, duduk berlunjur pula. Continue urut belakang sampai punggung. huuuu rasa nak menggelepar je. Last sekali urut kepala. Kat kepala pun urat tak betul. Kak Dah kata kepala saya berat, mungkin sebab banyak fikir (mahunya tak kan!)

Sesi mengurut tu sejam setengah. Memang sakit! Tapi perlahan-lahan sakit tu hilang. Apabila dah siap semua, badan rasa ringan. Rasa nak berjoget-joget pun ada. Rasa lega dan tenang....

Sekarang? Aduyai.... rasa lenguh satu badan. Rasa denyut-denyut kat semua tempat. Masa mandi, nak pakai sabun pun, aduhhhh sakit. Kak Dah dah pesan tadi, memang akan sakit kulit (ada yang bengkak dan lebam) untuk tempoh 3 hari. Huhuhu... tahan je la.

Next appointment dengan kak Dah, hari Isnin depan, hari Nuzul Quran. Kak Dah kata second time dan kurang sikit sakitnya. Kita tengok lah macam mana nanti. Rasa tak sabar nak pergi lagi ni. Sakit-sakit pun sodap! hehehe...

Sekian cerita pasal mengurut! :)

Friday, July 27, 2012

BAWAL 204 AIDIJUMA

Waaaaa... puasnya hati!!! Dapat release tension dengan shopping tudung favourite, of course lah bawal AJ kan!

Saya beli 4 helai tudung bawal design 204.. Gambar-gambar ni diambil dari website www.aidijuma.com.

Grey Paddlepop


Mocha


Red Olive


Coral Peach

Friday, July 6, 2012

Balik Kampung lagiiiiiiii.......

Malam ni nak bertolak balik Terengganu... yeehhaaa... Happy nak jumpa mak, ayah & mak mertua yang disayangi dan dirindui selalu...

Semoga Allah selamatkan perjalanan balik kami untuk bertemu kedua ibu bapa kami... Amin..

Gambar kenangan di hari perkahwinan kami...

 Emak - Puan Limah


 Ayah - En. Hussin


Emak Mertua - Puan Leha

Tuesday, July 3, 2012

Should I Laugh or Cry?

2 minggu lepas, saya dapat email dari my second boss untuk pergi Australia for 1 week (pada bulan puasa). Since saya dah tak kuasa nak travel dan tak ada mood nak kerja, saya reply email dia dan bagi alasan:

"I'm sorry to inform you that I'm under medical observation. Therefore, I was advised not to travel for the first 3 months"

Yes, betul, saya memang ada medical observation. Rawatan dengan Putra Medical Centre, Sg. Buloh masih on dan saya perlu pergi check up every month. Cuma, Dr. Wan Ratna yang merawat saya tu, tak ada pulak cakap yang saya tak boleh travel since saya pun tak pernah inform dia yang kerjaya saya memerlukan saya travel dengan kerap.

Tapi, based on bahan bacaan dan advice from my seniors, travel adalah tidak digalakkan untuk saya buat masa sekarang. So, they all bagi idea untuk saya reply email macam tu. My second boss ok, he accepted my reason for not travelling.

Cuma, semalam, funny thing happened.........

My boss (the director or the division), datang dekat workplace saya dan pointed out 1 special question.

"When is your due?"

Tergamam dan ternganga sekejab.

"Due apa pula boss?"

"You said that you are under medical observation?"

"Yes, I am but I still under treatment."

My boss terdiam. Pastu saya jadi hangin!

"Not pregnant yet laa boss. Still in progress"

Boss repeated my words and dia gelak sakan. Saya pun gelak jugak lah. Masa tu memang tak ada rasa sensitif ke hape kan, sebab sebelum ni pun saya tak pernah sensittif pun pasal benda-benda ni.

Tapi semalam, on the way balik rumah (to be exact - tengah tunggu abang jemput di stesen komuter), one of my best friend whatsapp.

"Siapa yang tanya?" since dia tengok status FB saya, "semoga pertanyaan dia menjadi kenyataan". Kata best friend kan so of course dia tahu semua perihal saya. Walaupun status tu pendek je, tapi cukup untuk dia memahami.

So, saya mula lah bercerita. Masa bercerita itu, hati jadi sebak. Kat tepi2 jalan tu jugak air mata mencurah-curah (nasib baik tak ada orang yang perasan).

"Bawa mengucap, istighfar banyak" he knew that I was crying at that time.

Tup, nampak kereta abang coming.

"Oklah yer, abang dah sampai. So, tak nak abang tengok saya menangis."

That's it! Memang betul, saya tak pernah menangis depan abang. Saya mesti tunjuk kat abang yang saya kuat walaupun sebenarnya saya hanya insan yang lemah.

Tapi kata best friend saya tu, saya kena terus kuat. Fikir satu je..

"ALLAH SAYANGKAN AWAK & SEBAB TU ALLAH PILIH AWAK UNTUK UJIAN NI"

Thank you my dear friend....

Monday, July 2, 2012

ABRAHAM LINCOLN - Vampire Hunter

Saya dan abang dah tengok cerita ni hari Sabtu lepas.. memang best giler la... Siapa yang belum tengok tu, cepat-cepat tengok. Tak rugi bayo tiket mahal sebab ceritanya memang menarik. Ada lah takot2 sket sebab terkejut...


Ni petikan dari Harian Metro pasal cerita ni... Layan..

