Monday, December 22, 2014

IMPIAN INAYUS - PART 3 (FINAL)

Assalamualaikum... Haaaa, dari Part 2 ke Part 3 ambil masa lama kan nak update. So kira final terus lah... 


Alhamdulillah, 7 Dec 2014 (Ahad) yg lepas, kami officially beroperasi di Saujana Rawang. Nak cerita panjang2, macam malas nak mengarang, so biarlah gambar berbicara...




After this, apa2 update pasal butik, say akan buat dalam blog http://inayuscollections.blogspot.com Boleh follow utk maklumat produk & perkhidmatan.

Tuesday, December 9, 2014

KELAS JAHITAN FOR BEGINNER

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

ASSALAMUALAIKUM

Anda minat menjahit tapi tak tahu nak belajar kat mana?
Anda tiada asas menjahit tapi ingin belajar?
Anda ingin mencari pendapatan sampingan dgn menjahit?
Anda ingin berjimat cermat dgn menjahit sendiri pakaian utk diri sendiri & keluarga?
Anda sibuk bekerja & tiada masa utk hadir ke kelas?
Yuran kelas yg mahal & deposit yg tinggi?

Kini, persoalan anda terjawab... Di Inayus Collections, kami menyediakan kelas jahitan "mampu milik" utk semua golongan. Kami sangat memahami situasi kos sara hidup yg semakin meningkat. Sebab itulah kami sediakan kelas jahitan dgn bayaran yg murah dan masa yg flexible di hari minggu dan cuti umum.

Sekiranya anda ingin belajar menjahit, anda boleh sertai kami. Kami menawarkan kelas jahitan:
→ waktu belajar hari Sabtu, Ahad & cuti umum
→ yuran serendah RM25/jam
→ tiada deposit, hanya bayaran booking RM25/jam
→ pembelajaran secara one-to-one coaching
→ peralatan menjahit disediakan (dgn bayaran kos berasingan)
→ lengkap dgn nota jahitan
→ belajar sampai pandai
→ hanya 2 pelajar utk satu sesi latihan
→ penggunaan mesin jahit manual jenama singer
dan byk lagi...



Untuk maklumat lanjut mengenai Kelas Jahit Inayus, boleh hubungi Pn. Ina di 019-9811319 atau datang sendiri ke butik kami di No. 9-1, Jalan SR 4/1D, Saujana Rawang.

KELAS JAHIT HUJUNG MINGGU SAHAJA
Bayaran: RM25/jam atau RM50/sesi

Jadual Kelas:

SETIAP HARI SABTU:
SESI 1 (2 PM - 4 PM)
SESI 2 (4 PM - 6 PM)

SETIAP HARI AHAD / CUTI UMUM:
SESI 1 (11 AM - 1 PM)
SESI 2 (3 PM - 5 PM)

Untuk sesi berterusan satu hari dari jam 11 am hingga 5 am, boleh booking dengan bayaran RM125 sahaja (makanan tengah hari & ruang solat disediakan).

Thursday, December 4, 2014

PERASMIAN PEMBUKAAN BUTIK INAYUS COLLECTIONS @ SAUJANA RAWANG

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

ASSALAMUALAIKUM

Dengan penuh kesyukuran ke hadrat Ilahi, kami ingin menjemput tuan/puan, saudara/saudari untuk hadir ke MAJLIS KESYUKURAN sempena PERASMIAN PEMBUKAAN BUTIK kami di Taman Saujana Rawang pada 7 Disember 2014, hari Ahad bermula jam 11 pagi hingga 5 petang.

Insyaa Allah, ada jamuan makan tengah hari yang serba sederhana, di samping boleh shopping barangan butik kami dengan diskaun istimewa sebanyak 20%.

Sekiranya anda tinggal berdekatan dan sedang mencari-cari kelas untuk belajar menjahit, kami akan buka pendaftaran kelas menjahit untuk 'beginner' di butik kami pada hari yang sama. Kelas ini kami buat khas untuk individu yang tiada asas menjahit dan berminat untuk menceburi bidang jahitan. Maklumat lanjut mengenai kelas jahitan akan diberikan semasa pendaftaran.

