Sunday, November 9, 2014

IMPIAN INAYUS - PART 2

Alhamdulillah.. syukur padaMu ya Allah. Akhirnya kami dapat juga kunci kedai selepas seminggu lebih sign kontrak. Excited nak masuk tengok kedai sendiri, walhal dah berkali-kali masuk kedai lain. Walaupun design sama tapi tetap teruja. Mulalah berangan itu ini kan. Hehe..

Sebelum dapat kunci lagi kami dah tempah contractor untuk pasang grill, partition & grill. Saya ambil Sham Awin Engineering (boleh search kat FB) dari Bukit Sentosa Rawang. Contractor Melayu, insyaAllah, hasilnya memuaskan, nanti saya update kemudian sebab belum pasang pun lagi. Grill dah siap tapi disebabkan kedai saya tu belum ada bekalan elektrik (lembap tul pemaju ni), terpaksalah tangguh dulu.

Hari ni, walaupun kedai belum ada elektrik, En Sham & the gang datang untuk pasang lampu kipas semua. Kami dah shopping siap2 kat kedai Light2u, Rawang. Harga not bad, quality tip top.

Layan gambar jer lah yer...




Luaskan kedai? Sebab tak nak rugi space, saya buat partition kat tengah2 tu. Tujuannya utk buat bilik latihan, boleh lah sewakan nanti. Nak sewa utk training boleh, tuisyen boleh, meeting pun boleh. Tu pun saya akan update kemudian bila siap nanti yer.

Lepas mereka bekerja pasang lampu kipas, turn saya dan abang pula bekerja. Kami bersihkan bilik depan sekali tu, hamparkan tikar getah & mula lah buka kotak2 barang butik yg kami beli dari Koleksi Ismah (boleh search kat FB).

Nilah hasilnya selepas mengodek dgn abang....





Macam tak cukup lagi kan? InsyaAllah.. coming. Tengok bajet macam mana nanti yer... 

Cukup dulu untuk kali ni. Nanti sambung part 3 pula.