Thursday, September 28, 2017

MERANCANG PERCUTIAN PERTAMA KELUARGA INAYUS

Bismillahirohmaanirrohiim...

Tujuan posting kali ini (setelah lama tak buat posting) adalah untuk membuat perancangan atau rangka lawatan percutian kami sekeluarga. Dengan membuat posting di blog ini, harapan saya agar ianya menjadi kenyataan sambil menerima komen-komen pembaca untuk penambaikan. Saya jadikan ini sebagai percutian pertama kami sekeluarga sebab ini akan jadi projek percutian pertama menggunakan duit bonus suami (hehehe).

Cadangan tarikh:
- 27 - 30 Januari 2018 
(31 Januari Hari Thaipusam, 1 Februari Hari Wilayah - so boleh rest di rumah selepas penat berjalan)

Lokasi:
- Perlis dan Kedah (termasuk Langkawi)

Pengangkutan:
- ETS dari KL ke Padang Besar
- Feri dari Perlis ke Langkawi
- Kapal Terbang dari Langkawi ke KL

Bajet:
- RM76 x 2 orang dewasa (Hadif berumur kurang 2 tahun - harap tiada bayaran) = RM152
- Penginapan di Perlis untuk 1 malam (T Hotel Kuala Perlis) = RM150
- Tambang feri dari Kuala Perlis ke Langkawi = RM25 x 2 = RM50
- Penginapan di Langkawi untuk 2 malam (hotel pilih kemudian kat Agoda) = RM300
- Sewa kereta di Langkawi untuk 2 hari (kereta compact) = RM200
- Tambang kapa terbang dari Langkawi ke Subang (fireflyz) = RM500
- Makan RM30 x 3 kali x 4 hari = RM360
- Tambang uber/teksi = RM200
Jumlah bajet = RM1,912 (letak RM2,000 lah)

Cadangan itenary:

27/01/2018
- 9.44 am ETS dari KL Sentral
- 3.10 pm tiba di Padang Besar
- 8.00 pm - check in hotel di Kuala Perlis

28/01/2018
- 10.00 am feri dari Kuala Perlis ke Langkawi
- 11.00 am anggaran sampai Langkawi
- Round Eagle Square, Langkawi Crystal, Wildlife Park
- Check in hotel

29/01/2018
- Underwaterworld Langkawi
- Tasik Dayang Bunting

30/01/2018
- Check out hotel
- Kota Mahsuri & Padang Matsirat
- 3.25 pm flight dari Langkawi ke Subang
- 4.40 pm anggaran tiba di Subang

Monday, August 14, 2017

Beauty Facial @ Hannan Medispa Rawang

Assalamualaikum...

Lama tak menulis, hari ni tetiba rasa nak menulis pula. Terasa nak share keseronokan ber'facial' di Hannan Medispa Rawang.

Rasanya ramai yang tahu akan kewujudan Hannan Medispa ni. Yang tak tahu, boleh tengok di website http://www.hannanmedispa.com.my/

Kisahnya, dalam bulan puasa hari tu. Ternampak post di facebook Hannan Medispa, ada promosi sempena hari raya. Bayar RM500 untuk 5 kali facial. Saya terus komen berminat, dan pagi esoknya saya dapat whatsapp dari cawangan Rawang untuk datang buat appointment. Petang tu juga saya ajak suami ke sana. Bawa si kecil Hadif sekali.

Sampai sana, beauty consultant kat situ buat face scan dulu kat muka saya. Memang banyak sangat masalah, t-zone berminyak, jeragat, jerawat, pori besar dan kotoran di muka yang tak dibersih dengan sempurna. Beauty consultant tu suggest kat saya untuk buat rawatan berikut:

  1. Silk peel x 1
  2. Carbon peel x 2
  3. Beauty facial x 2 
Lepas scan muka, saya terus sambung buat silk peel treatment untuk buang kotoran di muka, sel kulit mati, white & black head. Saya tak reti nak cerita process treatment dia, tapi memang terbaik dan saya sangat suka. Rasanya ini facial yang paling best yang pernah saya buat. Lepas siap first treatment ni, saya terus book untuk second treatment. Setiap 2 minggu buat treatment dan semalam adalah last day untuk pakej kali ni.

Semalam, saya terus ambil pakej baru iaitu 7 wonders. Dengan harga RM999, saya dapat 7 facial iaitu:

  1. Cleopatra x 2
  2. Silk peel x 2
  3. Carbon x 2
  4. Whitening x 1
Jenis-jenis facial ni bukan saya suka-suka pilih tau. Beauty consultant yang akan advise based on keadaan kulit kita. So lagi 2 minggu, saya dah booking siap-siap untuk buat cleopatra sebelum balik kampung untuk raya haji.