Sekiranya anda tidak dapat hadir atas sebab-sebab tertentu, tapi berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang pekhidmatan kami, sila hubungi Pn. Azlina melalui telefon/sms/whatsapp ke nombor 019-9811319.

Terima kasih.


Sunday, November 9, 2014

IMPIAN INAYUS - PART 2

Alhamdulillah.. syukur padaMu ya Allah. Akhirnya kami dapat juga kunci kedai selepas seminggu lebih sign kontrak. Excited nak masuk tengok kedai sendiri, walhal dah berkali-kali masuk kedai lain. Walaupun design sama tapi tetap teruja. Mulalah berangan itu ini kan. Hehe..

Sebelum dapat kunci lagi kami dah tempah contractor untuk pasang grill, partition & grill. Saya ambil Sham Awin Engineering (boleh search kat FB) dari Bukit Sentosa Rawang. Contractor Melayu, insyaAllah, hasilnya memuaskan, nanti saya update kemudian sebab belum pasang pun lagi. Grill dah siap tapi disebabkan kedai saya tu belum ada bekalan elektrik (lembap tul pemaju ni), terpaksalah tangguh dulu.

Hari ni, walaupun kedai belum ada elektrik, En Sham & the gang datang untuk pasang lampu kipas semua. Kami dah shopping siap2 kat kedai Light2u, Rawang. Harga not bad, quality tip top.

Layan gambar jer lah yer...




Luaskan kedai? Sebab tak nak rugi space, saya buat partition kat tengah2 tu. Tujuannya utk buat bilik latihan, boleh lah sewakan nanti. Nak sewa utk training boleh, tuisyen boleh, meeting pun boleh. Tu pun saya akan update kemudian bila siap nanti yer.

Lepas mereka bekerja pasang lampu kipas, turn saya dan abang pula bekerja. Kami bersihkan bilik depan sekali tu, hamparkan tikar getah & mula lah buka kotak2 barang butik yg kami beli dari Koleksi Ismah (boleh search kat FB).

Nilah hasilnya selepas mengodek dgn abang....





Macam tak cukup lagi kan? InsyaAllah.. coming. Tengok bajet macam mana nanti yer... 

Cukup dulu untuk kali ni. Nanti sambung part 3 pula. 

Sunday, October 19, 2014

IMPIAN INAYUS - PART 1

Bismillahirahmanirrahim...

Assalamualaikum,

Memang menjadi impian saya sejak dulu. Masa tu tahun 2007, tahun di mana telah taman pengajian di peringkat ijazah. Mungkin ada yg tak tahu, tapi tak apa, saya beritahu kat sini yer. Saya lulusan ijazah Kejuruteraan Kimia dari Universiti Teknologi Petronas. Walaupun saya menjalani latihan internship di Petronas Carigali dan graduate dgn kelas 2 atas, saya tak ditakdirkan untuk kerja dengan Petronas.

Ramai yang tanya saya, kenapa saya tak kerja Petronas walhal saya menerima biasiswa Petronas? Saya jawab senang jer, Petronas bukan sumber rezeki yg Allah takdirkan untuk saya. Sebaliknya rezeki saya bersumberkan pekerjaan saya di sektor kerajaan.

Saya tak pernah menyesal kerana tidak dapat bekerja dengan Petronas walaupun hampir 80% kawan-kawan saya dapat pekerjaan di Petronas. Saya tak malu untuk menyertai latihan graduate yang dianjurkan oleh Petronas khusus untuk orang-orang seperti saya (pelajar tajaan Petronas yang tidak diberikan pekerjaan di Petronas).

Alhamdulillah, sepanjang 2 bulan latihan/kursus di Petronas Permata Bangi, saya diberi motivasi, diberi semangat untuk terus berusaha. Dari situlah saya membina impian...

