Thursday, August 30, 2012

Kisah BFF dan Cici

Hari ni saya ada 2 cerita yang nak dikongsi....
 
Cerita Satu
 
Kawan baik saya (sejak Tingkatan 1 sampai sama-sama masuk UTP dan sampai skrg masih berhubung) melahirkan anak sulungnya semalam, selepas Maghrib. Alhamdulillah, kawan saya ni sihat walaufiat. Cuma, ditakdirkan Allah lebih sayangkan anaknya. Sampai je office tadi, saya terus call dia. Suaranya tenang dan dia redha dengan takdir Allah untuk dia dan suami.
 
Menurut sahabat saya ni, dia mula rasa yang baby dah perut tak bergerak sejak hari Rabu lagi. Pagi Khamis (semalam), air ketuban pecah tapi dia tak tau sebab tak ada rasa sakit. Lepas solat Asar, dia baru rasa sakit dan dia terpaksa drive sendiri pergi klinik sebab husband kerja. Nak tunggu husband balik memang lambat. Sampai saja klinik, klinik tu pulak tutup. Nasib baik ada no. kecemasan yang ditampal kat pintu klinik tu. Kawan saya pun call no. tu dan doktor datang bukakan klinik. Doktor check yang air ketuban dan pecah dan jalan dan buka 6cm.
 
Tunggu ambulan nak hantar hospital kerajaan, tapi lambat pula sebab ambulan ada kes kecemasan. Last-last suami dia minta tolong kawan dia hantarkan kawan saya ni ke hospital swasta. Dah sampai hospital, suami dia pun dah balik, doktor check buka 8cm.Tak sampai sejam kot, dia terus bersalin. Tapi, babynya memang dah tak bernyawa lah tu.
 
Pagi tadi mak dia sampai dari kampung, uruskan jenazah semua. Dia masih kat kat hospital. Katanya hari ni dah boleh keluar sebab dia tak ada sebarang masalah. Syukurlah, Allah bagi dia ketabahan dan menghadapi ujian ni. InsyaAllah, ada lagi rezeki di masa hadapan.
 
Cerita Dua
 
Pasal Cici. Semalam hari ketiga Cici tinggal dengan kami. Lepas balik kerja semalam, macam biasa lah, saya bagi susu. Biasanya lepas minum susu, Cici akan tidur tapi semalam dia tak nak tidur, asyik menangis je. Letak atas riba menangis, dalam sangkat pun menangis. Lepas tu abang rasa perut Cici macam kembung. Terus saya suruh abang sapu minyak. Bila dah sapu minyak tu, dia kentut. Pastu berak. 2 kali jugak lah dia berak. Lepas dah berak tu, terus tidur, tak sedar apa sampai malam.
 
Pagi tadi, saya buka je pintu bilik, Cici terus bangun. Terus menjerit. Sementara saya panaskan nasi utk sahur, abang bagi susu kat Cici. Dah minum susu pun dia nangis. Abang gengam Cici dengan kedua-dua tangan dia lepas tu riba. Terus diam. Rupanya Cici sejuk. So, saya suruh abang pindahkan sangkar Cici ke family area tingkat atas since kat situ panas sikit. Bila dah alih sangkar tu, elok pulak dia tidur. Betullah, Cici sejuk.
 
Kesian Cici. Harap2 malam ni Cici tak sakit lagi.

Monday, August 27, 2012

Introducing..... BABY CICI

Rasa nak gelak pun ada... kesian pun ada... Nak dijadikan cerita, masa duk dalam train, on the way balik dari kerja, abang sms cakap ada anak kucing kat tempat kerja dia. Duk nangis dari pagi ke petang, ibunya tak ada. Abang minta izin nak bela, so, saya bagi je lah. Dengan syarat dia kena jaga betul2 lah. Abang sukalah, terus dia beritahu yang dia nak letak nama Cici.

Masuk je kereta, bingit betul.. menjerit je kerjanya. Lapar sangat, sampai dia hisap2 jari abang. Kebetulan saya beli ais krim tutti fruti, saya tuang sikit kat tangan abang supaya Cici leh jilat tapi dia tak nak. Mujur dia tak suka tutti fruti tu, kalau tak, jenuh nak kena bagi makan tutti fruti je setiap hari kan... hehehe....

Singgah pet shop kat country homes, beli botol susu RM7, susu RM10 dengan sangkar RM50. Semua duit abang, ok. Sampai je rumah, saya tolong bancuhkan susu. Bermula lah upacara menyusukan baby Cici... Kesian Cici, dia tak reti nak hisap susu tu, terpaksa tonyoh2 kat mulut dia sampai dia jilat sikit2.

