Tuesday, January 28, 2014

SECOND APPOINTMENT PRIMANORA

Ooohhhh tak update pun pasal second appointment 16 Jan 2014. Pemalas nyer lah hai saya ni. Hari ni teringat nak update sebab ada seorang kawan beritahu, yang ada kawan dia baca blog saya dan inform dia pasal saya jumpa doktor pakar... hehe... tak sangka, ada juga yang berminat nak baca. Terima kasih yer...
 
Ok, second appointment adalah selepas 2 minggu dari first appointment hari tu. Basically, appointment ni adalah untuk review result test yang dibuat. Hasilnya.... oohhh banyak sangat dan saya hanya faham separuh jer kot. Yang saya faham & ingat:
  1. Pre-diabetic: bacaan gula 5.2 (optimum 5.0). so kena be careful since saya ada family history
  2. High kolestrol: ratio between bad and good just nice. tapi both bad and good kolestrol saya tinggi
  3. Low progestrone: 2.8 kot (normal is belas-belas - lupa plak, report card ada, tp malas nak tengok.. sorry)
  4. Cancel cell - negative
  5. Thyroid - negative
  6. PCOS - tahap normal tp kena careful jugak
  7. Protein - tinggi (kena kurangkan makan daging merah)
  8. dan banyak lagi - banyak yg tak faham sebenarnya sebab terlalu teknikal.
 
So, hasilnya, kena tambah supplement berbakul-bakul lagi termasuk ubat metaformin untuk kencing manis tapi at very low dose. Sebiji sehari after breakfast. Supplement lain, asid folic + B complex, vitamin D, utrogestian, gynoflor, entah apa2 lagi lah. Sumbat jer lah as directed by doktor kan.
 
Bil kali ni murah sikit dari hari tu. RM800++. Mahal juga sebenarnya kan. Tapi tak per lah, bukan keluar duit sendiri pun. hehehe... (marah kawan office saya, cakap saya habiskan duit company... sabar jer laa.. sebelum ni pun saya sakit, saya jarang guna duit company sebab saya banyak guna panel company husband).
 
Doktor pun tak membebel banyak. Cuma dia kata "I will see you in a month untuk I bagu clomid. Then, 1 month after that you datang lagi untuk buat second test". Ayoyoyo... ambil darah lagi ler tu...
 
Post kali ni takde gambar sebab gambar dalam hp, tak transfer ke tab pun. Pemalas katakan...
 
Ok, next post nak cerita pasal langsir baru lah. Nak promote bisnes jiran saya, cantik tau dia jahitkan langsir untuk saya... Khas untuk yg tinggal sekitar KL/Selangor kalau berminat nak tempat. Highly recommended... Tungguuuuu.....
 
TQ.. muahhh...
 

Wednesday, January 8, 2014

SAMBUNGAN FIRST CHECK UP @ PRIMANORA

Hari tu saya dah cerita serba pasal prosedur check up kan? Kali ni nak tunjuk gambar-gambar supplement yg terpaksa ditelan atas nasihat Datuk Dr. Nora..

Yang ni kena beli sendiri kat guardian. Harga dia RM69 kot, ada 60 tablets. Kandungan dia vitamin B complex, asic folic & zinc. Makan sebiji sehari jer selepas makan.


Ini minyak ikan, klinik yg beri. Contain 1200mg fish oil (omega 3) dan EPA, DHA & fatty ester kot... 1 biji, 2 kali sehari selepas makan.


Ini probiotics, untuk perut. Pun klinik yg beri. 1 biji, 2 kali sehari selepas makan.


Ini bio-enhance vitamin E. Apa yg enhancenya, saya pun tak tau. Klinik beri jugak. Sebiji sehari selepas breakfast.


Huh, mabuk supplement gak laa.. Tapi the best part is, lawas.... sangat lawas dan puas. Badan pun kurang berangin. Cuma kepala ada sikit ting tong especially pagi. Mungkin kesan awal kot, untuk sementara waktu.

Haaaa... nak cerita bab bil yang buat terbeliak biji mata tu kan? Boleh tgk gambar kat bawah ni untuk snapshot jumlah bil. Detailnya...