Semua para peserta kursus diminta utk membentangkan impian masing-masing. Saya? Yer... tiba-tiba terlintas di fikiran, impian saya ialah untuk membuka sebuah butik dan menjual produk pakaian dengan jenama saya sendiri.

Dan kini.... impian saya makin hampir. Setelah 7 tahun berkhidmat di sektor kerajaan, berbekalkan duit simpanan yg tak seberapa, akhirnya saya akan memiliki butik saya sendiri. Alhamdulillah... syukur pada Allah. Memang tak sangka ianya akan menjadi kenytaan secepat ni. 

Kalau ikut perancangan asal, saya akan berhenti kerja pada umur 40 tahun dan akan buka butik pada usia yg sama. Tapi yg menjadi kenyataan skrg ialah saya akan buka butik pada usia 30 tahun, 10 tahun lebih awal. Tapi, saya tak akan berhenti kerja sekarang sebab perjalanan saya masih jauh. Saya masih perlukan pendapatan yg stabil dgn bekerja di sektor kerajaan seperti skrg.

Semalam, tanggal 18 Oktober 2014, saya telah menandatangi kontrak sewa kedai berdekatan dengan rumah saya sekarang. Shop lot baru yg dibina oleh pemaju yg sama dgn rumah saya. Deposit sudahkan pun di bayar dan saya juga telah membeli barangan elektrik yg diperlukan seadanya. 

InsyaAllah, dalam masa beberapa hari lagi, saya akan diberi kunci. Dan akan bermulalah kerja2 renovation untuk BUTIK INAYUS di Taman Saujana Rawang, Selangor.

Semoga Allah permudahkan urusan saya. Amin....


Thursday, September 11, 2014

NOTA JAHITAN - ZIP SOROK

Alhamdulillah, dengan hanya belajar melalui youtube dan contoh baju siap, saya akhirnya berjaya menjahit zip sorok dgn menggunakan tapak zip biasa. Tak payah beli tapak khas utk zip sorok, lagipun saya dengar org cakap, guna tapak tu susah dan kadang2 jadi berkedut & tak rapat.

So, kali ni, saya nak share ilmu yg saya sendiri pun baru jer pandai. Boleh refer gambar2 di bawah untuk tutorial lengkap.























Monday, September 1, 2014

WORKSTATION BARU

Alkisahnya.... setelah lama duk mengidam, akhirnya menjadi kenyataan juga... 

Saya dah ada complete set mesin jahit lurus (sulam pun boleh) dan mesin jahit tepi pelbagai guna yg juga boleh jahit tepi tudung. Hehe... 

Apa lg, terus ajak abg gi kedai perabot utk cari meja baru. Beli 2 biji meja (pasang sendiri), RM100 satu. Siap ada laci, senang sikit nak simpan brg jahit, tak ada lah bersepah lagi lepas ni. 


Haaa... ni lah rupa workstation baru saya... terima kasih abg sebab tolong pasangkan meja. Minggu depan abg nak pasang rak kat dinding pula, guna kayu recycle (katil yg dah tak guna). 

Workstation ni saya buat kat family area tingkat atas. Ada ruang luas utk saya membentang kain. 

Semangat mula berkobar2 ni. Bermula dari sekarang, duit upah menjahit akan disimpan utk beli mesin jahit industri pula. Dah lengkap semua, baru lah boleh resign kerja sekarang dan jadi tailor full time. InsyaAllah, amin....

Alhamdulillah, rezeki dari Allah utk saya. Terima kasih tak terhingga buat abg, suami yg dicintai dunia & akhirat kerana sokongan dan pertolongan. Semoga bertambah rezeki kita, rezeki yg halal dan berkat. Amin....