Baru suku botol, Cici dah taknak. Dia menjerit jer.. Abang letak dalam sangkar, lagi kuar jeritannya. Pastu abang letak atas riba, terus diam. Saya marah lah abang, taknak lah ajar riba2 ni. Letak je dalam sangkar. Saya letak tuala dalam sangkar tu buat lapik. Mula2 dia menjerit gak, lama-lama dia diam.

Bila dah diam tu, saya gi jenguk, tengok Cici menggigil2, sejuk agaknya. Maklumlah, biasanya anak kucing besar tu mesti tidur kat perut ibu dia. So, saya pun ambil tuala kecil, selimutkan dia. Sekarang, Cici tengah tidur dengan lenanya dalam sangkar tu. Dah pesan kat abang, before tidur nanti, kejutkan Cici bagi susu. Kang kebulur lak dia tengah2 malam nanti. Pastu esok kena bangun awal, before pergi kerja, kena bagi susu kat Cici dulu... huhu...

Tak ada kerja, cari kerja.... Apa pun, saya berdoa agar Cici boleh hidup dengan sihat dan gembira dengan kami...




Tuesday, August 14, 2012

Kecewa!!!

Adoi... sakitnya hati di bulan puasa yang penuh mulia ni. Dah la kat ofis takda air-cond. Badan panas, hati pun panas jer.. Terus terang je lah kat sini ya. Bukan nak mengaibkan sesiapa, tapi sekadar pengajaran untuk semua yang buat bisnes online ni.

Hari Rabu lepas, saya terdengar iklan produk coklat minda kat radio IKIM.FM. So, saya jadi tertarik. Pada malamnya, saya terus masuk website www.coklatminda.com dan terus register. Kemudian, saya order 6 botol coklat minda untuk dapat harga pengedar. Saya nak 2 botol dan selebihnya nak jual. So, saya post iklan kat facebook, terus dapat order dari officemate yg nak 2 botol. Dalam masa 3 minit, saya dapat email daripada coklatminda@yahoo.com atas nama Sulaiman Ramli mengenai pengesahan order dan cara bayaran.

Keesokkan harinya, hari Khamis, saya buat bayaran RM200++ melalui maybank2u pada pukul 12.20 tengah hari. Saya sertakan email address coklatminda@yahoo.com untuk notification. Berdasarkan email yang saya dapat pada malamnya, saya perlu isi borang maklumat bayaran di website selepas membuat bayaran. Tapi, bila saya buka website, tak ada pun link maklumat bayaran. So saya ambil keputusan untuk sms ke no 017-881 9111 seperti yang ditulis dalam email kepada saya.

Pukul 12.22 tengah hari saya hantar sms ke no tersebut, kemukakan no invoice dan no rujukan bayaran maybank2u. Petangnya, saya dapat reply minta saya sms nama penuh, alamat, produk, bank. Oppssss! saya hairan! Saya dah bagi invoice no, sepatutnya daripada no. tu admin coklat minda boleh tengok details tempahan saya kan. Ok fine, malas nak panjang cerita, saya sms je maklumat yang diperlukan. Lepas tu senyap tiada berita.

Hari Jumaat, hari Sabtu, saya tunggu. Tak ada pula postman yang datang hantar barang ke rumah. hari Ahad sah sah lah weekend kan. Hari Isnin, semalam pukul 12.11 pm, saya hantar sms ke no yan sama tanya barang dah pos ke belum, siap bagi invoice no. lagi. Saya minta nak tukar alamat kalau belum pos sebab minggu ni tak ada orang di rumah untuk terima barang. Pukul 4.51 pm, saya dapat reply yang menyatakan barang belum dipos. So, saya terus reply bagi alamat baru untuk dipos. Tiada reply dari pihak coklat minda selepas tu.

Hari ni, pukul 12.31 pm, saya sms lagi tanya bila boleh dapat barang sebab esok dah last dah kerja. Malamnya dah nak balik kampung. So, saya kena pass barang kat customer selewat-lewatnya esok dan selebihnya saya nak bawa balik kampung. Pukul 1.03 pm, saya dapat call dari no yang saya sms tu. Seorang perempuan yang bercakap.

Dia boleh call dan tanya saya siapa dan barang apa yang saya order. Adoiii.. ok, sabar... saya bagi nama dan cerita semua seperti di atas.

