Tuesday, August 14, 2012

Kecewa!!!

Adoi... sakitnya hati di bulan puasa yang penuh mulia ni. Dah la kat ofis takda air-cond. Badan panas, hati pun panas jer.. Terus terang je lah kat sini ya. Bukan nak mengaibkan sesiapa, tapi sekadar pengajaran untuk semua yang buat bisnes online ni.

Hari Rabu lepas, saya terdengar iklan produk coklat minda kat radio IKIM.FM. So, saya jadi tertarik. Pada malamnya, saya terus masuk website www.coklatminda.com dan terus register. Kemudian, saya order 6 botol coklat minda untuk dapat harga pengedar. Saya nak 2 botol dan selebihnya nak jual. So, saya post iklan kat facebook, terus dapat order dari officemate yg nak 2 botol. Dalam masa 3 minit, saya dapat email daripada coklatminda@yahoo.com atas nama Sulaiman Ramli mengenai pengesahan order dan cara bayaran.

Keesokkan harinya, hari Khamis, saya buat bayaran RM200++ melalui maybank2u pada pukul 12.20 tengah hari. Saya sertakan email address coklatminda@yahoo.com untuk notification. Berdasarkan email yang saya dapat pada malamnya, saya perlu isi borang maklumat bayaran di website selepas membuat bayaran. Tapi, bila saya buka website, tak ada pun link maklumat bayaran. So saya ambil keputusan untuk sms ke no 017-881 9111 seperti yang ditulis dalam email kepada saya.

Pukul 12.22 tengah hari saya hantar sms ke no tersebut, kemukakan no invoice dan no rujukan bayaran maybank2u. Petangnya, saya dapat reply minta saya sms nama penuh, alamat, produk, bank. Oppssss! saya hairan! Saya dah bagi invoice no, sepatutnya daripada no. tu admin coklat minda boleh tengok details tempahan saya kan. Ok fine, malas nak panjang cerita, saya sms je maklumat yang diperlukan. Lepas tu senyap tiada berita.

Hari Jumaat, hari Sabtu, saya tunggu. Tak ada pula postman yang datang hantar barang ke rumah. hari Ahad sah sah lah weekend kan. Hari Isnin, semalam pukul 12.11 pm, saya hantar sms ke no yan sama tanya barang dah pos ke belum, siap bagi invoice no. lagi. Saya minta nak tukar alamat kalau belum pos sebab minggu ni tak ada orang di rumah untuk terima barang. Pukul 4.51 pm, saya dapat reply yang menyatakan barang belum dipos. So, saya terus reply bagi alamat baru untuk dipos. Tiada reply dari pihak coklat minda selepas tu.

Hari ni, pukul 12.31 pm, saya sms lagi tanya bila boleh dapat barang sebab esok dah last dah kerja. Malamnya dah nak balik kampung. So, saya kena pass barang kat customer selewat-lewatnya esok dan selebihnya saya nak bawa balik kampung. Pukul 1.03 pm, saya dapat call dari no yang saya sms tu. Seorang perempuan yang bercakap.

Dia boleh call dan tanya saya siapa dan barang apa yang saya order. Adoiii.. ok, sabar... saya bagi nama dan cerita semua seperti di atas.

Tup-tup, perempuan tu kata, tak ada pula record yang mengatakan puan nak tukar alamat. Kami dah pos dah barang tadi. Ok! so saya hamburkan kata-kata (yg warna merah tu adalah jawapan perempuan tu);

  1. Kalau tak ada rekod tukar alamat, ok! tapi saya buat bayaran hari Khamis minggu lepas, baru hari ni nak pos? - kita ada polisi puan, kena cek payment dulu baru boleh pos.
  2. Ya, saya tahu tapi takkan sampai berhari-hari nak cek payment. saya dah email, dah sms awal2, takkan tak boleh cek. - kita banyak order lah puan.
  3. Bukan awak saja yg buat bisnes online tau. saya pun buat dan ramai lagi orang lain yg buat. kalau customer bayar hari ni, paling lambat pun esok diaorg akan pos barang. - tapi barang puan ni kami dah pos, dah sampai Rawang dah pun.
  4. Saya sms semalam cakap belum pos. hari ni kata dah pos tapi alamat tak tukar, macam mana? - memang semalam belum pos puan tapi consignment dah tulis alamat kat Rawang.
  5. Ok, fine. tapi tak boleh reply sms saya bgtau awal2, tak boleh tukar alamat ke apa ke kan. - sekarang ni saya tak tahu puan berurusan dengan sapa.
  6. Saya hanya hantar sms ke no yang awa call ni dan saya assume dia adalah en. sulaiman. - masalahnya puan, telefon ni ramai yang pegang, asyik bertukar tangan.
  7. Tak kira lah ramai ke tak, tapi awak kena keep track record dengan customer. - saya pun tak boleh nak buat apa puan sebab barang pun dah pos.

Aduihhh.. penat nak cerita ni. Kesimpulannya saya cakap saya kecewa dengan service pihak syarikat. Saya as pengedar nak jual barang kat customer tapi supplier lambat pos barang. Iklan kat radio bukan main tapi service nya macam ni.

Yang paling kecewa, tiada ungkapan maaf pun dari pihak syarikat. Macam manalah hati saya nak sejuk. So, saya dah serik. Bagus macam mana pun produk tapi kalau service macam ni, tak ada gunanya. Selamat tinggal coklat minda!

5 comments:

  1. aku baca ni, aku pun panas hati, Na..bulan2 posa ni..haihhh

    ReplyDelete
  2. memang panas lah dina... b4 ni dah byk bisnes online yg aku deal, semua ok. walhal mostly diaorg ni individual bisnes. tp ini registered company, siap iklan kat radio bagai, tapi service?? haishhhh..

    ReplyDelete
  3. what a stupid company and disrespectful staff..xyah la beli lg kat company ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku copy paste content blog ni dalam message kat fb company ni. Diaorg minta maaf & bgtau perkara macam ni x pernah berlaku before this. huhuhuhu

      Delete
    2. salam.. sila cuba produk ini puan.. coklat imtiyaz gold..pengasas sbnar coklat minda.. keuntungan dan bnyk lg ganjaran yg dpt kt perolehi..

      http://www.facebook.com/coklatmindaimtiyaz?fref=ts

      Delete