Thursday, October 8, 2015

CABARAN PERNIAGAAN ONLINE SEKARANG

Dah lama tak buat post membebel, kali ni saya nak membebel panjang pasal business online ni. Memang rasa tercabar dan tak puas hati dengan sesetengah pihak yang mencari keuntungan dengan jalan yang mudah.

Pengalaman peribadi saya menjadi stokis tudung jenama SS. Untuk jadi stokis, pembelian pertama hendaklah lebih kurang RM2,000 (ok, masih dalam kategori mampu). Setiap tudung dijual dengan harga RM59, dan keuntungan lebih kurang RM20 sehelai (woowww kan?). Setiap bulan, wajib repeat order dgn jumlah pembelian tidak kurang dari RM1,500. Ok fine, masih lagi mampu. 

Walaupun kita jadi stokis, kita masih kena bersaing dengan syarikat pengeluar tudung yang juga jual tudung secara runcit secara online melalui website rasmi dan mereka bagi promosi belian RM100 ke atas, pos percuma... Ok, kita masih boleh bersaing since keuntungan setiap helai RM20 kan, so boleh la bagi pos percuma kepada pelanggan.

Tiba masa pengeluar keluarkan tudung instant. Tanpa memberitahu stokis, syarikat revise harga runcit (stokis tahu pun sebab tgk website). Harga shawl biasa diturunkan kepada RM49, shawl instant jual RM59. Pergghhh, beza RM10 tu. Stok masih byk dengan kita ni, so kita nak jual RM59 (harga asal) ke RM49 (harga baru oleh syarikat)? Kalau jual RM59, pelanggan tengok kat website lg murah, mesti mereka complaint kan? Ok fine, kita pun jual lah RM49, tak apa, still dapat keuntungan RM10 kan.

Nak jadikan cerita, makin lama shawl makin tak terjual. Stok sedia ada belum habis, stok baru wajib ambik. Saya pun decide nak stop lah, taknak ambil risiko. Ok stop jadi stokis, stop jual tudung jenama SS.

Eh, tiba-tiba hati tergerak, saja nak jenguk website SS. Alamak.... harga turun lagi.... Shawl instant jadi RM49, shawl biasa RM39. Fuhhhh... cemana saya nak jual stok yang masih ada ni? Memang tak laku lah kalau jual harga lama. Kalau jual harga baru, tak kemana lah untungnya kan? So, nak tak nak, saya take the risk lah. Since saya punya stok lama, saya jual lah dengan separuh harga iaitu dalam linkungan RM25-RM30 sahaja. tak apa lah rugi pun, janji shawl terjual.

Haaa.. itu baru satu cerita satu syarikat tudung. Ni cerita kedua, tapi cerita ni saya belum sempat daftar as stokis sebab fikir panjang dulu.

Syarikat kedua ni, nak jadi stokis kena pembelian pertama RM7,000 (wowwww! nak kena gadai brg kemas nampak gaya ni). Tapi syarikat ni bagusnya dia tak jual secara runcit. Dia akan jual secara borong kepada stokis dan terpulang lah pada stokis nak jual runcit or nak lantik agen. Tapi part yang tak bagusnya, syarikat syok buat tudung, dan paksa stokis borong setiap bulan without fail utk kekalkan keahlian as stokis. Yang stokis ni pula berhempas pulas nak habiskan stok sedia ada. Nak cari agen bukan senang, nak jual retail pun terpaksa gagahkan jua lah. So, siapa yang untung skrg ni, stokis ke syarikat.

Then tiba-tiba masuk news, artis ABC berjaya jual tudung sebanyak RM XXX,XXX dalam sebulan... Wahhhh gitu. Si stokis yang kena beli borong setiap bulan dan jual runcit ni bernafas dalam lumpur. Semput nak habiskan stok. Apalah nasib.

Sekian, itulah ceritanya. Malas nak buat kesimpulan, so anda yang rajin membaca, simpullah sendiri yer..

Bye, Assalamualaikum

No comments:

Post a Comment