Thursday, August 20, 2015

CARA JAHIT PINGGANG GETAH CAMPUR

Ambil contoh ukur lilit pinggang 30 inci

Kain pinggang keras dan getah (lebar 1 inci) - potong setiap satu dgn ukuran 30 bahagi 2 iaitu 15 inci.

Kain pinggang keras dipotong kepada dua, sama panjang iaitu 7.5 inci setiap satu.

Getah pula dipotong kepada dua, sama panjang iaitu 7.5 inci setiap satu. Salah satu getah akan dipotong lagi dengan ukuran salah satu lebih panjang 1 inci iaitu 4.75 inci dan 3.75 inci.


Kain pinggang keras dan getah dicantum mengikut sususan seperti di atas. Setiap jahitan mencantum kain pinggang keras dan getah adalah bertindih  1/2 inci. Getah yang paling hujung (sebelah kanan) adalah yang lebih panjang dari yang satu lagi (sebelah kiri). Maka getah tersebut adalah dibuat lidah pinggang sepanjang 1 inci.


Untuk buat lidah pinggang, guna perca kain dalam ukuran 4 inci x 4 inci. Perca kain dilipat dan dijahit lurus dengan jarak 1 inci atau lebih (boleh ukur guna lebar getah). Lebihan kain perca hendaklah dipotong. Basi dikedua-dua belah jahitan memadai 1/4 inci.

Terbalikan kain yang telah dijahit dan masukkan getah ke dalam lubang kain. Masuk kemas-kemas dan jahit melintang di atas kain supaya getah tak terkeluar.


Pada skirt, kita kena buat dart supaya jahitan pinggang skirt lebih kemas. Cara nak buat dart, mudah jer. Bahagian depan skirt, lipat dua untuk dapatkan titik tengah. Tanda titik tengah tu dengan jarum peniti.
Letak kain pinggang keras selari dengan titik tengah tadi, maknanya kena tanda juga titik tengah pada kain pinggang keras supaya kedua-duanya berada di kedudukan yang sama.
Lepas tu, tandakan di kedua-dua kiri dan kanan (garisan warna merah) untuk jahitan dart. Garisan ni kena pada hujung kain pinggang keras yang bercantum dengan getah.
Ulang cara sama untuk jahit dart di bahagian belakang skirt.


Mula-mula jahit dulu hujung kedua-dua getah pada kain skirt. Ingat, getah yang ada lidah adalah untuk belah belakang skirt. Lipatan tu saya ambil 1.5 inci. Boleh tengok pada gambar kedua.

Lepas tu baru jahit kain pinggang keras di posisi tengah2 dart tu. Sebab tu tadi masa nak jahit dart, kita guna ukuran sama dengan kain pinggang keras. So, hasilnya kedudukan kain pinggang keras adalah ditengah2 skirt. Nampak cantik dan kemas lah kan.

Tindih jahitan di sekeliling kain pinggang keras tadi. Buat di kedua-dua belah depan dan belakang.

Lepas tu, baru setelkan bahagian getah pula. Yang ni susah sikit tapi kalau dah pandai jahit, jadi seronok pulak. Main tarik2 antara getah dengan kain. 

Haaa... ni rupa bila dah siap. Kan kemas tu. Dah sama taraf dengan butik-butik kan? 

SELAMAT MENCUBA

Monday, August 17, 2015

E-NOTES - KURUNG MINI

E-Notes Kurung Mini - RM10
  • Nota lengkap untuk menjahit baju kurung mini dan skirt seliseh depan
  • Panduan melukis pola
  • Panduan menjahit langkah demi langkah melalui paparan gambarajah (mencantum kain, menjahit lubang leher, menjahit zip, menjahit pinggang campur kain keras & getah)



Sekiranya anda memerlukan nota dalam bentuk hard copy, sila whatsapp ke no 019-9811319. Harga termasuk pos ekspress adalah RM25.





