Saturday, October 5, 2013

SEKADAR BERKONGSI CERITA

Tak tau nak classify cerita ni as cerita sedih atau pun tak. Memang pada awalnya saya rasa sedih, tapi after 2, 3 hari, sedih tu dah hilang, malah timbul rasa lega & terus berangan for next step utk teruskan apa yg ada sekarang.

Kalau ikut plan yg dibuat beberapa bulan yg lepas, hari ni sepatutnya saya sedang bercuti. Bercuti panjang utk menjaga sesorang yg bergelar anak. Saya tak tau apakah saya buat silap percaturan atau saya tidak tegas dalam hal ni. Anak yg sepatutnya saya ambil & jaga sebagai anak angkag ini, dijangka lahir pada 28 Sept 2013. Namun, perancangan Allah lebih tepat. 

Saya dah pohon cuti selama 4 minggu bermula 30 sept hingga 25 oct. Suami juga sudah berkira2 utk buat majlis akikah pada hari raya haji nanti. Memandangkan saya akan bercuti lama, jadual kerja saya sepanjang hari sebelum bercuti memang padat. Tambahan pula, saya sudah dimaklumkan lebih awal yg saya kena hadir kursus pada 28-29 sept. So, plan awal memang cantik. Selepas baki dari kursus, anak itu akan kami ambil.

Tapi, apa yg dirancang belum tentu akan jadi kenyataan. Anak itu lahir 2 minggu lebih awal, iaitu 16 sept. Memikirkan saya tidak dapat mengubah cuti di saat2 akhir, & dalam masa yg sama saya ingin anak itu meluangkan sedikit masa bersama ibu kandungnya sebelum mereka berpisah, saya biarkan saja anak itu bersama ibu kandungnya. Seperti yg dijanjikan, anak itu saya akan ambil pada 30 sept.

2 minggu kasih sayang terjalin erat antara anak & ibu. Ditambah pula dgn susu badan yg telah diberikan kepada anak. Seminggu selepas dilahirkan, saya siap sedia untuk uruskan pendaftaran surat beranak & membuat surat perakuan pengangkatan. Tapi, jalannya begitu sukar apabila si ibu merayu & menangis agar tidak memisahkan dia dan anaknya.

Pada masa tu, saya menjadi marah, sedih, kecewa & macam2 perasaan megatif yg timbul. Namun saya tidak sampai hati utk memaksa apatah lagi utk bersikap keras. Walaupun keluarga si ibu menyebelahi saya, tapi saya tidaklah kejam utk merampas saja anak itu dari pangkuan ibunya.

Dengan hati yg berat, saya mengalah. Sebaik saja suami menekan minyak kereta utk beredar dari rumah itu, saya tidak dapat menahan sebak. Saya menangis sepuas2nya. Saya benar2 kecewa.

Barang2 anak yg telah dibeli, saya biarkan saja ianya tersimpan, tanpa saya lihat atau sentuh. Saya tak mahu timbul rasa benci & sakit hati hati. Biarlah, ini takdir Allah utk saya. Anak itu bukan diciptakan utk saya.

Saya doakan anak itu bahagia dan membesar menjadi hamba Allah yg solehah yg beriman & bertakwa. Kepada si ibu, saya doakan semoga Allah mengampunkan dosamu & memurahkan rezeki kamu agar anak itu dapat dibesarkan dalam keadaan yg sempurna. 

The end...

2 comments:

  1. Ina, smg Allah kurniakn ketabahan buat ina. Pasti ada hikmah Allah berikn ujian ini. Be strong, sbb Allah menguji pada hamba nya yg Dia sayang. Take care.

    ReplyDelete