Friday, February 28, 2014

BELAJAR JAHIT - GAUN KANAK-KANAK

Waaahhhh.. dah lama tak buat post pasal aktiviti menjahit kan. Walaupun tal ada post, tp still aktif menjahit tau, still ada tempahan jahit daripada kawan2 office. 

Ni nak cerita perihal minggu lepas. Seorang kawan office, ajak buat bisnes jahit & jual gaun kanak2. Ok, first thing yg terpikir, mana lah ada masa. Lagipun kena belajar jahit sebab tak senang juga nak buat gaun ni.

Ok, nak dijadikan cerita, waktu lunch time kami pergi kedai buku. Tup! Terjumpa buku cara jahit gaun. Alamakkkk, lupa nak ambil gambar buku, lain kali lah share jer (malas nak bangun dah, syok naip atas katil ni.. haha)

Tengok buku, waaaaa senang jer ni. Boleh lah try.

Tiba hari minggu, inilah hasilnya...

HARI SABTU: GAUN A LINE

HARI AHAD: GAUN KEMBANG PLEAT DEPAN

Ok tak? Hi hi hi... best, excited, puas! Rasa berbaloi cuti hujung minggu.

Nak jahit gaun ni, pada mulanya memang susah. Especially part kedut kat bahu & jahit getah kat lengan. Tapi ok jer, bila masuk yg kedua tu, dah tahu trick, dan Alhamdulillah, mudah jer rupanya.

Saya paling suka part buat kolar tu... wahhhh rasa bangga pada diri sendiri lah. Tak sabar nak buat lagi dan lagi. He he he

Ohhh by the way, kedua2 gaun ni saya bagi free ke kat kawan2 yg ada anak. Since guna kain perca je kan, plus masih lg dalam percubaan. So far, diaorg puji, he he he.. kembang gak lah... siap ada yg nak hantar tempah. Tapi opppsss.. tunggu, kasi saya expert dulu tau, then aku booeh ambik tempahan.

Ok, nanti saya continue cerita lagi pasal gaun ni. Saya nak share pola pula, tu pun tunggu time rajin yer. :-) peace....