Wednesday, November 18, 2015

TUTORIAL - BAJU KURUNG MINI (Part 1)

Assalamualaikum.

Saya nak bagi tutorial free untuk buat baju kurung mini. Baju kurung mini ni umpama blaus, polanya lebih kurang sahaja. Malah, ianya lebih simple dan sesuai dipakai sepasang atau digandingkan dengan apa saja skirt/seluar.

Inilah rupa baju kurung mini yang saya maksudkan. Saya jahit sepasang dengan skirt, so boleh lah pakai untuk pergi kerja atau kenduri. Dan saya tak jahit dart langsung, lebih suka longgar tapi selesa.
Untuk tutorial part 1 ni, saya nak ajar lukis pola dulu. Boleh follow cara lukis pola ikut gambar di bawah. 

Ini pola untuk sepasang baju kurung mini dan skirt seliseh depan
A-B
Lebar bahu bahagi 2
A-C
Keliling dada bahagi 4
C-D
Keliling dada bahagi 4 dan tambah ½ inci
A-E
Labuh baju (melepasi paras punggung)
E-F
Keliling punggung bahagi 4 dan tambah 1 inci
A-a
3 inci
B
Turun ke bawah satu inci
b2
Titik tengah garisan B ke bawah
b1-b2
¾ inci
G-I
Panjang tangan
G-H
Keliling dada bahagi 4
I-J
Pergelangan tangan bahagi 2
G-g
4 inci
h
Titik tengah garisan G ke H dan tambah ½ inci (ke bawah)
K-L
Keliling pinggang bahagi 4
M-N
Keliling pinggang bahagi 4
K-O
Labuh skirt
O-P
Keliling pinggang bahagi 4

Bahagian lubang leher tu, tak perlu buat pola. Boleh terus lukis kat kertas gam. Rujuk gambar di bawah untuk ukuran standard badan saiz S/M.

Boleh tambah atau kurangkan ukuran ikut keselesaan masing-masing
Nanti saya kongsi langkah seterusnya di Part 2. Try lukis pola ni dulu. Kalau ada masalah, taip kat komen. Nanti saya reply. Rajin-rajin lah jenguk post ni untuk baca reply saya sebab anda mungkin tak dapat notification bila saya dah reply komen anda nanti.

Ok, selamat mencuba...

Tuesday, November 17, 2015

PAKEJ MESIN JAHIT & KELAS JAHITAN


Lokasi:
Butik Inayus Collections
No. 9-1, Jalan SR 4/1D
Saujana Rawang
48000 Rawang
Selangor Darul Ehsan

Wednesday, November 4, 2015

Mesin Jahit Brother GS3710

Mesin Jahit Brother GS3710 + Extension Table
Sesuai utk Beginner & Home Use
Whatsapp ke 019-9811319

Harga Promosi: RM1,100
Ansuran: dari RM51 sebulan
Kos penghantaran dari RM17

• Percuma Extension Table
• 37 Corak Jahitan
• Lampu LED
• 1-Step Buttonhole
• Auto Needle Threader
• Jaminan 1 tahun

Untuk Pembelian Secara Tunai atau Ansuran,
Sila Whatsapp ke 019-9811319

Dokumen2 yg diperlukan utk Pembelian secara Ansuran;
Salinan Kad Pengenalan
Salinan Slip Gaji 3 bulan yg terakhir
Salinan Penyata Bank 3 bulan yg terakhir

• Tempoh Tawaran Terhad.




Thursday, October 8, 2015

CABARAN PERNIAGAAN ONLINE SEKARANG

Dah lama tak buat post membebel, kali ni saya nak membebel panjang pasal business online ni. Memang rasa tercabar dan tak puas hati dengan sesetengah pihak yang mencari keuntungan dengan jalan yang mudah.

Pengalaman peribadi saya menjadi stokis tudung jenama SS. Untuk jadi stokis, pembelian pertama hendaklah lebih kurang RM2,000 (ok, masih dalam kategori mampu). Setiap tudung dijual dengan harga RM59, dan keuntungan lebih kurang RM20 sehelai (woowww kan?). Setiap bulan, wajib repeat order dgn jumlah pembelian tidak kurang dari RM1,500. Ok fine, masih lagi mampu. 

