Thursday, March 6, 2014

KONTROVESI CUCU SULUNG

Al-kisah saya ni baru jer dapat cucu saudara sulung. Anak kak long saya baru melahirkan anak sulungnya pada bulan Februari hari tu. Waaaa semua orang excited. Cicit sulung kepada mak saya, cucu sulung kepada kakak saya, anak sulung kepada anak saudara saya dan of course cucu saudara sulung kepada saya lah kan... hehe
 
Nak dijadikan cerita, suami kak long saya ni (pasni taip abg long jer) ada anak lain dengan ex-wife dia (2 anak laki, dua2 dah kahwin. Yang sulung dah ada anak 2 orang). So maknanya, abg long ni dapat cucu yang ketigalah kan.
 
Si menantu abg long ni (mak kepada 2 orang anak ni lah), tiba-tiba macam tak boleh terima kehadiran cucu seorang lagi ni. Terus buat status kat FB kononnya dia dan anak2 dia dah dilupakan, dipinggirkan. Pastu komen kat gambar baby yang baru lahir ni dengan sindiran, nampak sgt dengkinya.
 
Apa yang nak didengki pun tak tahulah. Pada saya benda ni simple jer.
 
Atoknya (abg long saya lah) mesti la excited dapat cucu baru, tambah pula cucu ni ada depan mata. Dia yg bawa anak dia ulang2 klinik, bawa pergi hospital (sebab suami anaknya ni kerja jauh). Yang azankan baby ni pun, atoknya. So, bila dah ada depan mata, mesti lah seronok, teruja, bahagia.
 
Bukan lah atoknya lupakan cucu2 lain yg 2 orang tu. Tapi kalau dah balik pun sekali sekala (masa baru lahir sah2 lah tak bawa balik kan sebab pantang rumah mak sendiri). Bila suruh balik, kadang2 tak balik. Bila balik raya, siap balik rumah mak ayah saya tu sebab abg long & kak long memang raya rumah mak ayah kami setiap tahun (walhal kami ni takde pertalian darah pun dgn dia, tapi keluarga kami terima mereka macam keluarga sendiri). Dah bagi layanan baik, mesra macam keluarga sendiri.
 
Alih2 bila dah ada cucu baru ni, jadi timbul isu lak. Tiba2 cakap kami ni benci dia, lupakan dia, dah lama dia pendam perasaan... erkkk??? apakah????
 
Bila saya tegur elok2 kat FB supaya jgn gaduh2, saya pula yg dimarahnya. Apa punya manusia lah hai....
 
Sekian, tak larat nak taip dah. Panjang sgt cerita nyer. Rasa nak attach jer gambar2 komen kat FB tu tp malaslah. mengeruhkan lagi keadaan kan...
 
Bye...