Tuesday, May 12, 2015

HEADER baru & LOGO baru

Alhamdulillah... terima kasih banyak2 kat adik-adik yang sudi tolong kakak touch up blog ni dengan header dan logo baru. Memang menaikkan semangat untuk lebih aktif ber'blog'. Sharing is caring mengenai dunia jahitan.

Sekarang ni selain daripada sibuk bekerja, saya sangat sibuk dengan tempahan jahit. Maklumlah raya dah tak lama. Tempahan untuk raya dah ditutup, tak menang tangan dah ni. So, nak siapkan yang mana ada dulu. Hajatnya bulan puasa ni nak kurangkan aktiviti menjahit, nak fokus untuk buat sale sempena hari raya nanti.

Kalau dah kurang menjahit nanti, boleh lah saya kemas kini nota-nota untuk dijual dan diberikan secara percuma melalui blog ni. Harap nota-nota jahitan saya dapat membantu sahabat-sahabat lain yang teringin nak belajar menjahit.

Owh, lupa nak inform.... Saya sekarang dah jadi agen jualan pelbagai jenis mesin dan peralatan jahitan. Saya akan update info produk dari masa ke semasa. 

Terima kasih.

No comments:

Post a Comment