Saturday, July 5, 2014

BAJU RAYA ANAK - KOLEKSI HOME MADE INAYUS COLLECTIONS

Baju Kurung Moden Inayus (kanak-kanak)

Material: english cotton gred A
Corak: bow/reben & stripes

Harga:
Saiz XS, S - RM60
Saiz M, L, XL - RM65
Pos laju - RM6

Ukuran saiz:

XS - bahu 8", keliling baju 20", labuh baju 16", labuh tgn 9", keliling pinggang 13", labuh skirt 14"

S - bahu 9", keliling baju 22", labuh baju 18", labuh tgn 11", keliling pinggang 14", labuh skirt 17"

M - bahu 10", keliling baju 24", labuh baju 20", labuh tgn 13", keliling pinggang 15", labuh skirt 23"

L - bahu 11", keliling baju 26", labuh baju 23", labuh tgn 15", keliling pinggang 18", labuh skirt 25"

XL - bahu 12", keliling baju 28", labuh baju 25", labuh tgn 17", keliling pinggang 19", labuh skirt 27"

SMS/Whatsapp 012-9816490 @
PM http://www.facebook.com/messages/InayusCollections

XS - SOLD
S - SOLD
M - SOLD

L
XL - SOLD

XS - SOLD
S - SOLD
M - SOLD

L
XL


Baju Melayu Inayus (kanak-kanak)

Material: english cotton gred A
Corak: stripes

Harga:
Saiz XS, S - RM60
Saiz M, L, XL - RM65
Pos laju - RM6

Ukuran saiz:

XS - bahu 8", keliling baju 22", labuh baju 13", labuh tgn 9", keliling pinggang 14", labuh seluar 14"

S - bahu 9", keliling baju 24", labuh baju 14", labuh tgn 10", keliling pinggang 15", labuh seluar 17"

M - bahu 10", keliling baju 28", labuh baju 17", labuh tgn 13", keliling pinggang 16", labuh seluar 23"

L - bahu 11", keliling baju 30", labuh baju 18", labuh tgn 14", keliling pinggang 17", labuh seluar 25"

XL - bahu 12", keliling baju 32", labuh baju 21", labuh tgn 16", keliling pinggang 19", labuh seluar 28"

SMS/Whatsapp 012-9816490 @
PM http://www.facebook.com/messages/InayusCollections

XS
S - SOLD
M - SOLD

L - SOLD
XL - SOLD

XS - SOLD
S - SOLD
M - SOLD

L - SOLD
XL - SOLD

Thursday, March 6, 2014

KONTROVESI CUCU SULUNG

Al-kisah saya ni baru jer dapat cucu saudara sulung. Anak kak long saya baru melahirkan anak sulungnya pada bulan Februari hari tu. Waaaa semua orang excited. Cicit sulung kepada mak saya, cucu sulung kepada kakak saya, anak sulung kepada anak saudara saya dan of course cucu saudara sulung kepada saya lah kan... hehe
 
Nak dijadikan cerita, suami kak long saya ni (pasni taip abg long jer) ada anak lain dengan ex-wife dia (2 anak laki, dua2 dah kahwin. Yang sulung dah ada anak 2 orang). So maknanya, abg long ni dapat cucu yang ketigalah kan.
 
Si menantu abg long ni (mak kepada 2 orang anak ni lah), tiba-tiba macam tak boleh terima kehadiran cucu seorang lagi ni. Terus buat status kat FB kononnya dia dan anak2 dia dah dilupakan, dipinggirkan. Pastu komen kat gambar baby yang baru lahir ni dengan sindiran, nampak sgt dengkinya.
 
Apa yang nak didengki pun tak tahulah. Pada saya benda ni simple jer.
 
Atoknya (abg long saya lah) mesti la excited dapat cucu baru, tambah pula cucu ni ada depan mata. Dia yg bawa anak dia ulang2 klinik, bawa pergi hospital (sebab suami anaknya ni kerja jauh). Yang azankan baby ni pun, atoknya. So, bila dah ada depan mata, mesti lah seronok, teruja, bahagia.
 
