Wednesday, April 29, 2015

Saya Cuba Untuk Menjadi Menantu Yang Baik

Apabila berkahwin, kita bukan saya berkahwin dengan suami kita, tapi kita juga berkahwin dengan seluruh ahli keluarganya. Emak, ayah, adik-beradik, saudara-mara termasuk juga jiran-jiran. Bukanlah sesuatu yang mudah untuk kita sesuaikan diri dengan suasana dan keadaan baru di rumah orang, apatah lagi kalau perkahwinan kita bukan atas dasar bercinta, sebaliknya telah diatur oleh orang tengah.

Keadaan mungkin akan bertambah rumit bila keluarga mertua kita mempunyai lebih daripada seorang menantu, terutamanya menantu perempuan. Kita dan biras-biras kita. Susah nak jumpa sesama biras yang 'close to each other', yang boleh duduk bersama, bercakap dan bergurau senda macam adik-beradik. Malah sering kali kita mendengar ibu mertua yang membandingkan menantu mereka antara satu sama lain.

Emak kandung saya juga seorang ibu mertua. Berdasarkan pengalaman saya bersama emak, memang, seorang ibu mertua akan memerhatikan sikap dan budi bahasa setiap menantu mereka. Sekali sekala memang akan ada perbandingan. 

Menantu A suka masak
Menantu B suka kemas rumah
Menantu C suka beri hadiah
Menantu D suka bawa pergi jalan

Menantu E suka buat hal sendiri

Bukanlah ibu mertua nak cakap menantu A, B, C & D tu baik dan menantu E tu jahat. Tapi itulah karekter setiap menantu yang dia nampak. So, kita tak boleh nak expect layanan yang sama oleh ibu mertua untuk setiap menantunya.

Biasanya ibu mertua ni, macam mana menantu layan dia, macam tu lah dia layan menantu (mungkin ada kes luar biasa seperti filem Ibu Mertuaku).

Pengalaman saya selama hampir 8 tahun menjadi menantu dan mempunyai 2 orang biras perempuan dan 2 orang ipar perempuan, boleh dikatakan agak mencabar. Apabila berkumpul, saya perlu berhadapan dengan 5 orang perempuan dalam satu rumah. Macam-macam karenah, tak dinafikan kadang-kadang timbul rasa kecil hati, geram, menyampah. Semua tu normal sebab kita kan manusia biasa. Tapi, saya tak pernah zahirkan apa yang saya rasa.

Kalau saya rasa nak marah atau kecil hati, saya lebih suka diam dan mengurungkan diri dalam bilik. Saya hanya keluar untuk buat kerja dapur, basuh kain & makan. Apa pun perasaan yang ada dalam hati ni, saya tetap kena berpura-pura ok di depan ibu mertua. 

Apabila ibu mertua dan anak-anaknya berkumpul untuk bercerita, saya tak suka masuk campur. Saya akan keluar dari kumpulan tu dan masuk ke bilik atau buat urusan sendiri. Saya tak nak dengar cerita2 masalah keluarga mereka sebab pada saya biarlah itu menjadi privacy mereka sekeluarga. Melainkan kalau mereka nak saya tahu, mereka akan beritahu saya sendiri tanpa saya perlu menyibuk dengan bertanya itu ini.

Apa yang penting dan menjadi prinsip saya, saya perlu melayan ibu mertua sama dengan ibu sendiri. Ibu kandung sendiri tetap no. 1 tapi ibu mertua bukan no. 2. Paling penting, kita kena faham yang syurga suami kita terletak pada ibu mertua kita. Jadi, sebagai isteri, berilah sokongan kepada suami untuk berbakti kepada ibu dan ayah mereka. Tapi jangan pula sampai ibu dan ayah kita diabaikan yer...

Tuesday, April 21, 2015

www.inayus.com

InsyaAllah, saya akan mula aktif berblog untuk berkongsi mengenai ilmu jahitan, mengambil tempahan menjahit dan menawarkan kelas menjahit secara one-to-one coaching.

Sekarang, saya masih menunggu green light untuk tukar url inayus.blogspot.com kepada inayus.com.

Doakan saya yer... Terima kasih.