Tuesday, July 3, 2012

Should I Laugh or Cry?

2 minggu lepas, saya dapat email dari my second boss untuk pergi Australia for 1 week (pada bulan puasa). Since saya dah tak kuasa nak travel dan tak ada mood nak kerja, saya reply email dia dan bagi alasan:

"I'm sorry to inform you that I'm under medical observation. Therefore, I was advised not to travel for the first 3 months"

Yes, betul, saya memang ada medical observation. Rawatan dengan Putra Medical Centre, Sg. Buloh masih on dan saya perlu pergi check up every month. Cuma, Dr. Wan Ratna yang merawat saya tu, tak ada pulak cakap yang saya tak boleh travel since saya pun tak pernah inform dia yang kerjaya saya memerlukan saya travel dengan kerap.

Tapi, based on bahan bacaan dan advice from my seniors, travel adalah tidak digalakkan untuk saya buat masa sekarang. So, they all bagi idea untuk saya reply email macam tu. My second boss ok, he accepted my reason for not travelling.

Cuma, semalam, funny thing happened.........

My boss (the director or the division), datang dekat workplace saya dan pointed out 1 special question.

"When is your due?"

Tergamam dan ternganga sekejab.

"Due apa pula boss?"

"You said that you are under medical observation?"

"Yes, I am but I still under treatment."

My boss terdiam. Pastu saya jadi hangin!

"Not pregnant yet laa boss. Still in progress"

Boss repeated my words and dia gelak sakan. Saya pun gelak jugak lah. Masa tu memang tak ada rasa sensitif ke hape kan, sebab sebelum ni pun saya tak pernah sensittif pun pasal benda-benda ni.

Tapi semalam, on the way balik rumah (to be exact - tengah tunggu abang jemput di stesen komuter), one of my best friend whatsapp.

"Siapa yang tanya?" since dia tengok status FB saya, "semoga pertanyaan dia menjadi kenyataan". Kata best friend kan so of course dia tahu semua perihal saya. Walaupun status tu pendek je, tapi cukup untuk dia memahami.

So, saya mula lah bercerita. Masa bercerita itu, hati jadi sebak. Kat tepi2 jalan tu jugak air mata mencurah-curah (nasib baik tak ada orang yang perasan).

"Bawa mengucap, istighfar banyak" he knew that I was crying at that time.

Tup, nampak kereta abang coming.

"Oklah yer, abang dah sampai. So, tak nak abang tengok saya menangis."

That's it! Memang betul, saya tak pernah menangis depan abang. Saya mesti tunjuk kat abang yang saya kuat walaupun sebenarnya saya hanya insan yang lemah.

Tapi kata best friend saya tu, saya kena terus kuat. Fikir satu je..

"ALLAH SAYANGKAN AWAK & SEBAB TU ALLAH PILIH AWAK UNTUK UJIAN NI"

Thank you my dear friend....

4 comments:

  1. Ina takyah sedih2. rezeki lambat sikit je. Allah akan kurniakan bila Dia tahu yg kita betul2 bersedia ;-)
    buat masa ni, teruskan treatment tu dulu. btw,aku ada kenal sorang makcik urut yg boleh bantu wanita2 yg nak pregnant. aku pun biasa dgn dia ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks for your support Dina.. takde lah nak sedih sgt cuma kdg2 emosi tak stabil.. hehe... btw, makcik tu kat mana? bkt sentosa ke? kalau dekat2 sini je, boleh lah cuba..

      Delete
    2. been there....:) Insya Allah rezeki tu lambat kot...ni ade petua jugak nak kongsi kalau ader sedara atau kengkawan yang close pregnant minta izin pegang perut diorang :)sekadar berkongsi sis...

      Delete
    3. Salam Sue... thanks for sharing.. saya ni memang jenis tak segan silu. perot sape2 pun saya gosok... hehe.. tp blum ada rezeki lg kan, redha je.. :)

      Delete