Tup-tup, perempuan tu kata, tak ada pula record yang mengatakan puan nak tukar alamat. Kami dah pos dah barang tadi. Ok! so saya hamburkan kata-kata (yg warna merah tu adalah jawapan perempuan tu);

  1. Kalau tak ada rekod tukar alamat, ok! tapi saya buat bayaran hari Khamis minggu lepas, baru hari ni nak pos? - kita ada polisi puan, kena cek payment dulu baru boleh pos.
  2. Ya, saya tahu tapi takkan sampai berhari-hari nak cek payment. saya dah email, dah sms awal2, takkan tak boleh cek. - kita banyak order lah puan.
  3. Bukan awak saja yg buat bisnes online tau. saya pun buat dan ramai lagi orang lain yg buat. kalau customer bayar hari ni, paling lambat pun esok diaorg akan pos barang. - tapi barang puan ni kami dah pos, dah sampai Rawang dah pun.
  4. Saya sms semalam cakap belum pos. hari ni kata dah pos tapi alamat tak tukar, macam mana? - memang semalam belum pos puan tapi consignment dah tulis alamat kat Rawang.
  5. Ok, fine. tapi tak boleh reply sms saya bgtau awal2, tak boleh tukar alamat ke apa ke kan. - sekarang ni saya tak tahu puan berurusan dengan sapa.
  6. Saya hanya hantar sms ke no yang awa call ni dan saya assume dia adalah en. sulaiman. - masalahnya puan, telefon ni ramai yang pegang, asyik bertukar tangan.
  7. Tak kira lah ramai ke tak, tapi awak kena keep track record dengan customer. - saya pun tak boleh nak buat apa puan sebab barang pun dah pos.

Aduihhh.. penat nak cerita ni. Kesimpulannya saya cakap saya kecewa dengan service pihak syarikat. Saya as pengedar nak jual barang kat customer tapi supplier lambat pos barang. Iklan kat radio bukan main tapi service nya macam ni.

Yang paling kecewa, tiada ungkapan maaf pun dari pihak syarikat. Macam manalah hati saya nak sejuk. So, saya dah serik. Bagus macam mana pun produk tapi kalau service macam ni, tak ada gunanya. Selamat tinggal coklat minda!

Monday, August 13, 2012

BUKA PUASA

Jemputan berbuka puasa @ Mandarin Hotel, KLCC with si genit Qhaleesya.. Happy Birthday Qhaleesya.. Hari ni Qhaleesya genab satu tahun...

Thursday, August 9, 2012

Coklat Minda - RM49 sebotol

Klik Sini
Kandungan sebotol - 60 biji (untuk kegunaan sebulan).
Dimakan 2 biji sehari (kanak-kanak dan dewasa) - dikunyah sehingga lembut.

Khasiat Coklat Minda Hijrah:
  • meningkat da meguatkan daya konsentrasi
  • mengatasi rasa gugup dan berdebar-debar
  • memulihkan fikiran lembap, kurang daya kerativiti, fikiran negatif dan kurang ceria
  • mengekang rasa cepat mengaku kalah

Impak Awal Semasa Pengambilan Produk
  • Fikiran terasa segar dan mampu berfikir dengan lebih tenang.
  • Mudah mengimbas kembali maklumat yang dibaca.
  • Keupayaan belajar akan lebih bertenaga, mampu mengekalkan konsentrasi untuk jangka waktu yang lebih lama.
  • Pemulihan ‘mood’ kepada lebih ceria dan positif. Rasa lebih bersemangat dan yakin boleh.

Bahan Asas Coklat Minda Hijrah:- Koko, Gotu Kola (Pegaga), Kacang Soya dan Susu Kuda.

Wednesday, August 8, 2012

Ukuran Standard Jubah

Hai... lamanya tak share info pasal menjahit kat sini kan? Saya masih aktif menjahit cuma nak tak ada masa yang banyak untuk fokus buat nota menjahit ni. Bagi anda yang masih mengikuti kelas menjahit percuma saya, anda boleh klik link di bawah untuk view semua nota-nota jahit yang diberikan secara percuma.


E-Notes/E-Pola pun dah lama saya tak buat yang baru. InsyaAllah, plan lepas raya ni nak produce lagi bayak E-Notes/E-Pola untuk dijual dengan harga murah-murah sahaja. Anda boleh klik link di bawah ni untuk senarai E-Notes/E-Pola yang dijual.


Untuk sesi kali ni, saya nak share ukuran jubah standard (yang saya pun dapat secara online) sebagai panduan tukang-tukang jahit yang berminat nak jahit jubah untuk dipasarkan. Saya pun akan buat benda yang sama, plan lepas raya juga.