Walaupun kita jadi stokis, kita masih kena bersaing dengan syarikat pengeluar tudung yang juga jual tudung secara runcit secara online melalui website rasmi dan mereka bagi promosi belian RM100 ke atas, pos percuma... Ok, kita masih boleh bersaing since keuntungan setiap helai RM20 kan, so boleh la bagi pos percuma kepada pelanggan.

Tiba masa pengeluar keluarkan tudung instant. Tanpa memberitahu stokis, syarikat revise harga runcit (stokis tahu pun sebab tgk website). Harga shawl biasa diturunkan kepada RM49, shawl instant jual RM59. Pergghhh, beza RM10 tu. Stok masih byk dengan kita ni, so kita nak jual RM59 (harga asal) ke RM49 (harga baru oleh syarikat)? Kalau jual RM59, pelanggan tengok kat website lg murah, mesti mereka complaint kan? Ok fine, kita pun jual lah RM49, tak apa, still dapat keuntungan RM10 kan.

Nak jadikan cerita, makin lama shawl makin tak terjual. Stok sedia ada belum habis, stok baru wajib ambik. Saya pun decide nak stop lah, taknak ambil risiko. Ok stop jadi stokis, stop jual tudung jenama SS.

Eh, tiba-tiba hati tergerak, saja nak jenguk website SS. Alamak.... harga turun lagi.... Shawl instant jadi RM49, shawl biasa RM39. Fuhhhh... cemana saya nak jual stok yang masih ada ni? Memang tak laku lah kalau jual harga lama. Kalau jual harga baru, tak kemana lah untungnya kan? So, nak tak nak, saya take the risk lah. Since saya punya stok lama, saya jual lah dengan separuh harga iaitu dalam linkungan RM25-RM30 sahaja. tak apa lah rugi pun, janji shawl terjual.

Haaa.. itu baru satu cerita satu syarikat tudung. Ni cerita kedua, tapi cerita ni saya belum sempat daftar as stokis sebab fikir panjang dulu.

Syarikat kedua ni, nak jadi stokis kena pembelian pertama RM7,000 (wowwww! nak kena gadai brg kemas nampak gaya ni). Tapi syarikat ni bagusnya dia tak jual secara runcit. Dia akan jual secara borong kepada stokis dan terpulang lah pada stokis nak jual runcit or nak lantik agen. Tapi part yang tak bagusnya, syarikat syok buat tudung, dan paksa stokis borong setiap bulan without fail utk kekalkan keahlian as stokis. Yang stokis ni pula berhempas pulas nak habiskan stok sedia ada. Nak cari agen bukan senang, nak jual retail pun terpaksa gagahkan jua lah. So, siapa yang untung skrg ni, stokis ke syarikat.

Then tiba-tiba masuk news, artis ABC berjaya jual tudung sebanyak RM XXX,XXX dalam sebulan... Wahhhh gitu. Si stokis yang kena beli borong setiap bulan dan jual runcit ni bernafas dalam lumpur. Semput nak habiskan stok. Apalah nasib.

Sekian, itulah ceritanya. Malas nak buat kesimpulan, so anda yang rajin membaca, simpullah sendiri yer..

Bye, Assalamualaikum

Wednesday, October 7, 2015

KURUNG NAJWA

✔ Top & Skirt satu set. 
✔ Material Korean Lycra 
✔ Sejuk, Lembut dan Selesa Sgt2. 
✔ Lengan berbutang(Wudhu Friendly) 
✔ Leher berbutang.(Nursing Friendly) 
✔ Sgt2 selesa dan sedap dipakai 
✔ 100% Jaminan kepuasan 
✔ Saiz S hingga 3XL
✔ RM129 sahaja (tambah pos laju RM8)
✔ Whatsapp 019.981.1319



























Friday, October 2, 2015

CARA BALUT LIDAH GETAH PINGGANG

Sekiranya ingin menggunakan 100% getah, ukuran panjang getah yang perlu diambil adalah keliling pinggang tolak 3 inci

