Wednesday, August 5, 2015

RINDU NAK BER'CROSS-STITCH'


Tadi saya pergi MPH. Asalnya nak beli bill book, sebab bill book yang ada sekarang dah tinggal beberapa helai jer. So alang-alang dah ke MPH tu, jenguk lah kat area kraftangan sekejab. Eh... ada sesuatu yang membuatkan tangan saya rasa rindu.... Buku cross stitch...

Buku baru nih. Dulu-dulu masa tengah gila buat cross stitch, tak ada lagi buku ni. Kalau nak cari pattern, kena google kat internet or beli majalah cross stitch (majalah luar negara). Haaa... memang tengah berangan nak ber'cross-stitch' balik pun. Jumpa pula buku ni, memang kena lah kan.

Apa pun, saya kena settlekan tempahan jahit baju-baju yang ada ni dulu. Lepas tu, nak gi borong barang cross stitch kat kedai cina favourite saya. Kat situ memang harga murah-murah, jauh lebih murah dari Jalan Tar. Nanti kalau pergi sana, saya nak snap gambar kedai dia. Boleh kawan-kawan cari. Kedainya kat Bukit Sentosa, Rawang.

Dulu, buat cross stitch sebab suka-suka, bagi hadiah orang kahwin laa.. Sekarang ni nak buat as business pulak. Custom-made gitu. Hopefully menjadi kenyataan lah yer... InsyaAllah...

No comments:

Post a Comment