Boleh follow facebook Hannan Medispa untuk maklumat lanjut product dan promo yang ada. Ada banyak cawangan dan setiap cawangan ada facebook sendiri.


Wednesday, June 7, 2017

CARA BERKOMUNIKASI DENGAN ANAK

Saya dan suami berasal dari Terengganu dan kami tinggal di Selangor. Kami boleh bercakap dialek Terengganu dan Kelantan. Komunikasi antara kami lebih banyak menggunakan Bahasa Melayu standard, kadang-kadang diselangi juga dialek Terengganu atau Kelantan mengikut situasi dan keselesaan. Namun, apabila berada di kampung, kami lebih banyak bertutur dalam dialek Terengganu/Kelantan (campur-baur ikut suka hati).

Apabila ada anak, kami memilih untuk berkomunikasi dengan anak kami menggunakan Bahasa Melayu standard, kami nak elakkan guna bahasa pasar (contoh: ko, watpe, pehal, ntah). Kalau nak gunakan Bahasa Inggeris, boleh tapi pastikan keseluruhan ayat dalam Bahasa Inggeris. Contoh:

- "Don't cry" bukannya "jangan cry"
- "Daddy goes to work" bukannya "daddy pergi work"

Mungkin ada yang berpendapat kami ni 'kerek' atau berlagak. Especially kalau komunikasi ni berlangsung di kampung kami. Biasalah, orang sebelah sana tak berapa boleh dengar orang cakap KL ni, terus kena chop 'agah'. Tak apa, itu cara kami. Siapa yang sakit telinga, boleh pergi jauh-jauh atau sumbat je telinga tu.

Tujuan kami, kami nak anak kami berkomunikasi dengan bahasa yang betul. Bahasa pasar dibolehkan apabila dah besar nanti dan dah tahu guna bahasa yang betul. Bahasa wechat diharamkan sama sekali. Apabila dia dah pandai membaca nanti, boleh la beli kamus komunikasi untuk dia belajar penggunaan ayat dalam bahasa Inggeris pula.

Sekarang ni, walaupun baru masuk setahun, kami dah tayang-tayang flash card ABC dan Alif Ba Ta. Walaupun dia hanya tahu belek dan gigit jer, kami kena teruskan sebab otak dia tengah berkembang. Lama-lama nanti, dia akan belajar untuk fokus dan kenal huruf-huruf tu. Kami juga ajar dia mengenal warna tapi dalam bahasa Melayu dulu. Biar dia kenal dalam bahasa Melayu dulu, kemudian baru kita ajar untuk alihkan perkataan ke bahasa Inggeris.

Kalau tunjuk lagu kanak-kanak di youtube, kami gilir-gilir, lagu bahasa Melayu dan lagu bahasa Inggeris. Penting juga supaya lidah dia terbiasa dengan sebutan bahasa Inggeris. Kami tak ada lah sampai nak anak kami bercakap bahasa Inggeris dengan slang Amerika. Cukuplah sekadar sebutan yang betul dan jelas. 

Kami akan cuba yang terbaik untuk anak kami. InsyaAllah, semoga Hadif membesar menjadi anak yang pintar, bijak, pandai, cergas dan berilmu.

Masa ni umur masuk 6 bulan

Ni pun umur 6 bulan juga


Monday, June 5, 2017

Shopping Raya

Tahun lepas, sambutan hari raya kami terlalu simple. Maklumlah, masa tu anak kami, Ahmad Hadif belum cukup umur 40 hari pun. Baju raya kami memang express. Sehari sebelum bertolak balik ke kampung, saya jahit baju simple untuk kami bertiga menggunakan kain pelikat saja. Tak caya, tengok gambar ni haaa....

Simple sangat kan. Jubah untuk saya dan Hadif, kurta untuk suami

Al kisah, terpendek sikit jubah untuk Hadif tu. Tak apalah nak, janji sedondon

Tahun ni....... Raya sakan lah kami. Hadif dah umur setahun, dah pandai jalan pun. Buat pertama kali dalam hidup, kami shopping kat Jakel Mall KL. 


Setiap orang dapat 2 pasang baju. Saya beli koleksi Scha Alyahya dan Ayda Jebat. Suami saya beli koleksi baju melayu Awal dan kurta Awal. Manakala, Hadif beli koleksi UpinIpin dan Yusuf Iskandar.