Bukan lah atoknya lupakan cucu2 lain yg 2 orang tu. Tapi kalau dah balik pun sekali sekala (masa baru lahir sah2 lah tak bawa balik kan sebab pantang rumah mak sendiri). Bila suruh balik, kadang2 tak balik. Bila balik raya, siap balik rumah mak ayah saya tu sebab abg long & kak long memang raya rumah mak ayah kami setiap tahun (walhal kami ni takde pertalian darah pun dgn dia, tapi keluarga kami terima mereka macam keluarga sendiri). Dah bagi layanan baik, mesra macam keluarga sendiri.
 
Alih2 bila dah ada cucu baru ni, jadi timbul isu lak. Tiba2 cakap kami ni benci dia, lupakan dia, dah lama dia pendam perasaan... erkkk??? apakah????
 
Bila saya tegur elok2 kat FB supaya jgn gaduh2, saya pula yg dimarahnya. Apa punya manusia lah hai....
 
Sekian, tak larat nak taip dah. Panjang sgt cerita nyer. Rasa nak attach jer gambar2 komen kat FB tu tp malaslah. mengeruhkan lagi keadaan kan...
 
Bye...

Friday, February 28, 2014

BELAJAR JAHIT - GAUN KANAK-KANAK

Waaahhhh.. dah lama tak buat post pasal aktiviti menjahit kan. Walaupun tal ada post, tp still aktif menjahit tau, still ada tempahan jahit daripada kawan2 office. 

Ni nak cerita perihal minggu lepas. Seorang kawan office, ajak buat bisnes jahit & jual gaun kanak2. Ok, first thing yg terpikir, mana lah ada masa. Lagipun kena belajar jahit sebab tak senang juga nak buat gaun ni.

Ok, nak dijadikan cerita, waktu lunch time kami pergi kedai buku. Tup! Terjumpa buku cara jahit gaun. Alamakkkk, lupa nak ambil gambar buku, lain kali lah share jer (malas nak bangun dah, syok naip atas katil ni.. haha)

Tengok buku, waaaaa senang jer ni. Boleh lah try.

Tiba hari minggu, inilah hasilnya...

HARI SABTU: GAUN A LINE

HARI AHAD: GAUN KEMBANG PLEAT DEPAN

Ok tak? Hi hi hi... best, excited, puas! Rasa berbaloi cuti hujung minggu.

Nak jahit gaun ni, pada mulanya memang susah. Especially part kedut kat bahu & jahit getah kat lengan. Tapi ok jer, bila masuk yg kedua tu, dah tahu trick, dan Alhamdulillah, mudah jer rupanya.

Saya paling suka part buat kolar tu... wahhhh rasa bangga pada diri sendiri lah. Tak sabar nak buat lagi dan lagi. He he he

Ohhh by the way, kedua2 gaun ni saya bagi free ke kat kawan2 yg ada anak. Since guna kain perca je kan, plus masih lg dalam percubaan. So far, diaorg puji, he he he.. kembang gak lah... siap ada yg nak hantar tempah. Tapi opppsss.. tunggu, kasi saya expert dulu tau, then aku booeh ambik tempahan.

Ok, nanti saya continue cerita lagi pasal gaun ni. Saya nak share pola pula, tu pun tunggu time rajin yer. :-) peace....

Tuesday, January 28, 2014

SECOND APPOINTMENT PRIMANORA

Ooohhhh tak update pun pasal second appointment 16 Jan 2014. Pemalas nyer lah hai saya ni. Hari ni teringat nak update sebab ada seorang kawan beritahu, yang ada kawan dia baca blog saya dan inform dia pasal saya jumpa doktor pakar... hehe... tak sangka, ada juga yang berminat nak baca. Terima kasih yer...
 
