Monday, August 17, 2015

NOTA JAHIT BERGAMBAR - Kurung Mini


Alhamdulillah, semalam saya berjaya siapkan set kurung mini untuk diri sendiri. Sambil menjahit, sambil buat nota. Biasanya nak jahit sepasang baju, saya ambil masa maksimum 3 jam, tapi kali ni jadi lebih, sebab diselangi dgn 'snap photo'. Nak buat nota lengkap, kenalah ada gambar sekali kan. Harap-harap, menjadilah nota saya nanti. Yang penting, orang mudah faham dan boleh praktikan sendiri di rumah.


Nota jahit mini kurung ni khas untuk yang baru berjinak-jinak dengan dunia jahitan. Nota bergambar ni dilengkapi cara melukis pola dan cara menjahit langkah demi langkah. Nota ini akan dijual secara soft copy (enotes) dan penghantaran melalui emel. Sekiranya ada permintaan untuk mendapatkannya secara hard copy, saya akan pertimbangkan dan harga adalah berbeza.

Saya akan maklumkan bila nota dah siap sepenuhnya nanti yer. Terima kasih.


No comments:

Post a Comment