ADMIN CHARGE - CLINIC: RM5
CONSULTATION: RM180
DISPOSABLE GLOVES (ini yg doc pakai masa nak scan): RM5.10
VAGINA SPECULUM SIZE (tak tahu apa kebendanya ni): RM10
CONDOM (sarung kat camera untuk vagina scan.. erkkk): RM0.60
PROVAS 60 tablets (minyak ikan): RM138
PROBIOTIC: RM85
BIO-ENHANCE VITAMIN E: RM106
PROCEDURE - SCAN GYNEA & V. AID: RM102
GENERAL (test urine kot): RM280
HORMONE PROFILE (ni mgkn blood test yg berbotol2 darah tu): RM695
PAP SMEAR: RM70

TOTAL: RM1,676.70

Wallaaaweh... semoga berbaloi ler company bayor kos ni. Semoga tahun ni dapat la merasa cuti bergaji 3 bulan. Amin...


Thursday, January 2, 2014

PRIMANORA: FIRST CHECK UP

Hai... Assalamualaikum...
 
Selamat tahun baru 2014.
 
Azam saya tahun ni, nak berusaha bersungguh-sungguh untuk pregnant. InsyaAllah, doakan saya yer semua.
 
Hari ni, 2 Jan 2014, saya pergi first check up kat PrimaNora Medical Centre, TTDI. Sebelum pergi, buat appointment dulu, cakap nak jumpa Datuk Dr. Nora untuk fertiliti treatment.
 
Sampai klinik, mula-mula kena jumpa MO dulu, Dr. Radhiah. Dr. Radhiah buat physical check up, head to toe. Tanya history family, period cycle, pemakanan seharian dan semua aktiviti yg saya buat (termasuk tidur & bangun pukul berapa). Dr. Radhiah juga check rambut, kulit, kuku, breast, perut & tumit (memang head to toe lah kan).
 
After that, baru masuk jumpa Datuk Dr. Nora, pakar O&G.
 
Masuk-masuk jer, Dr. Nora cakap yang dia nak cerita bab jaga makan dulu sebab tu yang paling penting. Sebelum dia berceloteh panjang tu, dia ulang balik soalan-soalan yg ditanya oleh Dr. Radhiah untuk confirmation.
 
Then, buat viginal scan. Huhuhu... Mula-mula memang takut. Sakit juga sikit sebab camera tu bergerak kiri kanan nak tengok keduduka uterus dan ovari. Hurmm... Dr. Nora kata ada PCOS sikit, cyst sikit (normal kot eh, sebab dia tak cite panjang bab ni) & telur banyak dan besar... Hahahaha. Memang saya pun boleh tengok kat monitor, besar-besar, banyak lak tu. Lepas scan, buat pap smear lak, hihihi.. Yang ni gerun. tak sakit tapi boleh tengok semua aktiviti doktor melalui monitor tu kan... Waaaa.... hahaha...
 
Lepas tu, doktor suruh pergi lab, ambil darah & urine untuk hormon test & macam-macam test lah (dia tak cite detail gak). So, pergi lab, technician perempuan, baik dan lembut. Ambik darah sampai 5 botol kot (ke lebih), katanya sebab banyak test yang nak dibuat. Mujur tak sakit.
 
Kemudian sambung sesi kaunseling dengan Dr. Nora. Banyak yang dia bebel pasal makan. Kena makan benda yg organik, kurangkan processed food. Garam laut atau bukit sahaja. No ajinomoto, no air botol (gas). Makan malam tak boleh lebih pukul 8. Hari-hari kena makan buat. Kalau beli sayur & buah kat pasar, balik rendam dulu dalam air (campur sikit dengan air perahan lemon) selama setengah jam untuk buang semua chemical dan racun perosak. Dr. Nora juga bekalkan few supplements, probiotics, fish oil and vitamin E. Pahtu, kena beli sendiri zinc. Nanti saya ambik gambar semua-semua ni yer (mana tau kot2 boleh buat rujukan utk orang lain pulak).
 
Selesai sesi kaunseling, pergi kaunter ambil bil... jeng jeng jeng... terkejut beruk lakiku.. haha.. RM1,676.70. Fuhhh... seb baik company bayar. Kalau bayar sendiri, botak satu badan dia. huhuhu... Nanti saya ambil gambar full bill, tunjuk bukti. Bukan nak berlagak tau sebab tak ada maknanya pun, bukan guna duit sendiri kan. hehehe...
 
Next appointment 16 Jan 2014. Fuhhh.. yang ni berdebar sebab dapat tahu semua result test-test yang dibuat tadi.. Caiyokkk....
 
"Ya, Allah, permudahkanlah... Amin"