Gunting perca kain lebih kurang 4 x 4 inci

Lipat kain perca tadi dan jahit lurus di sebelah dalam. Mulakan dengan jahitan sebelah kanan, kemudian jahit sebelah kiri dengan membuat jarak anggaran 1 inci atau sama dengan lebar getah (sebab tu saya letak getah kat tengah2 supaya senang nak agak kelebarannya. Lebihkan sedikit supaya ianya tidak terlalu ketat

Gunting lebihan kain di sebelah kiri (basi kedua-dua belah anggaran dalam suku inci)

Terbaliknya kain perca yang telah dijahit tadi

Sarungkan atau masukkan hujung getah ke dalam lubang kain perca tadi. Kemaskan bahagian penjuru dan jahit tindih di atas kain supaya getah tadi tidak mudah tekeluar

SIAP!

Thursday, October 1, 2015

Juki MO50E Overlock Machine

Alhamdulillah, asalnya hanya ingin berkongsi pengalaman menjadi pengguna mesin jahit tepi Juki MO50E. Saya beli mesin ni tahun 2014, awal tahun kalau tak silap saya. Kiranya setahun lebih dah la mesin jahit ni berkhidmat untuk saya.

Ini merupakan mesin jahit tepi pertama saya. Sebelum ini, saya hantar jahit tepi di kedai sahaja. Memang saya tak menyesal beli mesin ni. Masa saya beli dulu, harga mesin ni RM1,500 tak termasuk penghantaran. Kos penghantar RM75 kalau tak siap. Kakak yang jual tu datang hantar sendiri, siap ajar cara guna lagi.

Hari ini, kerana perkongsian saya di FB berkenaan mesin jahit tepi JUKI MO50E ni, ada seorang sahabat yang berkenan. Tanpa membuang masa, dengan promosi yang masih berbaki ni, beliau terus beli mesin ni dengan saya.

Apa yang saya ingin kongsikan sepanjang saya guna mesin ni, saya sangat berpuas hati. Senang nak pasang benang, senang nak handle, tak bising dan tahan lasak. Mesin ni kalau nak jahit tepi tudung pun boleh, tak perlu tukar tapak, hanya perlu adjust settingnya sahaja. Jangan risau kalau tak tahu nak guna sebab setiap pembelian akan disertakan dengan CD cara penggunaan.

Ok, kalau ada orang lain yang berminat nak beli juga, jangan segan silu, contact saya di no. 019.981.1319 atau FB Inayus Dot Com yer.



Latest: October 2015
Price: 
RM1,300.00 RM1,170.00
Excluded GST 6%
Free Delivery






Sunday, September 6, 2015

Kelas Jahit Inayus - 6 September 2015 (Ahad)


Pn. Norhasimah dari Sentul
Untuk permulaan, beliau belajar asas jahitan dgn menjahit skirt A line menggunakan kain batik. Kemudian, terus jahit baju kurung tradisional atau asli. Alhamdulillah, beliau cepat belajar. Siap sehelai skirt dan sepasang baju kurung.

Jom belajar jahit dgn Inayus di Saujana Rawang

Yuran:
Skirt A line - RM50 (hanya perlu bawa kain 2 meter atau kain batik)
Baju kurung tradisional - RM150 (hanya perlu bawa kain 4 meter)

Masa:
Hari Sabtu/Ahad atau cuti umum
10 pg hingga 5 ptg
Ruang solat & makan tengah hari disediakan
Wanita sahaja

Call, sms atau whatsapp 019-9811319

Tuesday, September 1, 2015

TUKAR STRATEGI


Tak ada kerja, cari kerja. Dah bosan dengan konsep lama Inayus Collections. Hari ni saya buat perangai. Clean up semua gambar2 dalam page tu, buat konsep baru. Tukar from Inayus Collection ke Inayus Boutique & Cafe.

Sebenarnya idea ni dah lama. Tapi asyik malas je nak buat. Tak tau apa kesahnya, hari ni naik semangat pulak. Google2 gambar, download mana yang free tu, edit and tampal kat page. Aiyoo.. cantik juga yer.. hehehe.. perasan pula. Maaf...

Nanti nak kena masukkan semula gambar-gambar dengan caption yg lebih menarik, haissshh ada masa ke ni? Kena cari masa lah kan. Penjenamaan semula butik online kami.

