Thursday, December 4, 2014

PERASMIAN PEMBUKAAN BUTIK INAYUS COLLECTIONS @ SAUJANA RAWANG

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

ASSALAMUALAIKUM

Dengan penuh kesyukuran ke hadrat Ilahi, kami ingin menjemput tuan/puan, saudara/saudari untuk hadir ke MAJLIS KESYUKURAN sempena PERASMIAN PEMBUKAAN BUTIK kami di Taman Saujana Rawang pada 7 Disember 2014, hari Ahad bermula jam 11 pagi hingga 5 petang.

Insyaa Allah, ada jamuan makan tengah hari yang serba sederhana, di samping boleh shopping barangan butik kami dengan diskaun istimewa sebanyak 20%.

Sekiranya anda tinggal berdekatan dan sedang mencari-cari kelas untuk belajar menjahit, kami akan buka pendaftaran kelas menjahit untuk 'beginner' di butik kami pada hari yang sama. Kelas ini kami buat khas untuk individu yang tiada asas menjahit dan berminat untuk menceburi bidang jahitan. Maklumat lanjut mengenai kelas jahitan akan diberikan semasa pendaftaran.

Sekiranya anda tidak dapat hadir atas sebab-sebab tertentu, tapi berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang pekhidmatan kami, sila hubungi Pn. Azlina melalui telefon/sms/whatsapp ke nombor 019-9811319.

Terima kasih.


No comments:

Post a Comment