Monday, September 1, 2014

WORKSTATION BARU

Alkisahnya.... setelah lama duk mengidam, akhirnya menjadi kenyataan juga... 

Saya dah ada complete set mesin jahit lurus (sulam pun boleh) dan mesin jahit tepi pelbagai guna yg juga boleh jahit tepi tudung. Hehe... 

Apa lg, terus ajak abg gi kedai perabot utk cari meja baru. Beli 2 biji meja (pasang sendiri), RM100 satu. Siap ada laci, senang sikit nak simpan brg jahit, tak ada lah bersepah lagi lepas ni. 


Haaa... ni lah rupa workstation baru saya... terima kasih abg sebab tolong pasangkan meja. Minggu depan abg nak pasang rak kat dinding pula, guna kayu recycle (katil yg dah tak guna). 

Workstation ni saya buat kat family area tingkat atas. Ada ruang luas utk saya membentang kain. 

Semangat mula berkobar2 ni. Bermula dari sekarang, duit upah menjahit akan disimpan utk beli mesin jahit industri pula. Dah lengkap semua, baru lah boleh resign kerja sekarang dan jadi tailor full time. InsyaAllah, amin....

Alhamdulillah, rezeki dari Allah utk saya. Terima kasih tak terhingga buat abg, suami yg dicintai dunia & akhirat kerana sokongan dan pertolongan. Semoga bertambah rezeki kita, rezeki yg halal dan berkat. Amin....

2 comments:

  1. smg Allah permudahkan untuk inayus merealisasikan impian dan cita2... Seronok kan kalau dapat kerja sendiri. Satisfaction tu lebih dari kerja makan gaji... :-)

    ReplyDelete