Thursday, May 25, 2017

Blog Inayus Kembali

Assalamualaikum...

Setahun lebih blog ni menyepi. Alhamdulillah, saya masih dipanjangkan usia dan diberi kesihatan yang baik. Disebabkan beberapa perkara penting yang berlaku dalam hidup saya, saya terpaksa meng'pause' aktiviti ber'blog' untuk seketika. Walaupun begitu, saya tetap sama seperti dulu. Minat saya pada jahitan tetap sama, masih ada walaupun tiada aktiviti jahitan yang dapat dilakukan atas sebab-sebab yang saya akan ceritakan nanti.

InsyaAllah, selepas hari ini, saya akan cuba kembali aktif dalam menulis blog. Cuma mungkin posting yang berbeza. Apa pun, saya berharap, setiap apa yang saya cuba sampaikan melalui blog ini, akan menjadi panduan, peringatan, nasihat dan perkongsian bermanfaat untuk semua.

Dalam tempoh setahun, apa sebenarnya yang berlaku yang membuatkan saya menyepi sekejab....

1. Kehadiran Ahmad Hadif Yusof

Alhamdulillah, kepada Allah jua saya zahirkan rasa syukur dan berterima kasih di atas kelahiran putera sulung kami yang diberi nama Ahmad Hadif. Hadif dilahirkan pada 30 Mei 2016, pukul 10.30 pm dengan berat 2.8kg, iaitu seminggu sebelum menyambut ramadhan tahun lepas. Kini, Hadif sudah setahun. Setelah bertahun-tahun menanti kehadiran cahaya mata, dengan kehadiran Hadif ini membuatkan saya terpaksa berhenti daripada segala aktiviti menjahit. Saya tidak mahu sia-siakan peluang untuk menjaga dan membesarkan Hadif. 100% perhatian saya adalah untuk Hadif. Jadi, saya korbankan minat dan impian dalam jahitan dan juga perniagaan online supaya dapat memberi tumpuan sepenuhnya untuk Hadif. 

Handsome tak anak teruna saya? hehe... Doakan semoga Ahmad Hadif menjadi hamba Allah yang beriman dan bertakwa yer.

2. Butik Inayus Collections Tutup

Sesiapa yang follow blog saya ni, mesti tahu akan impian saya untuk ada butik  sendiri kan? Impian tu masih ada, dan tak akan padam. Namun, buat masa sekarang, saya tak boleh nak teruskan impian itu atas sebab-sebab berikut:

- Tiada pembantu. Pembantu yang saya dah latih untuk menjahit dan menjaga butik, ada masalah untuk terus menjadi pembantu saya.

- Kerja hakiki di pejabat yang bertambah membuatkan saya penat dan saya memilih untuk berehat di rumah sahaja pada hujung minggu.

- Tempahan jahit berkurangan - disebabkan tiada pembantu, saya terpaksa menolak banyak tempahan. Akibatnya, pendapatan butik tidak cukup untuk menampung kos sewa dan bayaran utiliti.

- Kehadiran Ahmad Hadif - berbalik kepada point no, 1 tadi lah yer.

Sebenarnya ada lagi faktor-faktor kecil yang menyumbang kepada 'penyepian' saya di blog ini. Tapi, biarlah saya simpan saja faktor-faktor kecil tu. Takkan semua benda nak cerita kat orang kan? 

Untuk makluman, pada 1 Mac 2017, saya cuba untuk berniaga online semula. Saya buat satu akaun instagram iaitu @kedai.hadif (jom follow saya yer). Saya mula menjual barangan bayi dan kanak-kanak secara dropship dulu. Sekarang, saya fokus menjual produk Quadmeds (madu untuk kesihatan). Saya mula jadi agen selepas menggunakan sendiri produk madu Quadmeds atas saranan Dr. Zubaidi di facebook beliau. Setelah berpuasa hati dengan hasilnya, saya terus daftar untuk jadi agen. Untuk maklumat lanjut produk madu Quadmeds, boleh refer website ni yer http://quadmeds.com.my/ 

Saya berhenti di sini dulu. Insya Allah ada kelapangan nanti, saya sambung lagi. Terima kasih semua.