NOTA JAHIT BERGAMBAR - Kurung Mini


Alhamdulillah, semalam saya berjaya siapkan set kurung mini untuk diri sendiri. Sambil menjahit, sambil buat nota. Biasanya nak jahit sepasang baju, saya ambil masa maksimum 3 jam, tapi kali ni jadi lebih, sebab diselangi dgn 'snap photo'. Nak buat nota lengkap, kenalah ada gambar sekali kan. Harap-harap, menjadilah nota saya nanti. Yang penting, orang mudah faham dan boleh praktikan sendiri di rumah.


Nota jahit mini kurung ni khas untuk yang baru berjinak-jinak dengan dunia jahitan. Nota bergambar ni dilengkapi cara melukis pola dan cara menjahit langkah demi langkah. Nota ini akan dijual secara soft copy (enotes) dan penghantaran melalui emel. Sekiranya ada permintaan untuk mendapatkannya secara hard copy, saya akan pertimbangkan dan harga adalah berbeza.

Saya akan maklumkan bila nota dah siap sepenuhnya nanti yer. Terima kasih.


Friday, August 14, 2015

NOTA JAHIT LENGKAP - dalam proses

Dalam proses menyiapkan nota-nota di bawah. Harap dapat siapkan at least satu nota bulan ni. Nak buat nota ni bukan senang, nak kena jahit baju sekali untuk ambil gambar bagi memudahkan orang utk faham nota-nota yang ditulis. So memang akan ambil masa sikit. Saya kena siapkan tempahan org dulu, then baru boleh jahit baju sendiri untuk buat nota-nota ni. So far, saya dah lukis pola untuk 3 pasang baju seperti di bawah.




Nota-nota di atas akan dijual secara online dan penghantaran adalah melalui emel sahaja (iaitu soft copy). Kalau ada yang nak hard copy dan minta dipos, akan dilayan, tapi ada tambahan kos lah. Nanti bila dah siap, saya akan update yer. InsyaAllah. 

Harga murah-murah sahaja...

Monday, August 10, 2015

CARA LUKIS LUBANG KETIAK

Assalamualaikum....

Masa belajar menjahit dulu, cikgu ajar lukis ketiak pada pola baju kurung moden atau blaus dgn cara melakar. Maksudnya buat lengkungan tu sendiri tanpa bantuan pembaris. Walhal pembaris ada je masa tu.

Memandangkan tangan saya ni tak berapa nak ada seni, asal lukis je mesti kena padam dua tiga kali. Ada je yg bengkok, tak menjadi. Tiba-tiba, dapat idea... kenapa tak lukis guna pembaris L?

Kat sini saya nak tunjukkan cara saya lukis lubang ketiak dgn menggunakan pembaris L. Setelah sekian lama guna cara ni, baru sekarang terfikir nak share... Maaf yer.. Harap boleh faham lah yer...




Wednesday, August 5, 2015

RINDU NAK BER'CROSS-STITCH'


Tadi saya pergi MPH. Asalnya nak beli bill book, sebab bill book yang ada sekarang dah tinggal beberapa helai jer. So alang-alang dah ke MPH tu, jenguk lah kat area kraftangan sekejab. Eh... ada sesuatu yang membuatkan tangan saya rasa rindu.... Buku cross stitch...

Buku baru nih. Dulu-dulu masa tengah gila buat cross stitch, tak ada lagi buku ni. Kalau nak cari pattern, kena google kat internet or beli majalah cross stitch (majalah luar negara). Haaa... memang tengah berangan nak ber'cross-stitch' balik pun. Jumpa pula buku ni, memang kena lah kan.

Apa pun, saya kena settlekan tempahan jahit baju-baju yang ada ni dulu. Lepas tu, nak gi borong barang cross stitch kat kedai cina favourite saya. Kat situ memang harga murah-murah, jauh lebih murah dari Jalan Tar. Nanti kalau pergi sana, saya nak snap gambar kedai dia. Boleh kawan-kawan cari. Kedainya kat Bukit Sentosa, Rawang.

Dulu, buat cross stitch sebab suka-suka, bagi hadiah orang kahwin laa.. Sekarang ni nak buat as business pulak. Custom-made gitu. Hopefully menjadi kenyataan lah yer... InsyaAllah...

