Saturday, July 28, 2012

Mengurut

Seumur hidup, saya memang tak pernah pergi mengurut satu badan. Ada lah 2 kali dulu pergi urut perut dengan bidan kampung (perut sahaja). Selain dari itu, buat sesi urut sendiri kat rumah dengan abang, gilir-gilir urut. Setiap kali abang urut, sure menjerit-jerit. Kadang-kadang sampai nak marah abang sebab sakit. Sabar je laaa..

Satu hari, seorang teman saya ni rekemen seorang tukang urut (yang dikenali sebagai kak Dah) di Bukit Sentosa. Kebetulan pula, kakak ipar saya pun kenal kak Dah ni. So, hari ni (after buat appointment), saya pergi la rumah kak Dah untuk berurut.

Dalam keadaan baring, mula-mula dia urut betis kanan. Lepas tu betis kiri. Adui.... Sakitnya tuhan yang tahu. Tahan je la sampai nak keluar air mata. Kata kak Dah, urat saya tegang dan keras, memang susah nak 'lekat'. Lepas betis, tukar lak ke peha kiri dan kanan. Kat peha, urat dah bersimpul2 sampai bengkak. Mungkin sebab banyak berjalan. huhu..... Kata kak Dah lagi, sebelum urut rahim, kena urutkan bahagian kaki dulu untuk lembutkan urat. Betul, mula-mulanya rahim saya keras dan tegang. Lepas habis urut kaki, bahagian rahim jadi lembut je.

Masa urut kat perut tu, kak Dah kata rahim saya jatuh. Apabila rahim terlalu di bawah, air mani tak boleh masuk ke dalam. Sebab tu juga lah susah nak 'lekat'. Kak Dah angkat sikit rahim dan urut kat pangkal peha... Aduyai..... tahan tahan....

Tak habis lagi... Urut tangan lak, kanan dan kiri. Tangan pun sakit. Bahu, takyah cerita lah. Sebab selalu angkat benda berat kan. Sakitnya ya Tuhan....

Lepas baring, meniarap pula. Urut balik betis dan peha. Urut kat punggung, situ pun urat tak betul. Kata kak Dah, yang tu bahaya. Kalau nak bersalin, punggung tak kuat, jalan tak buka, memang anak keluar kut tingkap lah jawabnya. Urut pula kat belakang, alahai.... kat tulang belikat, urat bengkak kiri dan kanan, macam mata kak Dah kata.  Pindah ke leher, pun sakit. huhuhuhu.... rasa nak meraung je.

Lepas meniarap, duduk berlunjur pula. Continue urut belakang sampai punggung. huuuu rasa nak menggelepar je. Last sekali urut kepala. Kat kepala pun urat tak betul. Kak Dah kata kepala saya berat, mungkin sebab banyak fikir (mahunya tak kan!)

Sesi mengurut tu sejam setengah. Memang sakit! Tapi perlahan-lahan sakit tu hilang. Apabila dah siap semua, badan rasa ringan. Rasa nak berjoget-joget pun ada. Rasa lega dan tenang....

Sekarang? Aduyai.... rasa lenguh satu badan. Rasa denyut-denyut kat semua tempat. Masa mandi, nak pakai sabun pun, aduhhhh sakit. Kak Dah dah pesan tadi, memang akan sakit kulit (ada yang bengkak dan lebam) untuk tempoh 3 hari. Huhuhu... tahan je la.

Next appointment dengan kak Dah, hari Isnin depan, hari Nuzul Quran. Kak Dah kata second time dan kurang sikit sakitnya. Kita tengok lah macam mana nanti. Rasa tak sabar nak pergi lagi ni. Sakit-sakit pun sodap! hehehe...

Sekian cerita pasal mengurut! :)

10 comments:

  1. Betul tu. Sokmo first time urut mmg sakit. Lps tu bila urat dh lembut, ok je. Rs laaaggiiii sehat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu lah Dina. Sapa loni rasa sakit bekas ngurut tu. Lebam & bengkak merata tempat.

      Delete
  2. Ade no kak dh ni x? Kalo ade sms kt saye 0127328203

    ReplyDelete
  3. Salam sis tlg sms num kak dah bole? :) 0137168995. mekasih.

    ReplyDelete
  4. Salam Sis, boleh sms sy number kak dah? 014-8585637. Sy tengah mengandung 7 bulan, ingat nak pegi urut badan, badan tengah sakit gila, sy pon duk area bukit sentosa gak..

    ReplyDelete
  5. Salam..bleh tak bg no tepon kak dah ni...kalau bagi kat komen ni tak leh ke..senang orang lain nak call. tak pon sms lah sy 0126559664. tq!

    ReplyDelete
  6. salam..saya pon nak mintak no. kak dah tu ..saya pon kat bukit sentosa

    ReplyDelete
  7. Untuk yg memerlukan no fon kak dah,

    017 697 9235

    ReplyDelete