Sunday, October 19, 2014

IMPIAN INAYUS - PART 1

Bismillahirahmanirrahim...

Assalamualaikum,

Memang menjadi impian saya sejak dulu. Masa tu tahun 2007, tahun di mana telah taman pengajian di peringkat ijazah. Mungkin ada yg tak tahu, tapi tak apa, saya beritahu kat sini yer. Saya lulusan ijazah Kejuruteraan Kimia dari Universiti Teknologi Petronas. Walaupun saya menjalani latihan internship di Petronas Carigali dan graduate dgn kelas 2 atas, saya tak ditakdirkan untuk kerja dengan Petronas.

Ramai yang tanya saya, kenapa saya tak kerja Petronas walhal saya menerima biasiswa Petronas? Saya jawab senang jer, Petronas bukan sumber rezeki yg Allah takdirkan untuk saya. Sebaliknya rezeki saya bersumberkan pekerjaan saya di sektor kerajaan.

Saya tak pernah menyesal kerana tidak dapat bekerja dengan Petronas walaupun hampir 80% kawan-kawan saya dapat pekerjaan di Petronas. Saya tak malu untuk menyertai latihan graduate yang dianjurkan oleh Petronas khusus untuk orang-orang seperti saya (pelajar tajaan Petronas yang tidak diberikan pekerjaan di Petronas).

Alhamdulillah, sepanjang 2 bulan latihan/kursus di Petronas Permata Bangi, saya diberi motivasi, diberi semangat untuk terus berusaha. Dari situlah saya membina impian...

Semua para peserta kursus diminta utk membentangkan impian masing-masing. Saya? Yer... tiba-tiba terlintas di fikiran, impian saya ialah untuk membuka sebuah butik dan menjual produk pakaian dengan jenama saya sendiri.

Dan kini.... impian saya makin hampir. Setelah 7 tahun berkhidmat di sektor kerajaan, berbekalkan duit simpanan yg tak seberapa, akhirnya saya akan memiliki butik saya sendiri. Alhamdulillah... syukur pada Allah. Memang tak sangka ianya akan menjadi kenytaan secepat ni. 

Kalau ikut perancangan asal, saya akan berhenti kerja pada umur 40 tahun dan akan buka butik pada usia yg sama. Tapi yg menjadi kenyataan skrg ialah saya akan buka butik pada usia 30 tahun, 10 tahun lebih awal. Tapi, saya tak akan berhenti kerja sekarang sebab perjalanan saya masih jauh. Saya masih perlukan pendapatan yg stabil dgn bekerja di sektor kerajaan seperti skrg.

Semalam, tanggal 18 Oktober 2014, saya telah menandatangi kontrak sewa kedai berdekatan dengan rumah saya sekarang. Shop lot baru yg dibina oleh pemaju yg sama dgn rumah saya. Deposit sudahkan pun di bayar dan saya juga telah membeli barangan elektrik yg diperlukan seadanya. 

InsyaAllah, dalam masa beberapa hari lagi, saya akan diberi kunci. Dan akan bermulalah kerja2 renovation untuk BUTIK INAYUS di Taman Saujana Rawang, Selangor.

Semoga Allah permudahkan urusan saya. Amin....