Sekarang ni likers Inayus tak banyak mana pun, 3800++ jer. So strategi baru, cari partner lor. Buat masa ni, saya open kat teman-teman rapat dulu. Kang dah maju, saya open ke org lain pula yer. Harap berjaya,

Thursday, August 20, 2015

CARA JAHIT PINGGANG GETAH CAMPUR

Ambil contoh ukur lilit pinggang 30 inci

Kain pinggang keras dan getah (lebar 1 inci) - potong setiap satu dgn ukuran 30 bahagi 2 iaitu 15 inci.

Kain pinggang keras dipotong kepada dua, sama panjang iaitu 7.5 inci setiap satu.

Getah pula dipotong kepada dua, sama panjang iaitu 7.5 inci setiap satu. Salah satu getah akan dipotong lagi dengan ukuran salah satu lebih panjang 1 inci iaitu 4.75 inci dan 3.75 inci.


Kain pinggang keras dan getah dicantum mengikut sususan seperti di atas. Setiap jahitan mencantum kain pinggang keras dan getah adalah bertindih  1/2 inci. Getah yang paling hujung (sebelah kanan) adalah yang lebih panjang dari yang satu lagi (sebelah kiri). Maka getah tersebut adalah dibuat lidah pinggang sepanjang 1 inci.


Untuk buat lidah pinggang, guna perca kain dalam ukuran 4 inci x 4 inci. Perca kain dilipat dan dijahit lurus dengan jarak 1 inci atau lebih (boleh ukur guna lebar getah). Lebihan kain perca hendaklah dipotong. Basi dikedua-dua belah jahitan memadai 1/4 inci.

Terbalikan kain yang telah dijahit dan masukkan getah ke dalam lubang kain. Masuk kemas-kemas dan jahit melintang di atas kain supaya getah tak terkeluar.


Pada skirt, kita kena buat dart supaya jahitan pinggang skirt lebih kemas. Cara nak buat dart, mudah jer. Bahagian depan skirt, lipat dua untuk dapatkan titik tengah. Tanda titik tengah tu dengan jarum peniti.
Letak kain pinggang keras selari dengan titik tengah tadi, maknanya kena tanda juga titik tengah pada kain pinggang keras supaya kedua-duanya berada di kedudukan yang sama.
Lepas tu, tandakan di kedua-dua kiri dan kanan (garisan warna merah) untuk jahitan dart. Garisan ni kena pada hujung kain pinggang keras yang bercantum dengan getah.
Ulang cara sama untuk jahit dart di bahagian belakang skirt.


Mula-mula jahit dulu hujung kedua-dua getah pada kain skirt. Ingat, getah yang ada lidah adalah untuk belah belakang skirt. Lipatan tu saya ambil 1.5 inci. Boleh tengok pada gambar kedua.

Lepas tu baru jahit kain pinggang keras di posisi tengah2 dart tu. Sebab tu tadi masa nak jahit dart, kita guna ukuran sama dengan kain pinggang keras. So, hasilnya kedudukan kain pinggang keras adalah ditengah2 skirt. Nampak cantik dan kemas lah kan.

Tindih jahitan di sekeliling kain pinggang keras tadi. Buat di kedua-dua belah depan dan belakang.

Lepas tu, baru setelkan bahagian getah pula. Yang ni susah sikit tapi kalau dah pandai jahit, jadi seronok pulak. Main tarik2 antara getah dengan kain. 

Haaa... ni rupa bila dah siap. Kan kemas tu. Dah sama taraf dengan butik-butik kan? 

SELAMAT MENCUBA

Monday, August 17, 2015

E-NOTES - KURUNG MINI

E-Notes Kurung Mini - RM10
  • Nota lengkap untuk menjahit baju kurung mini dan skirt seliseh depan
  • Panduan melukis pola
  • Panduan menjahit langkah demi langkah melalui paparan gambarajah (mencantum kain, menjahit lubang leher, menjahit zip, menjahit pinggang campur kain keras & getah)



Sekiranya anda memerlukan nota dalam bentuk hard copy, sila whatsapp ke no 019-9811319. Harga termasuk pos ekspress adalah RM25.