Tuesday, August 4, 2015

MESIN JAHIT BROTHER GS2700 & JS1410

Brother adalah jenama Jepun, no.1 dunia yang terkenal dan merupakan pembekal mesin jahit untuk digunakan di rumah. Brother mempunyai mesin mekanikal jahit, mesin jahit berkomputer, mesin bordir, mesin overlock, mesin coverstitch dan lain-lain jenis mudah alih. Mesin jahit Brother telah mencapai tahap teknologi maju kerana mesin jahit mereka telah dilengkapi dengan kamera dan Pen Ultrasonik (Laser) di mana ianya membolehkan mesin jahit untuk beroperasi tanpa kehadiran pengguna.

Di sani, saya ingin mencadangkan beberapa jenis mesin jahit Brother dengan harga mampu milik untuk dimiliki oleh tukang-tukang jahit yang ingin memulakan aktiviti jahitan untuk diri sendiri atau business kecil-kecilan.


HARGA PROMOSI (OGOS 2015)
RM810.00 (penghantaran percuma)

Brother GS2700 adalah mesin jahit rumah No.1 yang dicadangkan untuk bajet di bawah RM1,000.00. Harga runcit ini mesin jahit Brother adalah RM848.11 sahaja. Mesin jahit Brother GS2700 mempunyai 27 corak jahitan bulit-in dengan sistem sosok 1 langkah. Berat mesin jahit ini adalah sekitar 5kg-6kg membolehkan mesin jahit ini untuk dibawa mana-mana sahaja. Brother GS2700 mesin jahit dilengkapi dengan sistem automatik Needle Threader, menjadikan model ini lebih mesra pengguna berbanding dengan model lain yang lebih murah atau lebih rendah. Selain itu, mesin jahit Brother GS2700 mempunyai pilihan Lanjutan Jadual Wide. Jadual ini luas memberikan lebih keselesaan kepada pengguna apabila menjahit kain besar seperti langsir, dan lain-lain Berbanding dengan jenama lain, Brother GS2700 yang disenarai pendek oleh pembekal mesin jahit di Malaysia sebagai salah satu model mesin jahit mana Harga yang sepadan dengan Fungsi. Mesin jahit adalah Made in China, datang dengan 1 Tahun Waranti.

HARGA PROMOSI (OGOS 2015)
RM630.00 (penghantaran percuma)

Brother JS1410 adalah mesin jahit rumah No.2 yang dicadangkan untuk bajet di bawah RM1,000.00. Harga runcit ini mesin jahit Brother adalah RM659.43 sahaja. Mesin jahit Brother JS1410  mempunyai 11 corak jahitan bulit-in dengan sistem sosok 4 langkah. Berat mesin jahit ini adalah sekitar 5kg-6kg membolehkan mesin jahit ini untuk dibawa mana-mana sahaja. Berbanding dengan jenama lain, Brother JS1410 yang disenarai pendek oleh pembekal mesin jahit di Malaysia sebagai salah satu model mesin jahit mana Harga Runcit sepadan dengan Fungsi. Jahit Mesin adalah Made in Vietnam, datang dengan 1 Tahun Waranti. 

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan brochure mesin-mesin jahit di atas, sila berikan alamat emel anda melalui sms/whatsapp ke no 019-9811319. Anda juga boleh membuat pembelian secara online melalui no tersebut.

DRESS KANAK-KANAK

Sebarang pembelian hendaklah melalui sms/whatsapp ke no 019-9811319. Bayaran boleh dibuat ke akaun maybank atau cimb (no akaun akan diberikan melalui sms/whatsapp).

Harga dress kanak-kanak:
Umur 1-4 tahun - RM40
Umur 5 - 8 tahun - RM45

Pos laju percuma ke seluruh Malaysia.

Saiz: 6 tahun

Saiz: 2 tahun, 3 tahun, 6 tahun

Saiz: 2 tahun, 6 tahun, 7 tahun

Saiz: 7 tahun

Saiz: 2 tahun, 6 tahun, 8 tahun

Saiz: 6 tahun, 7 tahun