Wednesday, July 29, 2015

TOPI OHHH TOPI….

Semasa berkenalan dengan abang (suami), saya selalu nampak dia pakai topi. Nampak handsome pula bila dia bertopi. So, bila kami dah kahwin, saya selalu belikan topi untuk abang especially bila saya keluar outstation ke luar Negara. Last saya beli topi untuk abang ialah topi ELVIS PRESLEY masa pergi Tennessee, USA pada bulan 6 tahun lepas. Masuk car gallery dia sekejab, lepas tu shopping beli topi, t shirt, key chain dan fridge magnet (benda wajib beli bila travel).

Sampai sekarang abang memang selesa bertopi bila keluar berjalan, even pergi shopping complex pun, dia akan pakai topi. Dan topi Elvis Presley memang jadi kegemaran abang (tak sia-sia saya beli mahal-mahal). Selain dari topi untuk jalan-jalan, abang juga ada koleksi topi untuk berkebun (since abang memang minat berkebun dan kawasan rumah kami dah jadi macam nursery pokok). Kesimpulannya memang abang sukakan topi.

Saya pula macam mana? Memang tak pernah pakai topi, alasan kepala kecil dan topi biasanya besar-besar. Tambah-tambah pula saya ni bertudung, so pakai topi memang rasa tak selesa.

Tapi, bila dah tengok koleksi topi tiba-tiba rasa berkenan pula. Eh, macam cantik jer, macam nampak lebih muda jer kalau pakai topi ni.

Kita ni, bila nak pakai apa-apa, mesti fikir lawa, cantik, kemas je kan? Pernah tak kita fikir sebenarnya topi ni ada fungsi yang memberi kebaikan juga, bukan setakat nak lawa je tau. Ni saya nak ‘sekolah’kan sikit pada fungsi pemakaian topi.


“Topi merupakan pelindung kepala dan kadangkala menjadi penyelamat untuk menyembunyikan rambut anda. Selain itu, topi pemakaian topi juga melindungi wajah anda daripada cahaya terik matahari serta ketika cuaca hujan. Hari ini, pemakaian topi adalah bertujuan sebagai aksesori kepala dan pelengkap gaya anda. Topi juga sesuai dipadankan dengan pemakaian pakaian kasual yang santai dan ranggi.


Berbalik dengan fungsi asal pemakaian topi, sehingga hari ini ia masih digunakan semasa bermain sukan baseball. Satu fakta menarik, permainan baseball adalah tidak sah jika para pemain tidak memakai topi baseball mereka.



Dan fungsi pemakaian topi yang paling relevan adalah ketika melakukan latihan sukan dan melakukan aktiviti outdoor. Bukan sahaja bertujuan untuk melindungi kepala anda daripada cuaca panas, ia juga bertujuan untuk memastikan rambut anda tidak mengganggu kelancaran sesi latihan anda.”

Tuesday, July 28, 2015

TEMPAHAN RAYA 2015

Alhamdulillah, syukur kepada Allah dan terima kasih kepada sahabat/pelanggan tersayang. Walaupun butik saya belum berusia setahun, saya dapat banyak tempahan untuk hari raya yang lepas. Memang tak menang tangan sebab saya menjahit sendiri. Hanya kadang-kadang je saya dibantu oleh anak saudara. 

Macam-macam dugaan yang terpaksa dihadapi. Kalau ikut planning, semua tempahan mesti siap sebelum puasa, kononnya bulan puasa tak nak menjahit. Nak rehat dan fokus pada ibadah je. Tapi apakan daya, ada saja masalah timbul. Tapi syukur juga sebab masih mampu berterawih...

