Wednesday, June 7, 2017

CARA BERKOMUNIKASI DENGAN ANAK

Saya dan suami berasal dari Terengganu dan kami tinggal di Selangor. Kami boleh bercakap dialek Terengganu dan Kelantan. Komunikasi antara kami lebih banyak menggunakan Bahasa Melayu standard, kadang-kadang diselangi juga dialek Terengganu atau Kelantan mengikut situasi dan keselesaan. Namun, apabila berada di kampung, kami lebih banyak bertutur dalam dialek Terengganu/Kelantan (campur-baur ikut suka hati).

Apabila ada anak, kami memilih untuk berkomunikasi dengan anak kami menggunakan Bahasa Melayu standard, kami nak elakkan guna bahasa pasar (contoh: ko, watpe, pehal, ntah). Kalau nak gunakan Bahasa Inggeris, boleh tapi pastikan keseluruhan ayat dalam Bahasa Inggeris. Contoh:

- "Don't cry" bukannya "jangan cry"
- "Daddy goes to work" bukannya "daddy pergi work"

Mungkin ada yang berpendapat kami ni 'kerek' atau berlagak. Especially kalau komunikasi ni berlangsung di kampung kami. Biasalah, orang sebelah sana tak berapa boleh dengar orang cakap KL ni, terus kena chop 'agah'. Tak apa, itu cara kami. Siapa yang sakit telinga, boleh pergi jauh-jauh atau sumbat je telinga tu.

Tujuan kami, kami nak anak kami berkomunikasi dengan bahasa yang betul. Bahasa pasar dibolehkan apabila dah besar nanti dan dah tahu guna bahasa yang betul. Bahasa wechat diharamkan sama sekali. Apabila dia dah pandai membaca nanti, boleh la beli kamus komunikasi untuk dia belajar penggunaan ayat dalam bahasa Inggeris pula.

Sekarang ni, walaupun baru masuk setahun, kami dah tayang-tayang flash card ABC dan Alif Ba Ta. Walaupun dia hanya tahu belek dan gigit jer, kami kena teruskan sebab otak dia tengah berkembang. Lama-lama nanti, dia akan belajar untuk fokus dan kenal huruf-huruf tu. Kami juga ajar dia mengenal warna tapi dalam bahasa Melayu dulu. Biar dia kenal dalam bahasa Melayu dulu, kemudian baru kita ajar untuk alihkan perkataan ke bahasa Inggeris.

Kalau tunjuk lagu kanak-kanak di youtube, kami gilir-gilir, lagu bahasa Melayu dan lagu bahasa Inggeris. Penting juga supaya lidah dia terbiasa dengan sebutan bahasa Inggeris. Kami tak ada lah sampai nak anak kami bercakap bahasa Inggeris dengan slang Amerika. Cukuplah sekadar sebutan yang betul dan jelas. 

Kami akan cuba yang terbaik untuk anak kami. InsyaAllah, semoga Hadif membesar menjadi anak yang pintar, bijak, pandai, cergas dan berilmu.

Masa ni umur masuk 6 bulan

Ni pun umur 6 bulan juga


Monday, June 5, 2017

Shopping Raya

Tahun lepas, sambutan hari raya kami terlalu simple. Maklumlah, masa tu anak kami, Ahmad Hadif belum cukup umur 40 hari pun. Baju raya kami memang express. Sehari sebelum bertolak balik ke kampung, saya jahit baju simple untuk kami bertiga menggunakan kain pelikat saja. Tak caya, tengok gambar ni haaa....

Simple sangat kan. Jubah untuk saya dan Hadif, kurta untuk suami

Al kisah, terpendek sikit jubah untuk Hadif tu. Tak apalah nak, janji sedondon

Tahun ni....... Raya sakan lah kami. Hadif dah umur setahun, dah pandai jalan pun. Buat pertama kali dalam hidup, kami shopping kat Jakel Mall KL. 


Setiap orang dapat 2 pasang baju. Saya beli koleksi Scha Alyahya dan Ayda Jebat. Suami saya beli koleksi baju melayu Awal dan kurta Awal. Manakala, Hadif beli koleksi UpinIpin dan Yusuf Iskandar.

Selain tu, alang-alang dah ada di Jakel Mall tu, saya masuk terus Gallery Ariani. Beli 2 helai tudung square untuk match dengan baju raya nanti. Satu benda je yang saya kesal apabila tengok design ariani. Kena perhati betul-betul. Design tudungnya adalah gambar kuda. Besar pula tu kudanya, tapi disebabkan warna pastel, jarang orang yang perasan. Even salegirl dia pun tak perasan. Apabila saya cakap, baru dia belek dan cakap 'iyalah gambar kuda'. Terus saya beritahu dia yang saya taknak gambar binatang. Bangunan dan abstrak sahaja. Alhamdulillah, jumpa juga design yang saya nak tu.

Nanti kita share gambar posing di pagi raya yer...