Lincoln buru puntianak

Oleh Roslen Fadzil
roslen@mediaprima.com.my
KALAU ikut ‘kepala’ Hollywood, semua benda boleh jadi. Jika tidak, masakan Presiden Amerika Syarikat ke-16, Abraham Lincoln (1809-1865) pun boleh menjadi pemburu pontianak!
Dengan erti kata lain, atas nama filem, semua fantasi boleh menjadi benda ‘mustahil’ dalam dunia perfileman mereka. Mereka bebas berkarya, berani dan tiada masalah untuk menyentuh kisah yang tidak pernah diketahui manusia zaman ini tetapi ‘ada kemungkinan’ pernah berlaku dalam kehidupan manusia zaman lampau seperti mana Lincoln.
Pemilihan tema ‘the other side of Lincoln’ dalam filem Abraham Lincoln: Vampire Hunter itu juga lebih selamat kerana seperti yang saya katakan tadi, kita tidak hidup pada abad ke-19 dan tidak tahu pun kisah yang lebih bersifat peribadi dalam diri orang seperti Lincoln.

Setakat yang kita kenal apabila belajar sejarah dulu, Lincoln asalnya seorang peguam kelahiran Kentucky yang kemudian menjadi seorang ahli politik dan seterusnya Presiden. Beliau juga berusaha menamatkan Perang Saudara dan menghapuskan budaya perhambaan khususnya membabitkan warga kulit hitam di wilayahnya.


Lalu dalam ruang yang tidak diketahui umum itu, maka timbullah kisah fantasi Lincoln sebagai pemburu puntianak, makhluk jahat penghisap darah yang mitosnya wujud dalam setiap zaman. Sejak kecil lagi, keluarga Lincoln kononnya diancam. Dia bangkit menuntut bela untuk menghapuskan kejahatan. Jelas di sini fakta sejarah bercampur dengan fiksyen yang berjaya mempengaruhi penonton.

Melalui filem ini juga, Hollywood ingin menunjukkan satu lagi keperwiraan Lincoln dalam memerangi kejahatan sambil menjual jenama Lincoln kepada generasi masa kini. Jawapan yang sebenarnya ada pada Tim Burton sebagai produser dan Timur Bekmambetov, sutradara kelahiran Kazakhstan sebagai pengarah filem aksi-fantasi-seram ini.

Seandainya kisah hidup Lincoln dihasilkan mengikut apa yang tertera dalam buku sejarah, maka akan jadilah sebuah filem epik ‘heavy drama’ dan mungkin kurang mendapat sambutan daripada generasi muda.

Melihat konteks itu dalam negara kita sendiri, mungkin sukar untuk kita menghasilkan kisah seperti itu kerana kita dituduh mempermain-mainkan pula sejarah hidup tokoh negarawan kita. Namun sebagai manusia biasa, kita tentu sedar setiap pemimpin mahupun wira kita juga ada kisah peribadi mereka yang pernah didedahkan untuk pengetahuan umum. Namun, imaginasi Hollywood itu selalunya melangkaui imaginasi kita sehingga terpana.

Kalau mungkin pun kita hendak menghasilkan kisah mistikal seperti filem ini, kita boleh memilih pelbagai karakter bersejarah seperti Hang Tuah, Panglima Awang, Parameswara atau Sang Nila Utama yang kita sendiri tidak begitu jelas perjalanan hidup mereka. Hakikatnya, mereka hidup pada zaman lampau dan dengan ini kita lebih bebas untuk bermain dengan imaginasi dan elemen fiksyen. Tiada siapa yang boleh berkata ini, salah atau itu yang betul kerana ia bak satu lesen untuk berkarya sekiranya kita juga mahu lakukan seperti karyawan Hollywood.

Namun, untuk kisah di sebalik tabir tokoh pemimpin zaman moden di Malaysia, saya anggap filem Tanda Putera arahan Datin Paduka Shuhami Baba yang bakal ditayangkan tidak lama lagi adalah kisah yang lebih realistik walaupun ia masih dalam konteks filem cereka yang bersandarkan fakta sejarah.

Filem yang mendedahkan kisah peribadi Allahyarham Tun Abdul Razak dan sahabatnya, Allahyarham Tun Dr Ismail itu sangat menarik kerana kita hanya mengenali mereka sebagai Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri Malaysia semata-mata.

Namun, apa yang mereka sembunyikan daripada pengetahuan umum memberikan satu kesedaran baru kepada saya sebagai penonton dan anak Malaysia. Mesej filem itu, memang ada perkara peribadi yang pemimpin sembunyikan demi kebahagiaan rakyat. Ia benar-benar menyentuh hati saya sehingga satu peringkat, tidak tertanggung lagi sebak dan air mata.

Sebagai penonton, saya selalu mengharapkan karya dari Malaysia yang lebih kreatif dan dahsyat dari segi tema serta penceritaannya. Kita ada ramai pelakon yang berbakat di luar sana, namun semuanya terletak kepada skrip dan pengarahan itu sendiri. Pengarah terbaik adalah untuk filem yang terbaik.

Ke mana arah filem kita selepas ini? Apa lagi kisah yang mahu disogok kepada penonton? Semua jawapan itu ada di tangan pembikin filem kita yang seharusnya lebih berani untuk keluar dari zon selesa. Kalau boleh biarlah saya melihat Zizan Razak dan Aaron Aziz yang benar-benar berbeza daripada apa yang saya lihat sekarang -- roslenmetro@yahoo.com/ roslen@mediaprima.com.my