Ukuran Jubah Standard

Saiz S (38):
Bahu - 14.5"
Lengan - 23"
Dada - 38"
Pinggang - 36"
Punggung - 40"
Labuh - 54"

Saiz M (40):
Bahu - 15"
Lengan - 23"
Dada - 40"
Pinggang - 38"
Punggung - 42"
Labuh - 54"

Saiz L (42):
Bahu - 16"
Lengan - 23"
Dada - 40"
Pinggang - 40"
Punggung - 44"
Labuh - 54"

Ukuran di atas adalah untuk baju yang telah siap dijahit. Sekiranya anda ingin menjahit 'dart' pada bahagian belakang jubah, jangan lupa tambah 1" untuk ukuran pinggang (0.5" untuk setiap 'dart').

InsyaAllah, bila ada kelapangan nanti, saya akan buat nota lengkap jubah pula. Harga? For sure, bawah RM10.


Tuesday, August 7, 2012

PENUTUPAN BLOG INAYUS'S ONLINE SHOP


MAKLUMAN!

Blog INAYUS'S ONLINE SHOP akan ditutup bermula 1 September 2012. Segala produk yang dijual di blog tersebut akan dipindahkan ke blog ini.

Sekian, terima kasih.

Saturday, August 4, 2012

Berbuka Puasa dengan NASI!!!

Sejak dari awal Ramadhan sebenarnya, saya hanya berbuka puasa dengan air dan kuih. Sebabnya, selera di bulan Ramadhan tahun ni tak berapa nak membuak. Mungkin sebab saya demam sehari sebelum puasa tu. Sampai sekarang ni walaupun demam dah kebah, batuk & sakit kepala still ada. Nasib baik kali ni tak ambil tempahan jahit baju raya banyak. Kalau tak sure tak sempat nak jahit. Baru menjahit sekejab, kepala dan weng weng.. huhuhu... Tu, ada 2 pasang lagi tak gunting pun. Ingat nak gunting hari ni, tapi hari ni hari Sabtu, operasi membasuh baju, mop lantai, bersihkan dapur. Penat..... itu tak masuk cuci toilet dgn cabut rumput yang dah meninggi kat belakang rumah. Dah tak larat sangat, buat esok lah yang tu. Pastu, bila masa nak gunting kain neh? aduiii... kan tak siap baju orang, satu hal pulak.

Masa balik kampung awal bulan 7 dulu, janji dengan mak nak jahit jubah untuk mak. Siap ambik satu jubah mak untuk buat contoh ukuran. Last-last tadi saya pergi NSK Rawang, nampak ada jubah cotton yang cantik pulak, saya beli je lah.... Lagipun dah tak sempat nak jahit, kain pun tak beli lagi sebenarnya... Ok, dah lari topik!

Sebenarnya nak cerita hari ni saya berbuka puasa dengan nasi dan lauk pauk yang agak mewah jugak lah. Berselera makan... Sebabnya, my best friend, Wina and family datang buka puasa kat rumah. Kalau ikut plan, kami nak berbuka sama-sama kat restoren tapi tukar plan. Masak dan makan kat rumah, lebih selesa dan puas hati.

So kat NSK tadi saya beli ketam dan ikan cencaru. Dalam otak dah fikir nak masak lemak ketam dan cencaru bakar. Balik je dari NSK, terus masuk dapur dan masak....

Menunya: KETAM MASAK LEMAK KUNING, CENCARU BAKAR, AIR CECAH ASAM JAWAB, SAYUR GORENG SOS TIRAM & TELUR DADAR (khas untuk anak sulung Wina, Kashfil Qayyum yang suka makan telur dadar).

Wina datang rumah bawah pula: AIR KELAPA LAICI, ONDE-ONDE, OTAK-OTAK & KERABU PUCUK PAKU DENGAN KERANG (buatan Wina sendiri... sedapnya ya Tuhan).

Abang balik dari kerja beli: TEMBIKAI & BUAH MATA KUCING.

Waaaa... mewahnya makan buat pertama kali di bulan Ramadhan tahun ni. Makan sampai senak perut (duk meratah kerabu yang banyak sebenarnya....)

Alhamdulillah... mujur ada Wina, berselera sikit makan. Esok dan hari-hari seterusnya??? Tak tau lagi... Selagi luka di hati ni belum sembuh, selagi tu lah tak ada selera nak makan... huhuhu... (jangan tanya kenapa, please...) Itu saja yang nak dikongsi... Sekian!