Thursday, June 18, 2015

1 RAMADHAN 1436 BERSAMAAN 18 JUN 2015


Ramadhan tiba lagi....

Sekejab sangat masa berlalu. Tahun demi tahun, masa yang pergi tak akan kembali. Umur semakin meningkat dan tak akan pernah berkurang.

Muhasabah diri, berapa banyak dosa dan maksiat yang telah kita lakukan? Berapa banyak pahala yang berjaya kita kumpulkan? Apakah amal ibadah kita sepanjang 31 tahun ni (ikut umur masing-masing) diterima oleh Allah? Bilakan masanya kita akan kembali kepada Allah?

Setiap tahun saya mengharapkan ramadhan yang lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya. Setiap kali tiba ramadhan, macam-macam azam yang ditanam tapi tak semuanya kesampaian. Harap ramadhan kali ini memberi saya keimanan yang teguh, semangat yang kuat dan jiwa yang kental untuk terus beribadah dan meraih keberkatan di bulan yang mulia ni.

Semoga ramadhan kali ini mencurahkan keberkatan dan kesejahteraan kepada kita, keluarga kita, rukun tetangga kita, organisasi kita dan negara kita keseluruhannya. Moga Allah mengampunkan segala dosa-dosa kita dan menganugerahkan rahmat ke sekalian alam.

Selamat berpuasa dan selamat beribadah untuk semua.

Wednesday, June 17, 2015

JOM BUAT BAJU MELAYU



Tengah hangat ni... Hot sales... Buku keluaran Yasalma memang terbaik.. Sekarang dah keluar buku untuk jahit baju melayu pula. Siapa nak? Siapa nak? Cepat whatsapp saya 019-9811319... Stok terhad. Siapa cepat dia dapat.

Hanya RM30.00 (termasuk GST). Postage RM9 (GDEX).

Wednesday, June 10, 2015

PROMOSI DI INAYUS DOT COM

Assalamualaikum...

Walaupun dah lama tak ada post baru, tapi saya tetap aktif meng'update' page untuk promosi-promosi terkini. Kalau ada yang belum tahu, ni saya nak beritahu yang saya dah buka butik pakaian & kelas jahitan di Saujana Rawang, Selangor dan saya juga dah menjadi agen berdaftar untuk menjual pelbagai mesin jahit dan peralatan jahitan.

Jadi, sempena mega sales pertengahan tahun 2015 ni, saya ada buat promosi. Klik pada gambar untuk maklumat lanjut yer...

Sebarang pertanyaan, boleh hubungi saya melalui SMS/Whatsapp ke no 012-9811319, email ke azlina.hussin@yahoo.com atau datang terus ke butik kami di alamat berikut:

INAYUS COLLECTIONS (Inayus Enterprise)
No. 9-1, Jalan SR4/1D
Saujana Rawang
48000 Rawang
Selangor Darul Ehsan


JUALAN BARANGAN INAYUS COLLECTIONS DENGAN DISKAUN 50%
(1 JUN 2015 - 31 JULAI 2015)



JUALAN MESIN JAHIT DENGAN DISKAUN DAN PENGHANTARAN PERCUMA


KELAS JAHIT HUJUNG MINGGU DENGAN YURAN RM100 SEHARI SAHAJA
(1 JUN 2015 - 31 JULAI 2015)