Selain tu, alang-alang dah ada di Jakel Mall tu, saya masuk terus Gallery Ariani. Beli 2 helai tudung square untuk match dengan baju raya nanti. Satu benda je yang saya kesal apabila tengok design ariani. Kena perhati betul-betul. Design tudungnya adalah gambar kuda. Besar pula tu kudanya, tapi disebabkan warna pastel, jarang orang yang perasan. Even salegirl dia pun tak perasan. Apabila saya cakap, baru dia belek dan cakap 'iyalah gambar kuda'. Terus saya beritahu dia yang saya taknak gambar binatang. Bangunan dan abstrak sahaja. Alhamdulillah, jumpa juga design yang saya nak tu.

Nanti kita share gambar posing di pagi raya yer...


Thursday, May 25, 2017

Blog Inayus Kembali

Assalamualaikum...

Setahun lebih blog ni menyepi. Alhamdulillah, saya masih dipanjangkan usia dan diberi kesihatan yang baik. Disebabkan beberapa perkara penting yang berlaku dalam hidup saya, saya terpaksa meng'pause' aktiviti ber'blog' untuk seketika. Walaupun begitu, saya tetap sama seperti dulu. Minat saya pada jahitan tetap sama, masih ada walaupun tiada aktiviti jahitan yang dapat dilakukan atas sebab-sebab yang saya akan ceritakan nanti.

InsyaAllah, selepas hari ini, saya akan cuba kembali aktif dalam menulis blog. Cuma mungkin posting yang berbeza. Apa pun, saya berharap, setiap apa yang saya cuba sampaikan melalui blog ini, akan menjadi panduan, peringatan, nasihat dan perkongsian bermanfaat untuk semua.

Dalam tempoh setahun, apa sebenarnya yang berlaku yang membuatkan saya menyepi sekejab....

1. Kehadiran Ahmad Hadif Yusof

Alhamdulillah, kepada Allah jua saya zahirkan rasa syukur dan berterima kasih di atas kelahiran putera sulung kami yang diberi nama Ahmad Hadif. Hadif dilahirkan pada 30 Mei 2016, pukul 10.30 pm dengan berat 2.8kg, iaitu seminggu sebelum menyambut ramadhan tahun lepas. Kini, Hadif sudah setahun. Setelah bertahun-tahun menanti kehadiran cahaya mata, dengan kehadiran Hadif ini membuatkan saya terpaksa berhenti daripada segala aktiviti menjahit. Saya tidak mahu sia-siakan peluang untuk menjaga dan membesarkan Hadif. 100% perhatian saya adalah untuk Hadif. Jadi, saya korbankan minat dan impian dalam jahitan dan juga perniagaan online supaya dapat memberi tumpuan sepenuhnya untuk Hadif. 

Handsome tak anak teruna saya? hehe... Doakan semoga Ahmad Hadif menjadi hamba Allah yang beriman dan bertakwa yer.

2. Butik Inayus Collections Tutup

Sesiapa yang follow blog saya ni, mesti tahu akan impian saya untuk ada butik  sendiri kan? Impian tu masih ada, dan tak akan padam. Namun, buat masa sekarang, saya tak boleh nak teruskan impian itu atas sebab-sebab berikut:

- Tiada pembantu. Pembantu yang saya dah latih untuk menjahit dan menjaga butik, ada masalah untuk terus menjadi pembantu saya.

- Kerja hakiki di pejabat yang bertambah membuatkan saya penat dan saya memilih untuk berehat di rumah sahaja pada hujung minggu.

- Tempahan jahit berkurangan - disebabkan tiada pembantu, saya terpaksa menolak banyak tempahan. Akibatnya, pendapatan butik tidak cukup untuk menampung kos sewa dan bayaran utiliti.

- Kehadiran Ahmad Hadif - berbalik kepada point no, 1 tadi lah yer.

Sebenarnya ada lagi faktor-faktor kecil yang menyumbang kepada 'penyepian' saya di blog ini. Tapi, biarlah saya simpan saja faktor-faktor kecil tu. Takkan semua benda nak cerita kat orang kan? 

Untuk makluman, pada 1 Mac 2017, saya cuba untuk berniaga online semula. Saya buat satu akaun instagram iaitu @kedai.hadif (jom follow saya yer). Saya mula menjual barangan bayi dan kanak-kanak secara dropship dulu. Sekarang, saya fokus menjual produk Quadmeds (madu untuk kesihatan). Saya mula jadi agen selepas menggunakan sendiri produk madu Quadmeds atas saranan Dr. Zubaidi di facebook beliau. Setelah berpuasa hati dengan hasilnya, saya terus daftar untuk jadi agen. Untuk maklumat lanjut produk madu Quadmeds, boleh refer website ni yer http://quadmeds.com.my/ 

Saya berhenti di sini dulu. Insya Allah ada kelapangan nanti, saya sambung lagi. Terima kasih semua.