Ok, second appointment adalah selepas 2 minggu dari first appointment hari tu. Basically, appointment ni adalah untuk review result test yang dibuat. Hasilnya.... oohhh banyak sangat dan saya hanya faham separuh jer kot. Yang saya faham & ingat:
  1. Pre-diabetic: bacaan gula 5.2 (optimum 5.0). so kena be careful since saya ada family history
  2. High kolestrol: ratio between bad and good just nice. tapi both bad and good kolestrol saya tinggi
  3. Low progestrone: 2.8 kot (normal is belas-belas - lupa plak, report card ada, tp malas nak tengok.. sorry)
  4. Cancel cell - negative
  5. Thyroid - negative
  6. PCOS - tahap normal tp kena careful jugak
  7. Protein - tinggi (kena kurangkan makan daging merah)
  8. dan banyak lagi - banyak yg tak faham sebenarnya sebab terlalu teknikal.
 
So, hasilnya, kena tambah supplement berbakul-bakul lagi termasuk ubat metaformin untuk kencing manis tapi at very low dose. Sebiji sehari after breakfast. Supplement lain, asid folic + B complex, vitamin D, utrogestian, gynoflor, entah apa2 lagi lah. Sumbat jer lah as directed by doktor kan.
 
Bil kali ni murah sikit dari hari tu. RM800++. Mahal juga sebenarnya kan. Tapi tak per lah, bukan keluar duit sendiri pun. hehehe... (marah kawan office saya, cakap saya habiskan duit company... sabar jer laa.. sebelum ni pun saya sakit, saya jarang guna duit company sebab saya banyak guna panel company husband).
 
Doktor pun tak membebel banyak. Cuma dia kata "I will see you in a month untuk I bagu clomid. Then, 1 month after that you datang lagi untuk buat second test". Ayoyoyo... ambil darah lagi ler tu...
 
Post kali ni takde gambar sebab gambar dalam hp, tak transfer ke tab pun. Pemalas katakan...
 
Ok, next post nak cerita pasal langsir baru lah. Nak promote bisnes jiran saya, cantik tau dia jahitkan langsir untuk saya... Khas untuk yg tinggal sekitar KL/Selangor kalau berminat nak tempat. Highly recommended... Tungguuuuu.....
 
TQ.. muahhh...
 

Wednesday, January 8, 2014

SAMBUNGAN FIRST CHECK UP @ PRIMANORA

Hari tu saya dah cerita serba pasal prosedur check up kan? Kali ni nak tunjuk gambar-gambar supplement yg terpaksa ditelan atas nasihat Datuk Dr. Nora..

Yang ni kena beli sendiri kat guardian. Harga dia RM69 kot, ada 60 tablets. Kandungan dia vitamin B complex, asic folic & zinc. Makan sebiji sehari jer selepas makan.


Ini minyak ikan, klinik yg beri. Contain 1200mg fish oil (omega 3) dan EPA, DHA & fatty ester kot... 1 biji, 2 kali sehari selepas makan.


Ini probiotics, untuk perut. Pun klinik yg beri. 1 biji, 2 kali sehari selepas makan.


Ini bio-enhance vitamin E. Apa yg enhancenya, saya pun tak tau. Klinik beri jugak. Sebiji sehari selepas breakfast.


Huh, mabuk supplement gak laa.. Tapi the best part is, lawas.... sangat lawas dan puas. Badan pun kurang berangin. Cuma kepala ada sikit ting tong especially pagi. Mungkin kesan awal kot, untuk sementara waktu.

Haaaa... nak cerita bab bil yang buat terbeliak biji mata tu kan? Boleh tgk gambar kat bawah ni untuk snapshot jumlah bil. Detailnya...

ADMIN CHARGE - CLINIC: RM5
CONSULTATION: RM180
DISPOSABLE GLOVES (ini yg doc pakai masa nak scan): RM5.10
VAGINA SPECULUM SIZE (tak tahu apa kebendanya ni): RM10
CONDOM (sarung kat camera untuk vagina scan.. erkkk): RM0.60
PROVAS 60 tablets (minyak ikan): RM138
PROBIOTIC: RM85
BIO-ENHANCE VITAMIN E: RM106
PROCEDURE - SCAN GYNEA & V. AID: RM102
GENERAL (test urine kot): RM280
HORMONE PROFILE (ni mgkn blood test yg berbotol2 darah tu): RM695
PAP SMEAR: RM70

TOTAL: RM1,676.70

Wallaaaweh... semoga berbaloi ler company bayor kos ni. Semoga tahun ni dapat la merasa cuti bergaji 3 bulan. Amin...


