Thursday, January 2, 2014

PRIMANORA: FIRST CHECK UP

Hai... Assalamualaikum...
 
Selamat tahun baru 2014.
 
Azam saya tahun ni, nak berusaha bersungguh-sungguh untuk pregnant. InsyaAllah, doakan saya yer semua.
 
Hari ni, 2 Jan 2014, saya pergi first check up kat PrimaNora Medical Centre, TTDI. Sebelum pergi, buat appointment dulu, cakap nak jumpa Datuk Dr. Nora untuk fertiliti treatment.
 
Sampai klinik, mula-mula kena jumpa MO dulu, Dr. Radhiah. Dr. Radhiah buat physical check up, head to toe. Tanya history family, period cycle, pemakanan seharian dan semua aktiviti yg saya buat (termasuk tidur & bangun pukul berapa). Dr. Radhiah juga check rambut, kulit, kuku, breast, perut & tumit (memang head to toe lah kan).
 
After that, baru masuk jumpa Datuk Dr. Nora, pakar O&G.
 
Masuk-masuk jer, Dr. Nora cakap yang dia nak cerita bab jaga makan dulu sebab tu yang paling penting. Sebelum dia berceloteh panjang tu, dia ulang balik soalan-soalan yg ditanya oleh Dr. Radhiah untuk confirmation.
 
Then, buat viginal scan. Huhuhu... Mula-mula memang takut. Sakit juga sikit sebab camera tu bergerak kiri kanan nak tengok keduduka uterus dan ovari. Hurmm... Dr. Nora kata ada PCOS sikit, cyst sikit (normal kot eh, sebab dia tak cite panjang bab ni) & telur banyak dan besar... Hahahaha. Memang saya pun boleh tengok kat monitor, besar-besar, banyak lak tu. Lepas scan, buat pap smear lak, hihihi.. Yang ni gerun. tak sakit tapi boleh tengok semua aktiviti doktor melalui monitor tu kan... Waaaa.... hahaha...
 
Lepas tu, doktor suruh pergi lab, ambil darah & urine untuk hormon test & macam-macam test lah (dia tak cite detail gak). So, pergi lab, technician perempuan, baik dan lembut. Ambik darah sampai 5 botol kot (ke lebih), katanya sebab banyak test yang nak dibuat. Mujur tak sakit.
 
Kemudian sambung sesi kaunseling dengan Dr. Nora. Banyak yang dia bebel pasal makan. Kena makan benda yg organik, kurangkan processed food. Garam laut atau bukit sahaja. No ajinomoto, no air botol (gas). Makan malam tak boleh lebih pukul 8. Hari-hari kena makan buat. Kalau beli sayur & buah kat pasar, balik rendam dulu dalam air (campur sikit dengan air perahan lemon) selama setengah jam untuk buang semua chemical dan racun perosak. Dr. Nora juga bekalkan few supplements, probiotics, fish oil and vitamin E. Pahtu, kena beli sendiri zinc. Nanti saya ambik gambar semua-semua ni yer (mana tau kot2 boleh buat rujukan utk orang lain pulak).
 
Selesai sesi kaunseling, pergi kaunter ambil bil... jeng jeng jeng... terkejut beruk lakiku.. haha.. RM1,676.70. Fuhhh... seb baik company bayar. Kalau bayar sendiri, botak satu badan dia. huhuhu... Nanti saya ambil gambar full bill, tunjuk bukti. Bukan nak berlagak tau sebab tak ada maknanya pun, bukan guna duit sendiri kan. hehehe...
 
Next appointment 16 Jan 2014. Fuhhh.. yang ni berdebar sebab dapat tahu semua result test-test yang dibuat tadi.. Caiyokkk....
 
"Ya, Allah, permudahkanlah... Amin"

2 comments:

  1. wow! terbeliak bijik mata i tgk bill...tapi may be sebab full check up kot, which is memang bagus so that doc boleh tgk from semua angle. Good luck utk usaha TTC :-) Smg Allah permudahkan....amin...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan??? Kami pun terbeliak tp buat ala2 pejam gitu sebab company bayar kan.. kalau bayar sendiri, mmg boleh terkeluar jugak la biji mata... huhu.. anyway, tq sweet tooth.. amin...

      Delete