Antara dugaan terbesar adalah demam. Teruk juga saya demam di bulan puasa, Mungkin kerana cuaca panas dan kurang minum air. Dan yang paling menguji kesabaran saya ialah kerenah pelanggan. Banyak baju yang kena alter / jahit semula sebab perubahan ukuran. Ukur sebelum puasa, baju siap bulan puasa, badan dah kurus, So baju kena kecilkan. Ada juga yang badan naik, so kena besarkan. Baju kanak-kanak pun sama, sekejab je membesar, tak sampai raya, baju raya dah tak muat, so kena buat baru (walaupun masa jahit baju raya tu, ukuran dah lebihkan). 

Walau apa pun dugaan, saya masih mampu bersabar dan tersenyum sebab saya yakin inilah rintangan yg saya kena hadapi dalam mencari rezeki yang halal dan berkat. So apabila semuanya sudah setel, lega sangat. Alhamdulillah.. Boleh beraya dengan tenang walaupun baju raya sendiri terpaksa beli siap.

Ni saya nak belanja gambar-gambar baju raya yang saya jahit. Tak semua baju saya sempat ambil gambar. Masa tengah demam tu, memang dah tak sempat nak fikir nak ambil gambar baju. Siap jer terus bagi customer. So ini jer lah yang ada... Layan...

Kurung moden mak & anak. Baju lining satin & lace

Kurung pahang dari kain pelikat cap mangga (kain beli dari butik saya)

Kurung tradisional dan kurung moden dari kain sulam indonesia. Baju mak & anak

Kurung tradisional mak & anak

Kurung tradisional sedondon mak & anak

Kurung moden nursing dengan border lace

Kurung tradisional dan kurung pahang dua beradik

Jubah princess cut dan jubah A line

Atas: Punjabi suit dari kain saree.
Bawah: Kurung pahang dan kurung tradisional
Baju dua beradik

Thursday, July 2, 2015

Pakej Mesin Jahit & Sulam Brother NV950E 9-in-1



Sekarang tengah berlansung promosi Pakej Mesin Jahit & Sulam Brother NV950E 9-in-1 seperti dlm imej. Pakej merangkumi,
1. Mesin Jahit & Sulam Brother NV950E
2. Software Sulaman (View & Transfer Design)
3. 1200 Design Sulaman (Disney, Hello Kitty, Ben 10, Cinderella, dll)
4. 23 Footers Set & Needle
5. Hoop Sulam Extra Large
6. Beg Bimbit Mesin Jahit
7. Prym Steam Iron Mini
8. Prym Sewing Basket (M) (Random Design)
9. Prym Pin Cushion Box

Harga Offer: RM3,500 + GST 6%
Free Shipping Semenanjung: GDex 2-3 hari
Free Shipping Sabah, Sarawak, Labuan: Pos Domestik 7-14 hari

Utk Pembelian Tunai, 
1. SMS/Whatsapp Pakej Mesin Jahit & Sulam Brother ke no. 019-9811319
Buat bayaran RM3,500 + GST 6% = RM3,710 ke akaun Maybank atau CIMB saya (no akaun akan dikemukakan kemudian)
2. Sila SMS/Whatsapp Nama, Alamat dan No. Tel ke no 019-9811319

-------------------------

Skim Ansuran utk Pelanggan (proses 1-2 minggu)
RM 147 x 36 bln
RM 168 x 30 bln
RM 200 x 24 bln
RM 253 x 18 bln
RM 358 x 12 bln
Semua harga Ansuran di atas 'Sudah termasuk GST'

Permohonan ansuran hanya sah utk Pelanggan yg menggunakan alamat permohonan Kuala Lumpur & Selangor sahaja. 

Kami akan menghubungi anda utk mendapatkan dokumen2 berikut;
1. Salinan Kad Pengenalan
2. Salinan Slip Gaji 3 Bulan Terakhir
3. Salinan Penyata Bank 3 Bulan Terakhir
4. Bayaran Proses RM30 + GST 6%

ISTIMEWA UNTUK SAHABAT INAYUS. HARGA TERMASUK GST HANYALAH RM3,500 SAHAJA!!!
SMS/WHATSAPP 019-9811319 SEKARANG!!!