Thursday, January 2, 2014

PRIMANORA: FIRST CHECK UP

Hai... Assalamualaikum...
 
Selamat tahun baru 2014.
 
Azam saya tahun ni, nak berusaha bersungguh-sungguh untuk pregnant. InsyaAllah, doakan saya yer semua.
 
Hari ni, 2 Jan 2014, saya pergi first check up kat PrimaNora Medical Centre, TTDI. Sebelum pergi, buat appointment dulu, cakap nak jumpa Datuk Dr. Nora untuk fertiliti treatment.
 
Sampai klinik, mula-mula kena jumpa MO dulu, Dr. Radhiah. Dr. Radhiah buat physical check up, head to toe. Tanya history family, period cycle, pemakanan seharian dan semua aktiviti yg saya buat (termasuk tidur & bangun pukul berapa). Dr. Radhiah juga check rambut, kulit, kuku, breast, perut & tumit (memang head to toe lah kan).
 
After that, baru masuk jumpa Datuk Dr. Nora, pakar O&G.
 
Masuk-masuk jer, Dr. Nora cakap yang dia nak cerita bab jaga makan dulu sebab tu yang paling penting. Sebelum dia berceloteh panjang tu, dia ulang balik soalan-soalan yg ditanya oleh Dr. Radhiah untuk confirmation.
 
Then, buat viginal scan. Huhuhu... Mula-mula memang takut. Sakit juga sikit sebab camera tu bergerak kiri kanan nak tengok keduduka uterus dan ovari. Hurmm... Dr. Nora kata ada PCOS sikit, cyst sikit (normal kot eh, sebab dia tak cite panjang bab ni) & telur banyak dan besar... Hahahaha. Memang saya pun boleh tengok kat monitor, besar-besar, banyak lak tu. Lepas scan, buat pap smear lak, hihihi.. Yang ni gerun. tak sakit tapi boleh tengok semua aktiviti doktor melalui monitor tu kan... Waaaa.... hahaha...
 
Lepas tu, doktor suruh pergi lab, ambil darah & urine untuk hormon test & macam-macam test lah (dia tak cite detail gak). So, pergi lab, technician perempuan, baik dan lembut. Ambik darah sampai 5 botol kot (ke lebih), katanya sebab banyak test yang nak dibuat. Mujur tak sakit.
 
Kemudian sambung sesi kaunseling dengan Dr. Nora. Banyak yang dia bebel pasal makan. Kena makan benda yg organik, kurangkan processed food. Garam laut atau bukit sahaja. No ajinomoto, no air botol (gas). Makan malam tak boleh lebih pukul 8. Hari-hari kena makan buat. Kalau beli sayur & buah kat pasar, balik rendam dulu dalam air (campur sikit dengan air perahan lemon) selama setengah jam untuk buang semua chemical dan racun perosak. Dr. Nora juga bekalkan few supplements, probiotics, fish oil and vitamin E. Pahtu, kena beli sendiri zinc. Nanti saya ambik gambar semua-semua ni yer (mana tau kot2 boleh buat rujukan utk orang lain pulak).
 
Selesai sesi kaunseling, pergi kaunter ambil bil... jeng jeng jeng... terkejut beruk lakiku.. haha.. RM1,676.70. Fuhhh... seb baik company bayar. Kalau bayar sendiri, botak satu badan dia. huhuhu... Nanti saya ambil gambar full bill, tunjuk bukti. Bukan nak berlagak tau sebab tak ada maknanya pun, bukan guna duit sendiri kan. hehehe...
 
Next appointment 16 Jan 2014. Fuhhh.. yang ni berdebar sebab dapat tahu semua result test-test yang dibuat tadi.. Caiyokkk....
 
"Ya, Allah, permudahkanlah... Amin"